Vita Viral byItaAthirah: 2017

Thursday, 7 December 2017

REVIEW STAR CRUISE LIBRA

Assalamualaikum korang!

Wey berhabuk la blog kami ni. Bulan ni harap sangat dapat konsisten post entry di blog, seminggu sekali ke kan atleast. Ni pun dah minggu kedua December, Iskk. Kena always remind diri dan jadi lebih rajin nih.

Anyway dah lama nak buat review pasal STAR CRUISE LIBRA ni. Harini baru betul-betul dapat realisasikan hasrat ni. :)

Saya akan share gambar-gambar sekali ok, InshaAllah.
Port Klang 
Trip kami ni 5 hari 4 malam melalui route PORT KLANG- LANGKAWI-PHUKET-PENANG-PORT KLANG. So kami gather di Port Klang. Kalau naik KTM, bila sampai ke Stesen Port Klang kena naik Cab pulak tau. Dalam RM30 ke Boustead Cruise Centre. Nak lagi senang, bawak je kereta parking dekat situ RM10 per entry je. Senang dan jimat! :D

Untuk pengetahuan korang, cruise trip ni di sponsor Shaklee. So bab harga saya tak berapa sure, boleh google je, tapi kalau tak salah dalam RM2,500 seorang. Tak termasuk expenses if kita turun dari kapal bila kapal berhenti.

Boleh usha harga kat sini https://booking.starcruisepackagesmalaysia.com/#/home
Trip Fully sponsored by shaklee
Siap Dapat elaun :D
Saya dan suami masa pendaftaran!
Star Cruise Libra sebelum kami berlepas di port klang 
Kami sekawan sebelum berlepas! EXCITEDD! :D
1.Harga berbeza mengikut cabin ada yang sea view, ada yang menghadap bot keselamatan (haha!), bilik kami takde tinggap. hehe.
Ni contoh bilik kawan saya, bilik saya gambar tak cantik. haha! 
2. Bila nak naik nanti, Semua penumpang akan dapat access card. Nanti atas cruise kita tak pakai duit langsung. Kita swipe acess card je. Tapi duit / credit card still kena bawak la sebab nanti nak kena bayar access card tu sebelum turun if kita ada beli apa-apa atas kapal.

Acess card. Tapi ini bukan saya punya, ini dari google je.
Ini Acess card saya, yang dah masuk frame. ahah!
3. JANGAN HILANGKAN ACESS CARD tau. Kalau hilang jenuh. tak boleh gerak mana la kita. Tapi jangan risau, kalau hilang cept-cepay report di receptionist supaya dia boleh cancel kad lama, dan buat kad baru. ada kes orang hilang acess kad ni, then ada orang pakai swipe-swipekan kad dia, tahu-tahu bill acess card tu dah RM1000 lebih. bahaya tau! acess card ni ibarat credit card kita tanpa no pin atas kapal. huhu.

4. Iron TAK BOLEH BAWAK tau! Nanti bag kita kena scan dulu before masuk. Kalau terkantoi ada iron, dorang rampas. Nak balik  nanti baru ambik balik. Tapi ada je yang terlepas. Mostly yang iron kecik-kecik tak macam iron sangat tu. haha!

5. Servis iron ada disediakan. RM35 untuk 1 laundry bag. So boleh share dengan kawan sebilik. Penuhkan 1 beg. Tapi very bad laundry service. Kawan saya siap mengamuk-ngamu laki bini di kaunter laundry servvice ebab baju tak siap-siap. Maybe ramai yang guna service tu so kena expect akan lambat lah. kot. :D

6. Jangan lupa BAWA TRAVEL ADAPTOR untuk charge telefon tau. Adapter 2 pin kepala bulat tu. Jangan salah adaptor tau. Tapi kalau takde boleh je pinjam dari Receptionist. tapi kalau ada yang dah pinjam kena tunggu turn. leceh, so baik bawak sendiri. :D

Adaptor macam ni

7. Bab Makan paling heaven! Memang tak dapek la nak diet. Ada 4 restoran tapi 3 saja yang halal. Ocean restaurant tak halal.

❤ Mariner - Makan 4x sehari sehingga supper. Makanan kat sini banyak gila dan sangat ber-variety. Sedap giler!

❤ Spices - Yang ni makanan lebih kepada spices of course. Kuah kari, pappadom semua. Tak syok sangat makan dekat sini. Macam makan dekat kedai mamak pulak rasanya. haha.

❤ Blue Lagoon - Yang ni kami tak makan sebab berbayar. Shaklee tak cover dekat restoren ni.

