Vita Viral byItaAthirah: June 2017

Wednesday, 21 June 2017

SHOPPING? HEAVENNYA!!

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, dapat bersiaran malam ni. ☺

Harap semua sihat ye. Dah nak raya ni. Jaga diri baik-baik.

Jaga kesihatan. Ambik supplement yang cukup.

✔Vitamin C untuk imun dan kulit cantik.

✔Nutriferon imun booster

✔Omega dan lecithin untuk pecah lemak dan kawal kolestrol. Omega pun sangat bagus for allergy dan keradangan.

✔ VIVIX untuk kesihatan yang menyeluruh

Hehe. 🤗

Ok, takpe. Bab supplement nanti boleh pm saya anytime.

Nanti saya share lagi in details ok! 😉

Anyway, korang dah habis ke shopping raya?

Kami suami isteri ada lagi belum beli ni.

So far tinggal kasut dan baju casual untuk suami je.

Dan mungkin beg tangan baru. Eh! 😂

Jujurnya, saya tersangat lah jarang shopping. Kami suami isteri memang jarang sungguh shopping beria.

Kecuali bila perlu.

Dalam bulan lepas or dua bulan lepas. Encik suami bagi kebenaran dan suruh saya pegi shopping.

Katanya, "Ambik la 2000 dah pergi shopping. Beli baju-baju baru".

Fuyooo.. syok gilaaa masa tu.

Tapi malangnya,  saya tak pergi beli satu apa pun. Haha. Simpan je.

Tunggu nak raya ni, haaa.. baru bersungguh kita beli.

Alhamdulillah. Syukur.

Part baju dah settle. Tinggal yang belum selesai tu je.

Memang heaven bila mood nak shopping tu mai kann. Laju sungguh duit keluar. 😂

:: sebahagian dari barang shopping. Ada lagi ni tak masuk gambar 😂 ::

Tapi saya rasa, banyak-banyak yang dah shopping ni, belum sampai rm2000 yang suami allocate suruh pergi shopping reward diri tu. 😂

Macam mana orang pergi shopping oi! Banyak ni pun rasa letih dah. 😂

Takpelah, lepas ni kita sambung dengan kasut dan baju untuk husband pulak. Sekali jalan lah.

Spend sama-sama. Suami pun takpernah reward diri selain beli game ps4 dia online tu je. Haha! 😝

Dah Cari duit sama-sama ni, kita belanja la sama-sama kann?

Alhamdulillah. Syukur sangat sebenarnya. Dulu tak merasa la macam ni. Huhu.

Bukan nak ungkit cerita lama waktu susah. Dan bukan la nak canang bila buat bisnes jadi senang.

Bukan!

Cuma sekadar nak share, Benar nabi kata, 9/10 dari punca rezeki adalah dari berniaga.

Banyak rezeki datang bila berniaga. Pelbagai arah. Huhu. Moga rezeki ni semua terus berpanjangan. InshaAllah. Amin. ☺

Jom la kita berniaga! Hehe.

Ada yang nak berniaga dengan saya? Boleh je terus PM / whatsapp ok.

Seat protege July dah dibuka! 😍

Ok, till then! Thank you for reading! ❤


Love,

Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com




Terima kasih kerana membaca! :)

Tuesday, 13 June 2017

RESEPI RENDANG AYAM SIMPLE & SEDAP

Assalamualaikum semua!

Sorry, cheta excited sangat nak share resepi ni.




Walaupun cheta baru first time buat rendang ayam ni. Haha. Cheta nak jugak share.

Seban resepi ni mudah sangat. Sesuai untuk orang kalut-kalut nak masak express-express ni

Mudah memang mudah. Tapi bab sedap tu subjektif sikit.

Takmau la overclaimed kata sedap gila walaupun hasben kcheta kata sedap. Hehe.

Try la. Lepas tu ekjas ikut citarasa bagi sedap ikut anak tekak masing-masing ok!

Resepi dia.

