Vita Viral byItaAthirah: April 2017

Friday, 7 April 2017

ALHAMDULILLAH REZEKI YANG TAK DISANGKA-SANGKA

Assalamualaikum.. Harap semua sihat sejahtera.

Ok, harini rasa nak share pasal SHAKLEE lah. Macam mana saya boleh terjebak dan perjalanan seterusnya.hehe

Honestly dulu saya adalah antara yang anti-supplement. Saya rasa supplement ni semua merpek-repek. Macam rekaan saja untuk bisnes.

Ntah apa yang diorang letak dalam supplement tu pun kita tak tau. Sungguh saya anti-supplement dulu. Dan saya juga anti SHAKLEE sebab saya pernah kena paksa dengan orang yang jual SHAKLEE supaya saya beli supplemenet dia.

Sudahlah masa tu anti-supplement, lepas tu kena paksa pulak. Memang rasa TAK SUKA tu bertambah membuak-buak.

Then kisah bermula bila saya kerja dekat Subang. Kena travel dari bangi ke subang makan masa dekat 2 jam pegi, 2 jam balik. Harung jem yang tak berkesudahan. Sampai tempat kerja stress pulak dengan nature kerja. Badan memang exhausted sangat. Minda stress. Badan letih. Sampai rumah asyik nak tidur je. Hari-hari pening kepala.

Husband pun perasan, malam-malam saya akan tertidur awal dan boleh kata tiap-tiap malam saya akan cakap pening kepala. Sampai Husband pun cakap dekat kucing kitorang,
"Makteh tu sikit-sikit sakit kepala kan??"..haha.. 

Mula dari situ la saya mula nak cari supplement, cari punya cari saya tengok Senior saya, Dokter Hasifah jual SHAKLEE. Rasa macam try je la.

Walaupun sebelum ni anti SHAKLEE tapi demi kesihatan dan keceriaan hidup saya PM jugak dia. Tanya punya tanya, last-last saya ambil set kesuburan. Sebab dalam set tu ada complete untuk kesuburan dan bagi tenaga dalam masa yang sama dapat baiki kulit saya ni.

Bulan pertama saya consume, saya tak perasan pun apa perubahan saya. Rasa macam sama je. Tapi nila masuk bulan kedua, baru mula rasa badan dan sedap nak masuk bulan ketiga saya perasan saya makin bertenaga. Even balik dari kerja harung jem segala, saya masih excited dan bersemangat nak masak dan buat kerja-kerja rumah. hehe.

Then saya rasa macam nak jadi ahli la. Nanti mesti nak beli lagi, jadi ahli dapat la murah sikit. Then kebetulan saya nak resign kerja so saya macam dok cari-cari, dah mula planning-planning benda apa saya nak buat lepas dah resign kerja nanti sementara nak tunggu dapat kerja baru.

Then saya tengok senior saya tadi macam syok je buat bisnes SHAKLEE. Rasa macam nak try. Tapi tiba-tiba rasa macam was-was. Rasa macam tak bestttt je. Macam dah overated. dah ramai sangat orang buat SHAKLEE.

Tapi ntah kenapa rasa macam, Takpelah try je la, jadi ahli pun murah je, RM80. SEUMUR HIDUP. Bila dah jadi ahli then, bermula lah perjalanan bisnes saya.



Dari RM80 tu lah saya mula mengorak langkah dalam bisnes ni. Bisnes yang saya terlalu passion dan bersemangat nak majukan. Saya sentiasa positif dan sentiasa bersemangat nak majukan bisnes saya.

Alhamdulillah, selepas setahun saya membaja bisnes saya, finally harini bisnes saya makin maju. Agen saya semakin ramai. Income saya dalam binses ni naik lebh 200 kali ganda dari MODAL yang saya keluarkan.

Featuring dalam Megazine SHAKLEE Today!


Alahmdulillah, Alhamdulillah, Syukur!
Tak pernah saya bayang bisnes ni boleh bawa saya ke tahap seperti hari ini.

Sekarang saya nak buka peluang untuk berniaga dan maju dalam bisnes ni bersama-sama saya. Andai anda berminat untuk mendaftar bisnes ini bersama saya dan MRG boleh terus PM saya ok!

Alhamdulillah, kini saya di level Key Coordinator


 囗囗囗囗囗囗囗囗囗囗囗囗囗囗囗囗囗

Che Ta @ Ita Athirah Ahmad
Founder Of MRG Key Coordinator
No SID 1222296
019 524 1521

 囗囗囗囗囗囗囗囗囗囗囗囗囗囗囗囗囗
Terima kasih kerana membaca! :)