❤ Four Seasons - Restauran ni best gila!! Makanan tak banyak tapi sedap. hehe. Tapi saya suka lagi dekat Mariner sebab banyakkkk sangat choices! :D

8. Malam pertama dan terakhir dinner by the pool. Best gila! Makan sambil dengar lagu. Angin sepoi-sepoi. Makan crab, lala, udang free flow!!
Dinner malam Pertama! udang sedap nak mati! 
Dinner Malam Pertama
Dinner malam pertama! Banyakk food! :D
Dinner by the pool. Tapi boleh je makan dekat dalam kalau nak aircond. ahaha! :P
9. Akan ada Captain Night dinner jugak. Time tu kena pakai baju formal. Malam special untuk kita jumpa captain kapal. Kalau dapat Four Season paling sedap sebab ada grilled lobster. Kat Spices ada fried lobster.
Captain Night dinner masa Day-3. BEST!

Makanan masa captain dinner di Four Season. Sedap ya rabbi ya Allah! menangis sambil makan. sebab sedap sangat. haha!
10. Bab Aktiviti kita tak payah risau. Takkan bosan langsung atas tu. Ada gym, spa, trek jogging, ping pong, karaoke, pool, magic show, basket ball ada karoke! nak karoke kena order air dulu. Segelas air 2 lagu. kami order 16 gelas air haritu so 32 lagu. haha! pengsan nak nanyi 32 lagu tu. haha!

11. WIFI paling penting kan? WIFI berbayar RM114 selama 4 hari.

Kalau nak beli per day pun ada RM30/sehari. Berbaloi untuk orang yang bisnes. Kan nak kena internet sebab nak reply order customer. Nak update Kedai FB lagi kan. Untung! Internet dia laju.

12. Day first pukul 945 malam ada Drill untuk Emergency event tau. WAJIB pergi! korang jangan miss pulak. nanti di COP terbakar dalam kapal pulak. haha!

Fire drill! Wajib nih!
ok, Apa lagi?

Itu je kot. hehe. Boleh la tengok gambar bawah ni. BEST sangat!! :D

RYG-vengers! Day 2


Ryg-Ninjas! Day 2
Day 2 - Ready nak turun ke langkawi. Around 3pm sampai langkawi.


Day 2 -Shopping di langkawi!
 Day 2 - Sarong Night DInner (RYG-Vengers!)
 Day 2 - Sarong Night DInner (RYG-Ninjas!)
Day 3 - di Private Island Phuket
Day 3. Snokerling
Day 3. Ingatkan siapa atas banana boat tu. muka tak semnggah. Kami satu geng rupanya! haha!
Day 4 - Turun penang naik skywalk rainbow tingkat 68 KOMTAR
Day 4 - Turun penang naik skywalk rainbow tingkat 68 KOMTAR
Thank you Shaklee for this 5 stars trip! Jom pulun bisnes untuk next trip!!!

Next trip WESTERN MEDITERRANEAN CRUISE pulak! ke 3 NEGARA!

Yang nak join bisnes Shaklee dengan saya dan team MRG, boleh terus hubungi saya / admin ok. details dibawah. :)

Thank You for reading ye korang!


Love,
❤ Super Cheta


Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of Magnetic Rizq Group (MRG)


0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com


Terima kasih kerana membaca! :)

Friday, 22 September 2017

KESAYANGANKU

Assalamualaikum w.b.t

Wah dah sebulan rupanya blog ni dia. Konon hari-hari nak istiqomah update kan? Rupanya, hangan-hangat lebih dari tahi ayam je ni. hehe.

Takpe, nanti kita cuba lagi untuk konsistenly update, kan?

Harini rasa nak tulis dari hati saja, nothing serious pun. Sebab rasa macam emosi sikit harini. hehe.

Semua orang mesti ada kesayangan masing-masing kan? Tak kira la manusia, haiwan, harta kebendaan ke, betul tak?

Kesayangan saya pun sama saja, sudah pasti suami, mak ayah, family dan anak-anak kucing saya ni.

Buat bisnes sungguh-sungguh pun untuk diorang juga.

