Vita Viral byItaAthirah: April 2018

Monday, 23 April 2018

4 TAHUN IKHTIAR UNTUK HAMIL

Ramai yang dah tahu 4 tahun saya dan suami ikhtiar untuk hamil. Macam-macam kami buat
Banyak dugaan dan ujian yang menerpa sampai lah saya disahkan hamil seperti hari ini. Alhamdulillah.

Seperti yang saya dah janjikan, saya sharekan journey TTC saya dan suami ni moga dapat bantu sesiapa yang mungkin ada masalah yang sama dengan kami atau mungkin nak tahu apa yang kami lalui untuk rujukan. ☺

Post ni pastinya sangat panjang sebab saya tak tahu macam mana nak ringkaskan sebab perjalanan kami untuk cuba hamil ni lama juga. 4 tahun.

Saya tahu ada yang menanti lebih lama, ada yang 8 tahun ada yang 10 tahun ada yang berbelas tahun. Berapa tahun pun kita menanti dan berusaha yang pastinya hanya yang lalui faham perasaan TTC ni. ☺

➡️TAHUN PERTAMA, TAHUN MENCUBA

Kami kawin Mei 2014, Tahun pertama kami kawin tu kami usaha secara normal sahaja. belum jumpa doktor, belum ambil apa-apa vitamin untuk tingkatkan kesuburan. Kami cuma jalani hidup suami isteri macam biasa. Satu tahun berlalu, rahim saya masih kosong.

➡️MULA BAJA DIRI

Masuk tahun kedua dalam Oktober 2015 kalau tak salah, Baru saya mula cari supplement kesuburan. Saya search di internet dan baca-baca, Saya tahu saya dah mula perlu kan supplement.

Sebab bila kerja badan letih sangat. Nak bersama pun rasa takde mood sangat. Dah la tak tahu tahap kesuburan macam mana, so saya mula beli  Vitamin c, Vitamin e, kalsium dan fish oil. Saya pilih Shaklee. Sebab masa ni saya nampak kawan saya jual shaklee dan dia selalu share. Dan dia seorang doktor. So saya lebih yakin untuk mula baja diri.

Lepas tu saya mula rasa effect, period saya mula OK. walaupun tak la accurate cycle, tapi saya dah boleh estimate bila period akan datang. Then saya mula tambah Protein, Multivitamin. Saya pilih Shaklee juga sebab saya dah rasa effect sebelum tu. kali ni saya terus jadi ahli.

Setahun saya baja diri dengan Vitamin-vitamin Shaklee, memang badan saya rasa best sangat. Tapi rahim saya masih tidak berisi.



::Antara Vitamin yang saya ambil untuk baja diri ::

➡️ MULA DAPATKAN RAWATAN

Around Ogos 2016, 2 tahun lepas kawin baru saya jumpa Doktor. Sebelum-sebelum tu pernah je jumpa doktor tapi just scan-scan biasa, tapi semua doktor cakap rahim saya ok. takde masalah. So Ogos 2016 tu saya dan suami nekad nak mulakan rawatan kesuburan betul-betul.

Doktor pertama yang kami jumpa adalah Dr Al Enzzahti Ibrahim (Dr.Ijad). Sebab dia kawan saya dan kebetulan dia Doktor O&G. hehe. So saya jumpa dia untuk scan dan nak dengar pendapat dia. Masa scan tu Dr. Ijad macam nampak cyst. Then Dr. Ijad bagi opinion untuk kami dapatkan rawatan infertility dekat HKL. Sebab katanya HKL memang well known as pusat infertility kerajaan yang terbaik dan ramai pakar dekat situ.So kami bersetuju, dan Dr. Ijad pun buat referal letter.

September 2016, kami terus ke HKL. Hari pertama kami just dengar briefing je. Sebab next perkara yang kami kena buat adalah ambik darah masa period hari kedua dan hari ke 21.  Then hasben kena buat sperm test. Then baru jumpa doktor untuk tengok result semua ujian.

➡️ BERMULA EPISOD GELAP

Habis semua ujian kami buat, hari yang dinantikan tiba. Kami ke HKL seperti yang dijadualkan, Dari result darah dan sperm yang dah dibuat, Suami saya memang takde masalah. Sperm semua ok. tiptop. berenang elok. Cergas. haha. Alhamdulillah. Saya pulak, interm of kesihatan semua ok, takde kencing manis ke apa ke, Semua ok, Kecuali Hormon prolaktin saya terlalu tinggi. Keadaan ni selalunya berlaku pada ibu menyusu. So saya bingung, Dah kenapa hormon prolaktin ni tinggi? Then Doctor arrangekan untuk saya jumpa dengan pakar endocrine.