Bahan-bahan:
Ayam
Serai
Cili kering
Bawang besar
Bawang putih
Halia sikit
Santan
Minyak untuk menumis
Asam keping
Gula garam

Cara-cara:

1. Blend bawang besar, bawang putih, cili kering, halia.
2. Tumiskan bahan blend sampai pecah minyak dan naik bau
3. Masukkan ayam. Masak sampai ayam agak kecut dan kering sikit
4. Masukkan serai ketuk & asam keping
5. Masukkan santan secukup rasa. Masak dengan api slow sampai agak kuah kering
6. Masukkan gula garam. Ekjas sampai sedap.

Siap!!

Senang kan. Haha!

Actually dalam resepi asal ada lengkuas kena blend.

Daun kunyit hiris2 dan taburkan

Dan letak kerisik.

Tapi semua tu takde dekat rumah cheta. So cheta improvise sendiri je. Haha!

Sape geng cheta yang suka nak masak express-express boleh lah cuba!

Selamat mencuba!

😉

Thank you for reading!

Love,
Cheta

=========================================

Dapatkan skincare terbaik untuk anda hari ini!

Sangat sesuai untuk normal skin. Dan kurang bermasalah.

Tahan lama. Lembut di muka. Dan sangat menyegarkan!

Jangan ketinggalan tau untuk order skincare Nutriwhite ni untuk kulit lebih bersih & halus di hari raya! 😍





Cheta | MRG
0195241521 



Terima kasih kerana membaca! :)

6 TIPS & LANGKAH UNTUK KURANGKAN KETIDAK SELESAAN KETIKA BERPUASA

Assalamualaikum semua!

Dah mula memasak untuk berbuka ke tu? ☺

Harini cheta nak share dengan korang tops dan cara untuk melegakan ketidakselesaan yang timbul ketika bulan puasa ni.

Ramai kan yang rasa kurang selesa ketika bepuasa.

Ada yang mengalami masalah 
✔ketidakhadaman
✔Jadi sembelit
✔Jadi lesu
✔Pening kepala
✔Dehydrate
✔Berat badan bertambah

Jom kita tengok poster-poster dekay bawah ni. ☺





Faham tak? 🤔

Kesemua 6 masalah atau ketidakselesaan yang di nyatakan ni kena observe baik-baik tau.

Kalau berlarutan kena dapatkan nasihat doktor. Takut lama-lama berlarutan jadi serius pulak.

Anyway, kalau korang nak dapatkan SET RAMADHAN untuk bantu korang sepanjang bulan puasa ni boleh terus masej Cheta ok! ☺

Nanti cheta cerita lebih details lagi. ☺

Ok korang, thanks for reading.

Till then,


Love,

Cheta | MRG
0195241521 




Terima kasih kerana membaca! :)

Monday, 12 June 2017

DILEMA HB LOW KETIKA MENGANDUNG

Assalamualaikum & Salam sejahtera!

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk terus update blog ni. Syukur.

Malam ni cheta nak cakap pasal HB rendah ketika mengandung. :)

Istilah HB rendah ni memang sinonim sangat dengan ibu mengandung. kan?
HB, Zat besi, Anemia memang familiar sangat dengan ibu-ibu mengandung. Kalau paras HB bawah 10g/dL, sure nanti nurse akan tulis dengan pen MERAH. kan?

Actually, Hb adalah singkatan kepada Haemoglobin. Hb adalah protein yang terkandung dalam sel darah merah. Setiap Hb mengandungi Iron yang bertugas untuk bergabung dengan oksigen atau karbon dioksida untuk mengangkut mereka.

Oksigen diangkut dari peparu ke semua sel tubuh dan karbon dioksida diangkut dari semua sel tubuh ke peparu untuk disingkirkan.

Sel darah merah mengandungi Haemoglobin, Haemoglobin mengandungi Heme group iaitu Iron sebagai site perlekatan / untuk bergabung dengan oksigen.

So, kalau Hb kurang sebenarnya boleh membahayakan seseorang. Sebab kurangnya Hb bermaksud, kuranglah keupayaan darah kita mengangkut oksigen. Haa, serius tau!

Oksigen ni dah la diperlukan oleh semua sel tubuh kita untuk menjalankan proses kehidupan kita.

Untuk ibu mengandung, kekurangan Hb memang dipandang serius sebab oksigen yang diangkut bukan untuk ibu saja, tapi untuk baby dalam kandungan juga.

