Vita Viral byItaAthirah: SATU INFO PENTING BERKAITAN PEMANDUAN YANG PERLU ANDA TAHU!

Sunday, 11 June 2017

SATU INFO PENTING BERKAITAN PEMANDUAN YANG PERLU ANDA TAHU!

Assalamualaikum semua!


Wah lama betul nih tak tulis blog. Selalu rasa nak tulis tapi ada saja aral melintang. :)



So harini kita cuba mendisiplinkan diri jugak untuk tulis blog. At least 1 hari 1 entry. haha!



Anyway, harini just nak share 1 info yang cheta baru belajar semalam. 



Selama-lama ni cheta tak pernah tahu pun, tapi maybe ada je yang tahu. It's ok. ini untuk yang belum tahu lah kan.



Semalam, cheta dan suami pergi selesaikan  downpayment untuk kereta baru. Alhamdulillah dah selesai bayar downpayment nya.



:: ALhamdulillah Settle!! ::

Lepas dah settle bayar downpayment, Sales Exec yang entertain kami borak-borak pasal kereta. Apa technology terbaru honda and all, sampai lah ke cara pemanduan.

Beliau ada cakap pada kami, kawan beliau yang merupakan seorang lawyer terkenal ada pesan,

"Bila terlibat dalam kes tuntutan selepas satu-satu kemalangan, Andai kita yang disabitkan kesalahan, lawyer akan argue dengan tempoh pemanduan. Tempoh pemanduan yang terbaik adalah selama 2 jam sahaja. Andai kita terlibat dalam kemalangan masa kita drive lebih dari 2 jam, if kita tak salah pun, kita akan disalahkan"

Cheta tanya balik,

"Macam mana diorang nak tahu kita dah drive 2 jam non stop ke apa?"

Sales Exec berkenaan reply mudah sahaja.

"Lawyer yang di bayar mahal akan tahu apa kerja dia. Kalau kita tak mampu nak hire lawyer mahal. memandulah dengan berhemah. setiap 2 jam berhenti berehat. 5 min pun jadi lah"

Kami suami isteri mula mencongak dalam kepala. Nak balik kedah dari 5 jam boleh jadi 7-8 jam ni kalau nak stop every 2 hours. haha!

Tapi! andai itu yang dapat selamatkan kita,why not kan? memang ajal maut di tangan Tuhan. Tapi kita mampu untuk ambil semua langkah berjaga-jaga sebelum takdir tu sampai.  WallahuAlam.

So, korang semua, cheta nak pesan, nak balik beraya nanti ingat tau, setiap 2 jam, berhenti berehat ok! RECHARGE! :)

Anyway, Thank you kepada Sales Exec berkenaan yang sudi melayan kami. Walaupun kami hanya datang dengan track suit dan selipar jepun. Baik dan Ramah sangat. Actually kami dela dengan Senior Sales Exec ke Manger sales pun tak tahu lah. Dia yang paling berusia dekat situ. haha!. :P

Settle je semua bayaran, Saya cakap pada suami.

"Syukur Alhamdulillah, tak pernah sangka aset pertama yang saya beli atas nama saya adalah kereta ni, hasil bersabar dan usaha selama ni. Kalau tak buat bisnes memang takbeli la nih"
(bukan lah aset pun. liabiliti je. haha. tapi nak gak kata aset! :P)


Tak sangka bila buat bisnes ni saya dapat simpan duit dan mampu nak bayar kereta ni. Ingatkan akan pakai Saga tu forever dah. Itu pun kereta abang cheta sambung bayar je. Iskk. Sardis!

So InshaAllah Raya ni kita berkereta baru lah. InshaAllah.

Sepatutnya turn nak dapat lambat lagi. July-August macam tu. Tapi entahlah, rezeki Ramadhan agaknya.

Alhamdulillah. :)

:: Kereta Raya! :P ::

Bila buat bisnes memang syukur sangat, rezeki seperti dipermudahkan. Benarlah yang 9/10 punca rezeki tu dari Berniaga. :)

Andai ada antara anda yang baca entry cheta ni, if anda masih ada keyakinan dan kepercayaan untuk buat bisnes, dan nak berbisnes dengan cheta, boleh terus contact cheta tau.

Takde modal nak mula pun jangan risau, RM69 je modalnya. Nanti Cheta ajar kan macam mana.

Mana tahu, ada rezeki anda juga dalam bisnes ni.

InshaAllah. :)


Till Then,

Love,

Che Ta @ Ita Athirah Ahmad
Founder Of MRG
019 524 1521



Terima kasih kerana membaca! :)

0 comments:

Post a Comment