Bila jumpa pakar endocrine, Doktor cakap, "Prolaktin awak terlalu tinggi. kita kena buat MRI atau CT scan"
saya binggung lagi. "KENAPA?". Then doktor cakap,
"Kita takut ada brain tumor". "Berkemungkinan ada tumor yang menolak kalenjar pituitary awak yang menyebabkan hormon ni keluar terlalu tinggi"

Ya Allah, korang cuba bayangkan perasaan kami masa tu. Niat hati nak buat rawatan kesuburan, tup tup dapat tahu suspect ada BRAIN TUMOR pulak. Speechless gila. tapi kami positif. Tak ramai yang tahu hal ni, yang pertama tahu selain suami saya adalah kawan saya, Dr. Hasifah (kak cip) dan Dr. Ijad.

Schedule MRI saya dengan HKL lambat lagi masa tu sebab waiting list panjang giler, then Kak Cip sarankan untuk saya pergi Swasta je. Nak ke swasta tu sekali lagi saya jumpa Dr. Ijad untuk dapatkan referal letter.




::Kad temujanji di HKL::

➡️ HARI UJIAN MRI TIBA

Dengan referal letter dari Dr Ijad, Alhamdulillah saya dapat buat MRI sangat cepat. Hari nak buat MRI ni kak cip yang teman saya. Sebab dia kan doktor dia lebih faham report tu nanti. hehe. Dengan perot yang boyot mengandung anak ke 3 kak cip setia tungu saya selesai Buat MRI yang berjam-jam tu.

Dari result MRI, rupanya saya cuma ada bengkakan kecil je yg tekan kelenjar pituitary tu. Doktor cakap walaupun kecik still mengganggu kalenjar tu. Dan dari MRI tu juga Dr cakap kepala saya ni macam ada tanda yang boleh menjurus kepada berlakunya Stroke. 🤧

::Keputusan MRI dan Film saya::


➡️ SAMBUNG RAWATAN DI HKL

Lepas buat MRI tu saya perlu sambung rawatan di HKL. Lepas jumpa Pakar Endocrine, Saya dihantar pulak untuk jumpa PAKAR NEUROLOGI. Sebab nak makesure kepala otak saya ni Ok. Takde masalah.

2 kali je kot jumpa Neurologist ada la series of ujian yang saya kena buat, then doktor discharge je, sebab doktor cakap saya ok. Sihat. Dan dari result MRI tu pun tunjuk saya boleh je pregnant. Chances untuk saya jadi stroke sangat rendah. So doktor neuro tulis surat ke Klinik infetility untuk sahkan saya ni ok untuk pregnant.

Tapi doktor sempat tanya, "Awak ada keturunan yang jadi gila ke?". Saya pandang je suami saya. Sebab dia je yang gila selama ni. haha. Suka buat lawak gila. 🤣

➡️ MULA INFERTILITY TREATMENT

Lepas discharge dari Klinik Neurologi, Saya jumpa balik doktor di klinik O&G. Then doktor pun arrangekan saya untuk buat HSG test. Untuk tengok Tiub saya tersumbat ke tak.

HSG ni sangat la sakitttttt oii. Syukur kalau korang tak sakit. tapi saya mema g sakit giler. sampai termuntah-muntah. Nak terberak semua ada. Mujur result HSG tunjuk tiub saya ok. Alhamdulillah. Kalau tidak, jenuh laa. 🤧

➡️ IUI TREATMENT

Lepas buat HSG, saya dijadualkan untuk buat IUI. Fuhh excited giler masa ni. Tapi dalam masa yang sama saya still kena ambik darah untuk tengok Hormon prolaktin saya dah ok ke belum.

Tiba hari yang dijadualkan, saya pun masuk bilik scan, doktor nak scan-scan tengok ada telur yang ok tak. Doktor kata nampak ada telur yang ok. Tapi doktor cakap saya ada Pcos. Telur tak matang. Pulak dahh. 🤧

Tapi still boleh buat iui. Sebab ada telur yg ok. Cuma chances nak berjaya tak tinggi. Tapi bila dia review result darah, tengok-tengok prolaktin saya masih tinggi. So doktor kata diorang tak boleh mulakan treatment. macam mana pun kena tunggu prolaktin tu turun.

