Vita Viral byItaAthirah: 2019

Monday, 21 October 2019

REVIEW WEIL HOTEL, IPOH

Assalamualaikum! Since kami macam agak regularly jugak nak kena check in hotel here and there sebab always ada busienss meeting dan offline coaching dengan business team, so I decide why not I share sikit review hotel yang kami stay kan.  Mana tau boleh buat rujukan masa depan. hehehe.

Kali ni kami stay at WEIL HOTEL, IPOH. I choose hotel ni sebab location dia, of course! 

Weil Hotel ni kalau tengok Agoda rating dia 5 star, and memang banyak good review. Personally I rasa location hotel ni memang startegik sangat! I memang suka. paling suka sebab dia connecting dengan mall, Ipoh Parade. 

Anak I naik je katil, dapat susu, terus tidur. haha!



Bilik kitorg dalam RM400/night siap breakfast for 2 person including tax bagai.  bilik dia OK! katil sedap, memang nampak macam hotel baru lagi, hehe. best and selesa. kami dapat twin bed sebab last minit booking, hotel penuh!!

Staff  alhamdulillah baik, polite and murah senyuman. hehe. breakfast ok la, so-so. Food tak banyak sangat selection, tapi food yang ada tu sedap. Dia ada freshly bake croissant, pastry camtu, Ish lembut sungguhhh! sambil kita breakfast sambil bau wangi pastry tengah bake tu.  haha! 

Kitorang ambik Hi-tea set jugak. Hi-tea ni harga dia RM64 je for 2 person. berbaloi-baloi, terkejut we all tengok harga. Sebab harga tu dengan kesedapan Hi-tea food tu memang berbaloiiiii sangat. nasibbaik try, puas hati betul! cuma selection tea dia tak sebanyak yang dekat Ritz-carlton. I try Marrakech tea, sedap. tak letak sugar cube pun sedap.  enjoy sangat!

everything on that food rack sedapp!

the tea lounge

cozy and comfy sangat! selesa nak sembang-sembang business meeting



Shaklee business coaching!

Kali ni kami tak terjun pool, sebab memang tak sempat. hahaa! Schedule pack, so anak masuk bathtub je. hehee. Tapi pool dia memang tak kids friendly
So My Review untuk Weil Hotel ni:
Location : 5/5 
I suka sangat lah kalau dekat-dekat mall ni. haha!

Room : 5/5 
katil selesa sangat, hehe syok tidur anak pun tidur lena tak bangu-bangun,

Food (Breakfast) : 4/5 
Tak banyak sangat choice. tapi food yang ada sedap-sedap

Food (Hi-tea) : 5/5
best! memang must try!

Customer Service: 5/5
Polite and very helpful

Ok, itu je dulu review kali ni! Thank you for reading korang! Nanti kita review hotel or tempat lain pulak. hehe!

Till then, 
Thank You for reading!

Love,
❤ Super Cheta
Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG
Untuk sebarang pertanyaan or pembelian produk Shaklee boleh terus hubungi:
0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com
Instagram : ByItaAthirah










Terima kasih kerana membaca! :)

Wednesday, 18 September 2019

REVIEW THE RITZ-CARLTON HOTEL, KUALA LUMPUR

Assalamualaikum! dah lama tak bersiaran dekat sini, haha! penyakit tak berapa rajin mai menyerang dah after beranak nih, haha!

Tapi, since ada benda nak share ni, so boleh la mula paksa diri menaip sikit-sikit. hehe! 
Harini just nak share my own review untuk hotel THE RITZ CARLTON, KUALA LUMPUR 

Hotel ni kami decide untuk stay dan buat Leader Retreat for my business leader yang berjaya capai requirement yang we all tetapkan. Last time kami buat Leader retreat ni di Cyberview Resort & Spa, this time kami pilih the Ritz-Carlton pulak after puas survey-survey. 

The Ritz-Carlton ni kalau tengok Agoda rating dia 5 star, and memang banyak good review. Siap katanya Barrack Obama masa datang Malaysia pun duduk situ. haha! macam-macam. 



Bilik kitorg dalam RM800/night siap breakfast for 2 person including tax bagai.  Bilik dia MashaAllah, rasa macam homey sangat!!!! Best giler! 

Toilet superb! Rasa nak tidur dalam toilet nya haa! memang terapi sungguh bila masuk hotel tengok toilet cantik. Banyak-banyak hotel kami pernah pergi, toilet The Ritz carlton ni paling cantikk!! 