Apa kesan kekurangan HB pada ibu mengandung?
❤ Kerap pening
❤ Mudah pitam
❤ Lesu
❤ Denyutan jantung tidak teratur
❤ Sesak nafas
❤ Kebas kaki dan tangan

Manakala Kesan Kekurangan HB pada bayi dalam kandungan pula?
❤ Pertumbuhan janin terbantut
❤ Kelahiran pramatang
❤ Bayi lahir tak cukup berat
❤ Anak lemas ketika dilahirkan
❤ Kematian bayi
❤ Risiko keguguran

Bahaya tauuu! So, semua ibu-ibu mengandung kena aware dengan level Hb masing-masing agar situasi tu terkawal dan tidak membahayakan anak.

SI Ibu boleh jaga pemakanan untuk bantu atasi masalah low HB ni. Makan lah makanan yang kaya dengan Zat besi, Vitamin B dan Asid Folic. Oh, Makanan tinggi Vitamin C juga amat digalakkan, Kerana Vitamin C membantu penyerapan zat besi yang lebih baik.

Ibu mengandung juga sepatutnya kena kurangkan kafein, sebab kaffein ni kita pun tahu tak elok dan boleh jejaskan penyerapan kalsium dan zat besi oleh badan kita tau.

Bila ada yang PM saya untuk masalah Low HB ni, memang saya akan sarankan untuk consume Suppelment tambah darah atau set mengandung SHAKLEE.

Bagaimana Shaklee boleh membantu anda?

Masalah Low HB ni yang kita tahu boleh berpunca dari:
Kekurangan Zat besi,
Kekurangan Vitamin B12
Atau kekurangan Folic Acid

Jadi semestinya Vitalea dengan formula Zat besi
Vitamin B complex dengan Acid folic
dan Vitamin C adalah yang terbaik untuk masalah Low HB anda.
:: SUPPLEMENT UNTUK MEMBANTU MASALAH LOW HB ::
Ketiga-tiga supplement ini saling menyokong dan berkait rapat tau. Paling tidak pun anda disarankan untuk consume Vitalea With Iron formula. Tapi itu pun masih dikuatiri tidak cukup untuk bantu selesaikan masalah anda.

Nanti kalau tiada perubahan, kita akan cakap, supplement ni tak bagus dan tak berkesan, Sedangkan kita yang ambil tak cukup untuk tampung keperluan badan. haa.. faham tak? :)

Tapi Adalah lebih baik jika anda terus amalkan SET MENGANDUNG shaklee yang dapat membantu anda untuk melalui pregnancy journey yang lebih baik.

:: SET MENGANDUNG LENGKAP ::
SET ini memang sangat lengkap dan terbaik dah untuk membantu ibu mengandung.

Kenapa Set ini dikatakan lengkap?

Kerana kita percaya tiada satu vitamin atau makanan di dunia ni yang memiliki kuasa luar biasa yang boleh memenuhi keperluan dalam semua keadaan kita.

Contohnya untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat, kita perlukan Iron sebagai tempat perlekatan oksigen, protein untuk membina struktur fizikal sel, vitamin C untuk melindungi sel daripada radikal bebas. Macam tu lah kisahnya.

Apa pun terpulang lah kepada kita, nak beli apa atau nak consume banyak mana yang kita nak. Semua suplemen ini tahan lama dan boleh je terus untuk consume masa berpantang dan menyusu. Tak payah stop pun. Senang kan? :)

Apa pun kuncinnya kita kena KONSISTEN. Kalau beli supplemen selori atau dapat vitamin seguni dari Klinik kesihatan sekalipun kalau kita tak konsisten makan, tak guna juga yee.

Hubungi saya atau pengedar Shaklee berdekatan anda seperti DI SINI

 Thanks for reading!

Love,
Ita Athirah Ahmad @ Cheta
019 524 1521 | itaathirah.ahmad@gmail.com
Terima kasih kerana membaca! :)

Sunday, 11 June 2017

SATU INFO PENTING BERKAITAN PEMANDUAN YANG PERLU ANDA TAHU!

Assalamualaikum semua!