So sad. 😢

sedih sangat masa ni. kami siap datang awal-awal. bawak ice box bagai. Tapi tak boleh buat lagi IUI tu. Sedih tau. 🤧

➡️ MENCARI SECOND OPINION

Bila balik dari HKL rasa tak puas hati pulak. Saya cakap ke husband. Jom jumpa Dr. Hamid Arshat nak? Dengar second opinion. Then suami ok. Sampai la ke date appoinment yang dijadualkan, kami ke Klinik Dr. Hamid. Tapi kami tak jumpa Dr. Hamid pun, kami jumpa Doktor lain sebab Dr. Hamid memang dah tak attend patient yang first time datang.

Bila jumpa Doktor, dah scan-scan memang Doktor confirmkan saya ada PCOS. Then saya tanya untuk nak buat iui. dan saya pun bagitau yang hormon prolaktin saya tinggi.

Then suprisingly doktor cakap, kalau prolaktin tinggi macam mana pun kena turunkan dulu hormon tu. kalau pregnant time prolaktin tinggi ni sangat bahaya sebab si ibu terdedah kepada bahaya serangan stroke. So doktor memang tak sarankan untuk pregnant dengan hormon prolaktin yang tiggi.

Ya Allah, memang terkejut giler. Tapi kami ok je. Postif walaupun agak pasrah. haha. 😆

➡️ REDHO BERSAMA HKL

Rasa macam dah buat macam-macam, siap dah jumpa doktor lain, last-last kami decide, stay je la dengan HKL. ikut je apa plan diorang. Senang. 😁

Sedar tak sedar dah hampir dua tahun proses kami ulang alik ke hospital dan jumpa doktor ni.

Doktor pun dok ulang bagi bromocriptine je untuk turunkan hormon prolaktin tu. Tapi saya memang jarang giler makan. Sebab effect ubat tu teruk sangat rasanya. So saya memang Makan 1 minggu je pastu dah tak makan. 🤧

➡️ 2018 BERMULA AZAM BARU

Masuk je 2018 saya tanam azam baru, Ok cukup lah saya selesakan diri selama ni, cukup la nak redho dan pasrah je pada rezeki, Saya perlu buat sesuatu sebab saya dah masuk 32 tahun.

Masuk je tahun baru, Saya mula konsisten amalkan VIVIX SHAKLEE. Sebab saya tahu vivix ni kaya dengan polyphenol anti oksida. Baik untuk kesihatan dalaman dan baik untuk tingkatkan kesuburan. kalau sebelum ni saya makan satu sudu kecil sehari, kali ni saya ambik special dose untuk orang yang bermasalah macam saya.

Then saya detox. saya nak buang toksin dalam badan, sebab saya rasa macam "Ntah-ntah toksin dok banyak dalam badan tu yang Ovum lemah je. Tak sihat"

So saya mula detox!

➡️PROGRAM DETOX BERMULA

Saya mula detox ni dengan cut semuaa air manis. Saya minum air masak sahaja. ke mana-mana pun saya angkut air masak je. Lepas tu pelan-pelan saya cut semua makanan manis. kek-kek dessert-desert yang memang fevret saya, saya cut semua. Nasi pun saya kurang kan potion dah.

Awal-awal buat detox ni memang rasa ringan badan. Lepas tu saya hadiri seminar shaklee. dalam seminar tu saya rasa ada kot dalam 5 org yang share shaklee effect diorang lepas detox je pregnant. lepas detox terus pregnant. then saya tanya macam mana diorang detox sebetulnya. Diorang cakap banyakkan makan raw green veggie dan amalkan DTX COMPLEX Shaklee.

Balik dari seminar tu memang saya terus giatkan projek detox saya. Saya bli DTX COMPLEX shaklee. saya makan 2 biji sehari. 2 kali seminggu pulak saya akan makan fresh raw green veggie semanggkok. Dari rasa Nak termuntah lama-lama jadi suka. hehe.

::Set Detox Lengkqp Shaklee::

➡️ SUAMI MULA BUAT RESEARCH

Bila tengok saya giat dok detox bagai, suami pun mula buat research senyap-senyap. Rupanya dia baca yang Coenzyme Q10 dapat bantu bagi tenaga pada sperm. Sebab dia tahu ovum saya slow, so dia rasa macam mungkin dia kena up kan lagi sperm dia untuk bagi sperm tu terus shoot ke ovum yang berkenaan.

Tup tup Shaklee keluarkan new product COQ-Trol plus. Combination Coenzyme Q10 & resverastrol yang memang bagus untuk kuatkan sperm dan bagi sperm tahan lebih lama. Nutritionist pun ada tunjuk video yang pergerakkan sperm jadi laju giler. So suami saya terus mintak nak makan COQTROL PLUS tu.

