Vita Viral byItaAthirah: September 2019

Wednesday, 18 September 2019

REVIEW THE RITZ-CARLTON HOTEL, KUALA LUMPUR

Assalamualaikum! dah lama tak bersiaran dekat sini, haha! penyakit tak berapa rajin mai menyerang dah after beranak nih, haha!

Tapi, since ada benda nak share ni, so boleh la mula paksa diri menaip sikit-sikit. hehe! 
Harini just nak share my own review untuk hotel THE RITZ CARLTON, KUALA LUMPUR 

Hotel ni kami decide untuk stay dan buat Leader Retreat for my business leader yang berjaya capai requirement yang we all tetapkan. Last time kami buat Leader retreat ni di Cyberview Resort & Spa, this time kami pilih the Ritz-Carlton pulak after puas survey-survey. 

The Ritz-Carlton ni kalau tengok Agoda rating dia 5 star, and memang banyak good review. Siap katanya Barrack Obama masa datang Malaysia pun duduk situ. haha! macam-macam. 



Bilik kitorg dalam RM800/night siap breakfast for 2 person including tax bagai.  Bilik dia MashaAllah, rasa macam homey sangat!!!! Best giler! 

Toilet superb! Rasa nak tidur dalam toilet nya haa! memang terapi sungguh bila masuk hotel tengok toilet cantik. Banyak-banyak hotel kami pernah pergi, toilet The Ritz carlton ni paling cantikk!! 

Staff pun super baik, sangat helpful. Masa check in tu siap ada insiden kami dapat bilik yang orang belum check out lagi. masalah teknikal katanya. Terkejut kami bila masuk tengok ada lagi barang-barang orang lain dalam tu. cepat-cepat kami lari keluar. haha!
Mujur la masa masuk tu bilik tu orangnya takde, bayangkan kalau kami masuk tiba-tiba nampak aksi bukan-bukan. Jenuh! haha! Tapi alhamdulillah staff dioarang sangat efisyen and baik. tak jadi kita nak marah pun. haha! 
Toilet dia love sangat! Cantikk betul!
Petang tu kitorang ambik Hi-tea pulak, Hi-tea ni harga dia RM160 for 2 person. jadinya RM80 lah satu kepala. 
Kalau datang Ritz-Carlton try la Hi-tea dia. dioang ada 30 jenis Tea. kami tak tau nak pilih yang mana, so tanya je staff tu,Tea apa paling sedap. so kami ambik as per recommendation je. bila try tea tu, Sedap!!!!!! kalau ada jual daun tea tu, inshaAllah mesti daku beli. ahhaha. and makanan Hi-Tea dia pun boleh tahan sedap. nampak sikit, tapi memang just nice, kenyangnya tu.
Di punya breakfast so-so je lah, SO far rasanya breakfast paling meriah yang we all pernah makan dekat Hotel Sunway tu. The Ritz Carlton ni punya breakfast tak wow sangat. hahaha! boleh la.
Yang tak bestnya dekat sini pool dia tak kids friendly. kids dia suruh main dekat Kids Room kot. sebelah dengan pool tu. mak bapak pi pool, anak-anak main dalam kids room gitu kot. 

kids Room
Location wise pulak rasa nya awesome sangatttt! sebab dia link dengan JW Marriot and dekat sangat dengan Pavillion. ada link bridge terus sampai Pavi. Ya Tuhan, seronok sangat! hahahaha! Tapi malangnya tak sempat pun nak menapak ke Pavi tu, masa tak mengizinkan. InshaAllah next time nak mai lagi. hehe.
So My Review: 
Location : 5/5 
I suka sangat lah kalau dekat-dekat mall ni. haha!
Room : 5/5 
Best sangat. Toilet dia tu teringat-ingat betul.
Food (Breakfast) : 3/5 
Tak banyak sangat choice. takde yang macam woww nak ulang makan haha
Food (Hi-tea) : 4/5 
Sedap. Tapi ada benda tak berapa sedap jugak dalam pinggan tu haha
Customer Service: 5/5 
Cepat dan cekap. Baru check in pukul 2. pukul 5 dah mai tanya nak tukar towel tak. i likeee!
Ok, itu je dulu kot review kali ni! Thank you for reading korang! 

Till then, 
Thank You for reading!

Love,
❤ Super Cheta
Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG
Untuk sebarang pertanyaan or pembelian produk Shaklee boleh terus hubungi:
0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com
Instagram : ByItaAthirah









Terima kasih kerana membaca! :)