Wah lama betul nih tak tulis blog. Selalu rasa nak tulis tapi ada saja aral melintang. :)



So harini kita cuba mendisiplinkan diri jugak untuk tulis blog. At least 1 hari 1 entry. haha!



Anyway, harini just nak share 1 info yang cheta baru belajar semalam. 



Selama-lama ni cheta tak pernah tahu pun, tapi maybe ada je yang tahu. It's ok. ini untuk yang belum tahu lah kan.



Semalam, cheta dan suami pergi selesaikan  downpayment untuk kereta baru. Alhamdulillah dah selesai bayar downpayment nya.



:: ALhamdulillah Settle!! ::

Lepas dah settle bayar downpayment, Sales Exec yang entertain kami borak-borak pasal kereta. Apa technology terbaru honda and all, sampai lah ke cara pemanduan.

Beliau ada cakap pada kami, kawan beliau yang merupakan seorang lawyer terkenal ada pesan,

"Bila terlibat dalam kes tuntutan selepas satu-satu kemalangan, Andai kita yang disabitkan kesalahan, lawyer akan argue dengan tempoh pemanduan. Tempoh pemanduan yang terbaik adalah selama 2 jam sahaja. Andai kita terlibat dalam kemalangan masa kita drive lebih dari 2 jam, if kita tak salah pun, kita akan disalahkan"

Cheta tanya balik,

"Macam mana diorang nak tahu kita dah drive 2 jam non stop ke apa?"

Sales Exec berkenaan reply mudah sahaja.

"Lawyer yang di bayar mahal akan tahu apa kerja dia. Kalau kita tak mampu nak hire lawyer mahal. memandulah dengan berhemah. setiap 2 jam berhenti berehat. 5 min pun jadi lah"

Kami suami isteri mula mencongak dalam kepala. Nak balik kedah dari 5 jam boleh jadi 7-8 jam ni kalau nak stop every 2 hours. haha!

Tapi! andai itu yang dapat selamatkan kita,why not kan? memang ajal maut di tangan Tuhan. Tapi kita mampu untuk ambil semua langkah berjaga-jaga sebelum takdir tu sampai.  WallahuAlam.

So, korang semua, cheta nak pesan, nak balik beraya nanti ingat tau, setiap 2 jam, berhenti berehat ok! RECHARGE! :)

Anyway, Thank you kepada Sales Exec berkenaan yang sudi melayan kami. Walaupun kami hanya datang dengan track suit dan selipar jepun. Baik dan Ramah sangat. Actually kami dela dengan Senior Sales Exec ke Manger sales pun tak tahu lah. Dia yang paling berusia dekat situ. haha!. :P

Settle je semua bayaran, Saya cakap pada suami.

"Syukur Alhamdulillah, tak pernah sangka aset pertama yang saya beli atas nama saya adalah kereta ni, hasil bersabar dan usaha selama ni. Kalau tak buat bisnes memang takbeli la nih"
(bukan lah aset pun. liabiliti je. haha. tapi nak gak kata aset! :P)


Tak sangka bila buat bisnes ni saya dapat simpan duit dan mampu nak bayar kereta ni. Ingatkan akan pakai Saga tu forever dah. Itu pun kereta abang cheta sambung bayar je. Iskk. Sardis!

So InshaAllah Raya ni kita berkereta baru lah. InshaAllah.

Sepatutnya turn nak dapat lambat lagi. July-August macam tu. Tapi entahlah, rezeki Ramadhan agaknya.

Alhamdulillah. :)

:: Kereta Raya! :P ::

Bila buat bisnes memang syukur sangat, rezeki seperti dipermudahkan. Benarlah yang 9/10 punca rezeki tu dari Berniaga. :)

Andai ada antara anda yang baca entry cheta ni, if anda masih ada keyakinan dan kepercayaan untuk buat bisnes, dan nak berbisnes dengan cheta, boleh terus contact cheta tau.

Takde modal nak mula pun jangan risau, RM69 je modalnya. Nanti Cheta ajar kan macam mana.

Mana tahu, ada rezeki anda juga dalam bisnes ni.

InshaAllah. :)


Till Then,

Love,

Che Ta @ Ita Athirah Ahmad
Founder Of MRG
019 524 1521



Terima kasih kerana membaca! :)