:: Info tentang Coqtrol untuk kesuburan. Baca perenggan paling atas::

:: Coqtrol plus kaya dengan Coq10 yang bagus untuk kesuburan ::

:: coqtrol plus BEAT gilerr ::

➡️ BERITA YANG DINANTIKAN TIBA.

2 bulan lebih saya mula detox dengan jaga pemakanan, saya amalkan protein ESP, Fish OIL, VITAMIN C, Vivix, DTX COMPLEX dan COQTROL (amal bersama suami) semuanya dari shaklee, Tup tup saya disahkan pregnant. Nak dapat tahu saya pregnant pun dramatik jugaa! Sampaikan Doktor pun terkejut, saya lagi la terkejut. huhu. 🤧

Mana la tak terkejut 2 tahun buat macam-macam takde rezeki, tiba-tiba baru giat detox bagai 2 bulan je terus lekat. Sumpah Terkejut gila.

:: 4 tahun dok buat upt test ni takpernah double line. Bila sekali Allah bagi double line syukur tak terucap! ::

Tapi apa pun saya bersyukur sangat Alhamdulillah bila saya disahkan mengandung ni. Pada saat ramai tak percaya pentingnya baja diri, saya tetap terus baja diri dengan vitamin yang terbaik tanpa was-was dan tanpa jemu.

Dan pada saya DETOX tu memang sangat-sangat membantu. Dtx complex, VIVIX dan COQTROL sangatt power. Mungkin juga memang rezeki saya dah sampai. Tapi inilah perjalanan TTC journey saya. Apa yang saya lalui dan apa yang saya amalkan.

Thank you korang yang sudi baca sampai habis panjang-panjang ni. Ade ke tak yang baca sampai habis ni. hihi.

Sebarang pertanyaan boleh terus klik link ni ye Saya nak tahu info lanjut tentang TTC Cheta, nanti saya cuba bantu. InshaAllah.

Next saya share macam mana saya terima berita gembira ni. InshaAllah. hihi.

❤ Ita Athirah Ahmad
0195241521

#Ttcjourneycheta
#setkesuburanshaklee
#setdetoxshaklee
#setkesuburan
#mr
Terima kasih kerana membaca! :)

Sunday, 15 April 2018

KENDURI TAHLIL & MAJLIS PERTUNANGAN ADIK

Lama gile tak update blog. Bulan March langsung tak update rupanya. Patut la bersawang. Haha!

Harini kita update la sikit, kebetulan last week ada majlis dekat kampung, so boleh la share sikit. hehe.

Last week, 7 April 2018 berlangsung majlis pertunangan Adik Bongsu Cheta, Ida Adila dengan pasangan pilihan dia, Muhammad Ismail.

Majlis ni asalnya nak buat kecil-kecilan je, tapi ntah macam mana banyak pulak yang nak sponsor itu ini. 

Biasa la adik bongsu. Yang last dah nak bertunang bagai, tu yang ramai nak sponsor itu ini kot. kan? 

Majlis bermula dengan majlis pertunangan then diikuti dengan majlis tahlil. 

Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan sangat meriah. Makanan sedap sangat! haha!

Mini Pelamin dan Makanan diSediakan oleh D'Ammar Catering. Murah saja. Puas hati giler ok.

Orang Padang Serai, Orang kulim, Orang Sp dan kawasan-kawasan sekitar boleh order catering, pelamin mini, meja makan pengantin dengan D'Ammar Catering. Memang puas hati. 👍

Jom tengok sekitar majlis haritu. 




The Hantarans

The Hantarans

The Doorgifts

Dengan adik beradik perempuan dan ipar duai
Dengan Tunangan Adik



Ida & Ismail

Our big happy family

Majlis dihadiri dalam 200 orang tetamu. Ramai giler. Tak sangka ramai macam ni.

Masa Cheta dulu jangan kata majlis, bertunang pun tidak. haha.

Tapi orang cakap pertunangan ni biarlah rahsia. Nanti majlis baru hebahkan. Ye kan?

Kita doakan moga adik dan Ismail berkekalan, sabar dan tabah harungi segala cabaran dan onak sepanjang pertunangan hingga ke hari majlis nanti ok. ❤

Video sepanjang majlis adik ☺

Tahniah Adik & Ismail.

Love,
Kak Ita


Terima kasih kerana membaca! :)