Staff pun super baik, sangat helpful. Masa check in tu siap ada insiden kami dapat bilik yang orang belum check out lagi. masalah teknikal katanya. Terkejut kami bila masuk tengok ada lagi barang-barang orang lain dalam tu. cepat-cepat kami lari keluar. haha!
Mujur la masa masuk tu bilik tu orangnya takde, bayangkan kalau kami masuk tiba-tiba nampak aksi bukan-bukan. Jenuh! haha! Tapi alhamdulillah staff dioarang sangat efisyen and baik. tak jadi kita nak marah pun. haha! 
Toilet dia love sangat! Cantikk betul!
Petang tu kitorang ambik Hi-tea pulak, Hi-tea ni harga dia RM160 for 2 person. jadinya RM80 lah satu kepala. 
Kalau datang Ritz-Carlton try la Hi-tea dia. dioang ada 30 jenis Tea. kami tak tau nak pilih yang mana, so tanya je staff tu,Tea apa paling sedap. so kami ambik as per recommendation je. bila try tea tu, Sedap!!!!!! kalau ada jual daun tea tu, inshaAllah mesti daku beli. ahhaha. and makanan Hi-Tea dia pun boleh tahan sedap. nampak sikit, tapi memang just nice, kenyangnya tu.
Di punya breakfast so-so je lah, SO far rasanya breakfast paling meriah yang we all pernah makan dekat Hotel Sunway tu. The Ritz Carlton ni punya breakfast tak wow sangat. hahaha! boleh la.
Yang tak bestnya dekat sini pool dia tak kids friendly. kids dia suruh main dekat Kids Room kot. sebelah dengan pool tu. mak bapak pi pool, anak-anak main dalam kids room gitu kot. 

kids Room
Location wise pulak rasa nya awesome sangatttt! sebab dia link dengan JW Marriot and dekat sangat dengan Pavillion. ada link bridge terus sampai Pavi. Ya Tuhan, seronok sangat! hahahaha! Tapi malangnya tak sempat pun nak menapak ke Pavi tu, masa tak mengizinkan. InshaAllah next time nak mai lagi. hehe.
So My Review: 
Location : 5/5 
I suka sangat lah kalau dekat-dekat mall ni. haha!
Room : 5/5 
Best sangat. Toilet dia tu teringat-ingat betul.
Food (Breakfast) : 3/5 
Tak banyak sangat choice. takde yang macam woww nak ulang makan haha
Food (Hi-tea) : 4/5 
Sedap. Tapi ada benda tak berapa sedap jugak dalam pinggan tu haha
Customer Service: 5/5 
Cepat dan cekap. Baru check in pukul 2. pukul 5 dah mai tanya nak tukar towel tak. i likeee!
Ok, itu je dulu kot review kali ni! Thank you for reading korang! 

Till then, 
Thank You for reading!

Love,
❤ Super Cheta
Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG
Untuk sebarang pertanyaan or pembelian produk Shaklee boleh terus hubungi:
0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com
Instagram : ByItaAthirah









Terima kasih kerana membaca! :)

Saturday, 9 March 2019

REVIEW : HIPPOPO BABY SPA

Hai Assalamualaikum

OK harini sempat bawa Humaira ke baby spa. Sebab ayah dia dah janji haritu nak belanja Humaira swim, so today kami tunaikan. Hehe.

Hippopo Baby Spa ni actually ada je dekat Putrajaya, tapi haritu call penuh kena pergi weekdays je baru ada slot, tak jadi lah nak ke Putrajaya punya. Kebetulan kami memang nak ke arah selatan ni So terus book yang dekat melaka je la.


Sebelum nak datang better call dulu tau. Sebab takut penuh. Dekat Melaka ni memang tak ramai so memang enjoy gilerrr. Tenang. And tak biasing. Hihi. 

Harga baby spa ni cuma Rm88 je satu sesi. Mandi dalam 30 minit, massage dalam 30minit jugak. 

Make sure 30 minit Sebelum sampai slot baby dah cukup tidur and Dan kenyang. 

Make sure baby tak demam, batuk and takde apa-apa suntikan on that day. 


Humaira memang enjoy sangat. Trainer pun sangat soft, pandai layan budak. Humaira pun selesa and tak takut. Hehe. 

Mommies Jangan risau, air yang diorang pakai akan ditukar straight away after digunakan and tub akan dicuci. 

After session Humaira siap pun terus tub tu dicuci. Efisyen sangat. Hehe. 

Air yg digunakan pun filtered and selamat kalau baby tertelan. 



 All in all, I sangat recommend Untuk mommies nak try bawak baby ke baby spa ni. Hehe. Rm88 tu memang rasa berbaloi sangat. Hehe. Puas hati.

Sebab tengok Humaira enjoy sangat terus kami sign up pakej Untuk satu tahun. Haha. πŸ’ΈπŸ’ΈπŸ’Έ


Korang boleh terus ke lama Web diorang hippopo baby spa for more Info OK! 😊


OK tu je yang nak share. Moga bermanfaat. 😊

Till then, 
Thank You for reading!

