Vita Viral byItaAthirah: June 2018

Friday, 29 June 2018

TIPS IKHTIAR HAMIL

Sebelum ni saya pernah share perjalanan saya dan suami untuk ikhtiar hamil. 4 Tahun mendirikan rumah tangga, macam-macam usaha kami buat.

Boleh baca di sini untuk rujukan → PERJALANAN 4 TAHUN IKHTIAR UNTUK HAMIL

Harini saya nak share beberapa amalan atau tips yang kami suami isteri buat untuk menjemput rezeki Allah yang satu ni.


1. Ikhtiar pertama yang saya buat memang of course saya baja diri. Dan saya detox untuk sihatkan badan. Detox ni saya buat 2 cara, 1 amalkan pemakanan sihat. 2 saya ambik supplement Shaklee untuk detox buang toksin dari badan. The best supplement DETOX yang saya amalkan adalah DTX complex dan VIVIX. 2 bulan saya betul-betul konsisten 2 item ni seiring dengan jaga pemakanan, Alhamdulillah, rezeki sampai.

Pemakanan pula saya memang betul-betul nekad kali ni, NO MORE air manis, tak kira la milo kurang manis ke, sirap kurang manis ke, apa saja air sebegini memang saya stop terus. saya minum air putih je. hari-hari. dari rasa jemu sampai la rasa takleh hidup kalau tak minum air putih ni. hehe.
Awal-awal memang susah nak buat, tapi bila fikirkan ini lah ikhtiar yang aku belum betol-betol buat untuk pregnant ni, so saya kuatkan hati.

Saya banyakkan makan sayur hijau. time suami pergi kerja, waktu lunch memang saya akan makan sayur hijau saja. Greee leaves Salad. Kalau rasa taknak makan sayur hijau, Saya akan buat Fruit Salas dan letak buah pelbagai warna.

Time dinner, saya akan masak sendiri dan akan makan secara suku suku separuh (nasik suku, lauk suku, sayur separuh pinggan), kadang-kadang saya gantikan Nasik dengan oats. Maksudnya saya makan Oats dengan lauk. Bab makan ni lagi susah nak buat mula-mula sebab kita biasa makan apa yang kita nak makan, dan akan makan sampai kenyang. kaedah suku suku separuh ni memang tak rasa kenyang macam selalu, tapi perut sebenarnya ok je kuantiti tu. Lama-lama kita akan biasa. Bila rasa macam tak boleh nak buat, Ingat the main reason kita kenapa kita nak jaga pemakanan, ok.

2. Saya selalu kirim kan doa pada sesiapa saja yang saya tahu nak pergi tunaikan umrah.
Saya pernah komen pada status Dato Seri Vida dan Datin Terlajak laris mohon doakan saya nak hamil. Haha! Saya pernah kirimkan doa pada sahabat saya minta suami dia bacakan depan kaabah bila saya tahu suami dia nak pergi umrah. Sesiapa saja yang saya tergerak hati nak kirimkan doa, Pasti saya kirim. Tak kisah lah diorang sempat baca ke tidak, Yang penting itu ikhtiar saya. Kita tak tahu doa siapa yang akan Makbul, so jangan malu nak minta orang doakan kita

3. Saya selalu minta nak usap perut kawan-kawan or sedara yang tengah pregnant. Sambil usap, saya akan cakap, "Ambik aura sikit naa, kot-kot melekat". haha! macam kelakar kan? tapi memang itu lah saya selalu buat. Pantang jumpa kawan-kawan pregnant, MESTI WAJIB saya usap perut dia. Dan setiap kali itu lah empunya badan akan doakan secara automatik, "InshaAllah lepas ni turn Ita pulak". hihi.

4. Baik pada binatang. Kami ada banyak giler kucing. Suami la suka sangat kucing. Dulu saya macam takut-takut jugak dengan kucing. tapi lama-lama jadi sayang pulak. ahaha. HAri-hari cakap dengan kucing minta dia doakan. Taktahu lah kucing tu doa cemana. Haha! tapi memang hari-hari minta dia doa. bila bagi dia makan, suruh dia doakan kami.

kalau bela kucing, tunaikan la hak kucing. Jangan kurung dia sokmo dalam sangkar. Kalau takut dia berak or kencing, so ajar diorang. Sediakan tempat untuk diorang membuang. Bagi kucing-kucing kita happy. lari sana-lari sini. Kejap-kejap datang ngendeng minta usap. Suami saya kata, kucing ni kuat berdoa, kalau kita gembirakan dia, dia mesti doa yang baik-baik untuk kita.

Kucing jalananan pun kalau kami jumpa yang sedih-sedih macam lapar gitu, kami akan belikan food dekat kedai berdekatan dan bagi dorang makan. Sambil bagi makan tu, cakap la dengan kucing tu, doakan dorang baik-baik dan mnta dorang doakan kita baik-baik.

5. Banyakkan sedekah. Ini memang powerful. Takpayah kira banyak mana nak sedekah. Kita bagi saja. Cari la sedara-sedara dan mana-mana orang yang memerlukan untuk kita sedekah. Niatkan lah sedekah kita tu mohon kita dimurahkan rezeki untuk dapat zuriat. Nanti saya cerita bab sedekah ni. macam panjang pulak if nak cerita dalam satu post ni. hehe.

Ok la Stop sini dulu la, 5 tips dulu. Nanti saya sambung lagi dengan tips yang lain yang kami amalkan. hehe.

Klik follow blog ni tau. And jangan lupa follow IG : @byitaathirah & FB: Ita Athirah Ahmad naa. ❤

Thank You for reading ye korang!


Love,
❤ Super Cheta

Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com


Terima kasih kerana membaca! :)