1. Suami.

Walaupun selalu tak sekepala. Tapi mostlnya kami buat banyak benda sama-sama. bergaduh sikitisikit. kutuk mengutuk, dan salah faham itu biasa. Nak buat bisnes ni pun saya minta izin suami dulu. Dan awalnya suami tak sokong sangat pun. iya kan pun tidak, bangkang pun tidak. Alhamdulillah, sekarang suami dah 200% involve dalam bisnes ni, tanpa sokongan suami, mungkin MRG tak sejauh hari ini. :)
:: Kami masa nak pergi UMRAH. hihi. ::

2. MAMA ABAH & FAMILY

Awal-awal dulu pun mama abah tak setuju sangat juga saya buat bisnes. Pada diorang kerja mesti makan gaji. Bulan-bulan ada income tetap. Tapi bila saya mula melangkah. Mula boleh bagi lebih tiap-tiap bulan pada diorang. Mula ada masa untuk kerap balik kampung dan masa diorang datang ke Semenyih ni, abah mama dah ok. Dah sangat gembira saya kira. Dan sentiasa support saya dengan etia mendoakan saya dan tanya perkembangan bisnes saya. Keluarga pun sama. Adik beradik semua Ok. Alhamdulillah.

Sebenarnya kita nak buat apa pun kena bersungguh-sungguh. Orang sekeliling kita nak tengok result. Nak tengok kita betul-betul semangat atau tidak.

Kita pun boleh ukur diri sendiri, dah cukup usaha atau belum. Adakah kita sekadar promot sikit-sikit lepas tu takde orang beli, then kita give up? orang perli sikit kita dan melenting? atau adakan kita jenis on off. Rasa nak berniaga, kita buka kedai, rasa malas ada ada hal, kita tutup kedai?

Fikir-fikir kan. Kita saja yang boleh ubah diri kita sendiri. :)

:: Family Besar saya ::

3. ANAK-ANAK SYURGA

Ini lah anak-anak syurga saya. Kesayangan saya dan suami. Yang juga tak putus doakan kesejanteraan dan rezeki kami. Kalau takde diorang ni, sunyi rumah rasa. Sanggup saya keluar malam-malam sebab nak cari diorang ni dan ajak balik rumah. hehe.

Kami percaya, kehadiran diorang ni semua mesti bersama hikmah dan rahmat dari Tuhan.

Saya doakan moga diorang semua terus hidup lama dengan kami dan ada di setiap kesusahan dan kesenangan kami. :)
  :: Oren . Erra . Awie . Macam-macam gaya tidur :D ::


:: Mok, Yang Paling Istimewa. hehe. :) ::

Ok lah, nanti kita sambung lagi. Rasa sebak pulak tiba-tiba. hehe. Jumpa lagi di lain post ye.
Thank You for reading ye korang!


Love,
❤ Super Cheta

Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com


================================================================

Dapatkan VIVIX untuk tingkatkan kesihatan anda, mak ayah dan orang tersayang harini.

                 

Kebaikan Vivix Shaklee:

Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan.
.
Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung.
.
Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis.
.
Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf.
.
Mengurangkan kadar chances untuk menjadi nyanyuk
.
Meningkatkan kesihatan imum badan. .
.
Menggalakan kesihatan keseluruhan
Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.
.
Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik.

Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semula.

Sekarang VIVIX tengah promo. BERBALOI-BALOI! 

Nak cuba? Terus pm 0195241521 ok. ðŸ˜‰

Terima kasih kerana membaca! :)

TESTIMONI PENGGUNA COLLAGEN POWDER SHAKLEE YANG TERBUKTI BERKESAN!

Kajian saintifik dan ujian-ujian klinikal Shaklee membuktikan kesan perubahan seseorang apabila mengambil SCP selama 8 minggu secara konsisten.

Statistik menunjukkan 71% orang merasa tekstur kulit mereka bertambah baik selepas menggunakan COLLAGEN POWDER SHAKLEE selama 8 minggu.

Hebatkan!!

 Berikut adalah bukti penggunaan produk COLLAGEN POWDER SHAKLEE pada penggunanya.





Kalau korang nak tahu, manfaat COLLAGEN POWDER SHAKLEE ni bukan hanya pada kulit. Ianya juga sangat bermanfaat untuk masalah kesihatan sendi dan keseluruhan badan.

Cheta akan share dengan lebih details dalam next entry,

Korang boleh contact Cheta personally untuk berunding secara peribadi dan juga untuk dapatkan harga special terbaik untuk korang!

Thank You for reading ye korang!


Love,
❤ Super Cheta

Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com


Terima kasih kerana membaca! :)

Tuesday, 29 August 2017

7 Rahsia Kebaikan Buah Lemon Untuk Kurus & Sihat

 
Kalau Peminat tegar pasar raya pasti kenal apa itu buah lemon, buah dengan warna kekuningan yang menarik itula yang ada banyak terdapat di pasaraya. Tapi tahukah anda apakah rahsia kebaikan buah lemon kepada anda?