Love,
❤ Super Cheta
Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

Untuk sebarang pertanyaan or pembelian produk Shaklee boleh terus hubungi:

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com


Instagram : ByItaAthirah

Terima kasih kerana membaca! :)

Monday, 21 January 2019

PAKEJ BERPANTANG / CONFINEMENT LADY TERBAIK

Assalamualaikum semua!

Hye! Amboi lama sangat rasa tak menjemah dekat blog ni kan? hehe. Maklum lah, dah busy mak-mak ni, haha!

Ok, harini saya just nak share dengan korang pasal pakej berpantang atau pakej confinement lady yang terbaik dari pengalaman saya lah. Mana tahu ada yang dok survey-survey kan, nanti boleh survey pakej  ni sekali.

Masa saya berpantang haritu, saya mabik pakej dengan Perbidanan Melayu. Saya cari-cari dekat IG. Sebelum ni saya tanya banyak jugak lah pakje-pakej lain, tapi mostlynya full atau mahal pulak. Saya due bulan 11, saya survey dalam bulan 5 6 gitu, bayangkan lah ada yang dah full. So my advice, kalau nak cari pakej berpantang ni boleh book awal-awal.

Kalau takut terberanak awal, no worries diorang actually dah standby seminggu dua awal dari tarikh due date kita. Even kalau kita terberanak lagi awal pun diorang inshaAllah dah standby.

Dekat Perbidanan Melayu ni ada beberapa pakej. Kita boleh pilih ikut bajet.
Saya ambik pakej 21 hari, RM3333, memang Alhamdulillah best sangat! Therapist saya baik sangat. Tak berkira. Sayang sangat dia dengan Humaira. 

Tiap-tiap hari rasa macam anak saya tertunggu Kakak CL dia datang hihi. Bila Humaira dah dimandikan, dan di urut-urut dia boleh tidur berjam-jam lamanya tanpa terbangun sikit pun. hehe! 

Ni la CL saya. CL Iqin. Baik sangat. Kamceng macam kawan-kawan. hehe.
Awal-awal Iqin datang dia akan uruskan anak saya dulu. Tapi kadang-kadang saya suruh dia uruskan anak saya lepas sesi saya dulu. hehe.

Sesi Mengurut dan Sesi SPA akan dibuat secara selang seli. BEST sangat!

Lepas berurut akan ada sesi mandi herba. Tapi takde gambar pulak untuk sesi tu.
After Mandi akan ada sesi bertungku! Suka sangkat bertungku nih, hehe

After Bertungku then akan pakai bengkung.

Sesi Sauna pun ada timing-timing dia. bukan setiap hari tau.
Tapi evertime after sauna my CL akan siapkan air-air sihat.
Macam dalam gambar tu air madu lemon. 

Sesi Bertangas pun ada. Saya ada 2 jenis tangas.
Tangas Btu dengan Tangans Bunga (Ungkup Bunga)

 
Mandi bunga pun ada.
Everytime after mandi bunga memang wangiiii sangat!
Hilang segala busuk-busuk badan bau kepam tu and rasa sangat fresh. hehe

And ini pulak antara menu makanan berpantang saya. Memang sedap dan cukup nutrisi. Alhamdulillah, saya ok, baby pun ok. Rahim kecut elok. Takde apa-apa bleeding, Alhamdulillah.
Apa pun bab makan ni kena tgk badan masing-masing jugak tau.









Sedapkan makanan berpantang saya. hihi.

Habis je 21 hari sesi dengan CL ni,berat saya dah turun 12kg. Sama macam sebelum mengandung. hehe. Syukur Alhamdulillah. Sepanjang berpantang pun saya takde masuk angin ke, pening-pening ke, lemah badan ke lenguh-lenguh teruk ke, Alhamdulillah takde. Sikit-sikit rasa lenguh dukung and nyusu anak tu ada la. Tu biasa la. hihi.

Selain saya memang berpantang betul-betul, saya amalkan juga setiap hari supplemen untuk ibu berpantang Shaklee. Saya tak ambik any set berpantang lain dari toko-toko jamu, just set berpantang shaklee saja. THE BEST! Korang WAJIB tau beli set ni. hehe.

All in all saya memang rekemen sangat untuk korang ambil pakej confinement kalau berkemampuan. memang puas hati. kita tak payah buat apa, stokin pun CL pakaikan, Rambut pun CL sikat dan ikatkan. hihi. syokk!! Tak salah kalau kita spend sikit untuk cantikkan balik diri kita sendiri. Suami saya pun puji -puji. Syukur sangat. 

So kalau korang nak survey pakej berpantang yang saya ambik ni boleh ke IG diorang, PERBIDANAN MELAYU

And kalau korang nak beli or nak cari SET BERPANTANG THE BEST boleh terus contact saya ok!
Ok korang, Till then, 
Thank You for reading!

Love,
❤ Super Cheta
Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com
Instagram : ByItaAthirah


Terima kasih kerana membaca! :)