Vita Viral byItaAthirah: January 2019

Monday, 21 January 2019

PAKEJ BERPANTANG / CONFINEMENT LADY TERBAIK

Assalamualaikum semua!

Hye! Amboi lama sangat rasa tak menjemah dekat blog ni kan? hehe. Maklum lah, dah busy mak-mak ni, haha!

Ok, harini saya just nak share dengan korang pasal pakej berpantang atau pakej confinement lady yang terbaik dari pengalaman saya lah. Mana tahu ada yang dok survey-survey kan, nanti boleh survey pakej  ni sekali.

Masa saya berpantang haritu, saya mabik pakej dengan Perbidanan Melayu. Saya cari-cari dekat IG. Sebelum ni saya tanya banyak jugak lah pakje-pakej lain, tapi mostlynya full atau mahal pulak. Saya due bulan 11, saya survey dalam bulan 5 6 gitu, bayangkan lah ada yang dah full. So my advice, kalau nak cari pakej berpantang ni boleh book awal-awal.

Kalau takut terberanak awal, no worries diorang actually dah standby seminggu dua awal dari tarikh due date kita. Even kalau kita terberanak lagi awal pun diorang inshaAllah dah standby.

Dekat Perbidanan Melayu ni ada beberapa pakej. Kita boleh pilih ikut bajet.
Saya ambik pakej 21 hari, RM3333, memang Alhamdulillah best sangat! Therapist saya baik sangat. Tak berkira. Sayang sangat dia dengan Humaira. 

Tiap-tiap hari rasa macam anak saya tertunggu Kakak CL dia datang hihi. Bila Humaira dah dimandikan, dan di urut-urut dia boleh tidur berjam-jam lamanya tanpa terbangun sikit pun. hehe! 

Ni la CL saya. CL Iqin. Baik sangat. Kamceng macam kawan-kawan. hehe.
Awal-awal Iqin datang dia akan uruskan anak saya dulu. Tapi kadang-kadang saya suruh dia uruskan anak saya lepas sesi saya dulu. hehe.

Sesi Mengurut dan Sesi SPA akan dibuat secara selang seli. BEST sangat!

Lepas berurut akan ada sesi mandi herba. Tapi takde gambar pulak untuk sesi tu.
After Mandi akan ada sesi bertungku! Suka sangkat bertungku nih, hehe

After Bertungku then akan pakai bengkung.

Sesi Sauna pun ada timing-timing dia. bukan setiap hari tau.
Tapi evertime after sauna my CL akan siapkan air-air sihat.
Macam dalam gambar tu air madu lemon. 

Sesi Bertangas pun ada. Saya ada 2 jenis tangas.
Tangas Btu dengan Tangans Bunga (Ungkup Bunga)

 
Mandi bunga pun ada.
Everytime after mandi bunga memang wangiiii sangat!
Hilang segala busuk-busuk badan bau kepam tu and rasa sangat fresh. hehe

And ini pulak antara menu makanan berpantang saya. Memang sedap dan cukup nutrisi. Alhamdulillah, saya ok, baby pun ok. Rahim kecut elok. Takde apa-apa bleeding, Alhamdulillah.
Apa pun bab makan ni kena tgk badan masing-masing jugak tau.









Sedapkan makanan berpantang saya. hihi.

Habis je 21 hari sesi dengan CL ni,berat saya dah turun 12kg. Sama macam sebelum mengandung. hehe. Syukur Alhamdulillah. Sepanjang berpantang pun saya takde masuk angin ke, pening-pening ke, lemah badan ke lenguh-lenguh teruk ke, Alhamdulillah takde. Sikit-sikit rasa lenguh dukung and nyusu anak tu ada la. Tu biasa la. hihi.

Selain saya memang berpantang betul-betul, saya amalkan juga setiap hari supplemen untuk ibu berpantang Shaklee. Saya tak ambik any set berpantang lain dari toko-toko jamu, just set berpantang shaklee saja. THE BEST! Korang WAJIB tau beli set ni. hehe.

All in all saya memang rekemen sangat untuk korang ambil pakej confinement kalau berkemampuan. memang puas hati. kita tak payah buat apa, stokin pun CL pakaikan, Rambut pun CL sikat dan ikatkan. hihi. syokk!! Tak salah kalau kita spend sikit untuk cantikkan balik diri kita sendiri. Suami saya pun puji -puji. Syukur sangat. 

So kalau korang nak survey pakej berpantang yang saya ambik ni boleh ke IG diorang, PERBIDANAN MELAYU

And kalau korang nak beli or nak cari SET BERPANTANG THE BEST boleh terus contact saya ok!
Ok korang, Till then, 
Thank You for reading!

Love,
❤ Super Cheta
Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com
Instagram : ByItaAthirah


Terima kasih kerana membaca! :)