Jangan duk tenung tilik pegang aje , buah lemon ini ada banyak kebaikan, meh sini saya ceritakan, tak perlu belanja besar pun.

1. Kuruskan Badan

Minum air lemon pada waktu pagi membantu tubuh membakar lemak dengan lebih cekap dan berkesan. Organ hati yang berfungsi dengan baik akan memastikan proses metabolisme lemak berjalan dengan lancar dan ini sangat penting proses diet untuk kuruskan badan.
 
2. Tingkatkan Hidrasi & Berikan Tenaga
Kebiasanya pada setiap pagi kita akan mengalami situasi yang agak malas dan kurang bertenagakan?Cuba mulakan pagi anda dengan segelas air lemon suam pasti anda akan rasa lebih bertenaga dan terhidrat sepanjang hari. Air lemon  ini memberikan umpphh untuk lonjakkan tenaga anda.tak cuba tak tau kan..dah cuba pasti mau.

3. Cantikkan Kulit
Tahukan yang lemon ini mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Vitamin C memainkan peranan untuk mengekalkan kulit yang sihat serta sebagai antioksidan bagi mencegah penuaan pramatang dan melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit. Vitamin C juga diperlukan dalam penghasilan kolagen yang sangat penting untuk keanjalan dan awet muda. Cer tengok saya awet muda kan (hehe terpuji diri sendiri lak) !!

4. Bantu Proses Singkirkan Toksin
Pasti ada yang telah mengamalkan air lemon ketahui bahawa air lemon merupakan diuretik semulajadi yang membantu menyingkirkan cecair dan toksin di dalam badan. Asid sitrik yang terkandung di dalamnya juga membantu fungsi buah pinggang serta hasilkan eznim untuk proses detoxs di organ hati. Kita sedia maklum organ hati adalah merupakan salah satu organ utama dalam proses membuang toksin daripada tubuh badan manusia. Bila badan mempunyai toksin yang banyak akan memberikan kesan badan mudah letih dan mengantuk. Bila toksin telah disingkirkan nutrien daripada makanan juga akan lebih mudah diserap ke dalam badan.

5. Sokong Sistem Imun
Alkisahnya dengan kandungan Vitamin C yang tinggi dapat membantu meningkatkan sistem imun manusia. Ini bagi mengelakkan mudah terkena demam selesema baik amalkan secawan lemon suam di pagi hari sebelum menempuh perjalanan ke pejabat.

6. Bantu Penghadaman
Jika anda mengalami masalah penghadaman dan susah untuk membuang air besar cuba amalkan minum segelas air lemon suam di kala pagi sewaktu subuh menjelang tiba. Air suam dengan lemon ini akan membantu merangsang saluran penghadaman @ merangsang pergerakan usus serta akan bersihkan organ hati anda.Cubala pasti anda happy senyum selalu lega tuhh…

7. Alkalikan Tubuh Anda
Tubuh manusia boleh menjadi terlampau berasid bila mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Bila badan berasid akan menggangu pelbagai fungsi badan serta tubuh anda akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan sel-sel kanser juga lebih mudah tercetus. Lemin yang diketahu adalah bersifat asid, mampu mengalkalikan tubuh dan darah yang diambil. Ini sangat membantu memastikan keseimbangan PH sentiasa terpelihara, terutamanya jika kira gemar makan seperti daging, keju dan lain lain.

Cara Sediakan Air Lemon Suam

Terdapat pelbagai jenis resepi yang melibatkan air lemon ini. Boleh ikut selera anda cuma janganlah ditambah dengan pemanis tiruan nanti dah jadi tak sihat pula.

Salah satunya adalah hiriskan nipis 1/2 biji lemon dan direndamkan di dalam segelas air suam, biarkan selama beberapa minit dan bolehlah diambil sebagai minuman pembuka di awal pagi. Air lemon ini akan meningkatkan tenaga anda serta membantu mengawal selera makan sesuai buat sang pendiet yang kental..Happy trying .

Resepi Air Lemon Ke Dua

Hiriskan 1/2 biji lemon dan direndam ke dalam air suam masukkan juga 1 inci halia yang telah diketuk dan biarkan selama 5 minit selepas itu campurkan dengan 1 sudu madu dan boleh sudah nikmati air lemon madu halia. Ini kegemaran saya, rasanya masam manis pedas sungguh terbaik untuk mulakan
hari anda..

Thank You for reading ye korang!

Love,
❤ Super Cheta

Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of Magnetic Rizq Group (MRG)

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com





Terima kasih kerana membaca! :)