Vita Viral byItaAthirah: February 2018

Friday, 23 February 2018

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN VITAMIN E

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN VITAMIN E





Anda biasa dengar tak tentang Vitamin E? Vitamin E ni famous terutamanya untuk kaum wanita yang mahukan kulit gebu, anjal, halus, mulus, berseri-seri dan awet muda.

Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Vitamin ini  boleh didapati melalui makanan harian kita




Vitamin E sebenarnya adalah keluarga vitamin yang larut dalam lemak dan bertindak sebagai antioksidan yang kuat dalam tubuh. Antioksidan adalah senjata yang melawan radikal bebas berbahaya dengan cara "neutralise" kannya. Radikal bebas adalah sumber penyebab penyakit yang boleh berkembang dalam tubuh. 

Ketika kita terus menerus mengambil makanan yang mengandungi antioksidan, khususnya yang kaya dengan vitamin E, tubuh kita dapat melawan penyebab penyakit ini.




1. Melindungi jantung

2. Mempertingkatkan Kemampuan Produktif

3. Anti penuaan

4. Antioksidan yang kuat

5. Menghilangkan parut



Untuk mendapatkan Vitamin E Shaklee jangan segan silu untuk contact saya. 

COD ada disediakan di area Kajang, Bangi dan Semenyih


Love,
❤ Super Cheta

Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad

Email: itaathirah.ahmad@gmail.com




Terima kasih kerana membaca! :)

Thursday, 22 February 2018

KELEBIHAN VITAMIN C SHAKLEE

KELEBIHAN VITAMIN C SHAKLEE




Vitamin C merupakan salah satu vitamin larut air dan lebihan Vitamin C di dalam badan akan dikeluarkan melalui urin termasuklah pembuangan air kecil dan perpeluhan. Disebabkan itu, kita memerlukan Vitamin C secara beterusan di dalam badan untuk menjalankan fungsi-fungsinya.

Masa kita kecik kecik dulu, memang tak sah kalau tak makan Vitamin C. Start daripada tadika lagi mesti cikgu akan bagi vitamin C setiap kali nak balik rumah. Favourite semua orang sebab rasanya yang sedap dan boleh dihisap. Dah namanya pun kanak-kanak kan. Alasan makan vitamin waktu tu adalah untuk mengelakkan selesema dan demam. Lagipun rasanya macam gula-gula kan, hehehe~~


Dan sekarang, bila dah meningkat dewasa dan segala maklumat di hujung jari, mulalah dah timbul kesedaran tentang kepentingan dan manfaat Vitamin C pada kesihatan.





Banyak kelebihan Vitamin C yang ramai orang tak tau sebenarnya. Macam-macam benda yang boleh dicegah kalau kita amalkan pengambilan vitamin C dalam kehidupan seharian kita.




Bukan susah nak dapatkan vitamin C ni. Saya rasa semua orang tau sumber vitamin C yang paling senang nak dapat mestilah oren/limau kan. Banyak lagi makanan lain yang kaya dengan vitamin C ye~~




KEISTIMEWAAN VITAMIN C SHAKLEE


  • Bersifat 'Sustained Release' dimana Vitamin C Shaklee akan dilepaskan secara perlahan-lahan di dalam badan supaya manfaatnya dapat kita ambil. Hal ini kerana Vitamin C mudah musnah dan tidah dapat berada lama di dalam badan.
  • 1 tablet vitamin C Shaklee  bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Ia akan dilepaskan secara perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk 1 tablet. 
  • Mengandungi 120 mg bioflavonoids yang tidak ada pada vitamin sintetik.Vitamin sintetik hanya mengandungi asid askorbik tanpa manfaat bioflavonoids. Bioflavonoids membantu dalam penyerapan Vitamin C dan memelihara Vitamin c daripada oksidasi.
  1. Membentuk Kolagen
  • Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, tulang rawan dan rangka. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik. Barula kulit nampak cantik dan tegang.
  1. Memperbaiki Simptom Pendarahan
  • Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  1. Peningkatan Sistem Imun
  • Membina sel darah merah yang sihat untuk menyerap zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selesema.
  1. Memerangi kanser
  • Ia adalah satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, boleh meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.
  1. Mencantikkan Kulit
  • Ambil Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  1. Memperbaiki Insomnia
  • Memperbaiki insomnia, stress masalah berkaitan mental seperti keresahan.
  1. Mengekalkan Kolestrol Sihat
  • Mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.
Untuk mendapatkan Vitamin C Shaklee jangan segan silu untuk contact saya. 
COD ada disediakan di area Kajang, Bangi dan Semenyih






Antara 7 kebaikan dan kelebihan Vitamin C Shaklee




Love,
❤ Super Cheta

Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad

Email: itaathirah.ahmad@gmail.com




Terima kasih kerana membaca! :)

Wednesday, 21 February 2018

DOA PENDINDING DIRI DARI SIHIR

DOA PENDINDING DIRI DARI SIHIR




Harini, saya nak share beberapa doa yang boleh dijadikan amalan harian untuk menjadi pendinding pada diri kita. Zaman sekarang ni, macam-macam hal boleh berlaku yang berada diluar jangkaan kita. 
Jadi, lebih baik sediakan payung sebelum hujan kan~~

Korang pernah terfikir tak tentang SIHIR? Pernah tak risau kalau2 korang menjadi mangsa sihir orang lain yang amat dengkikan korang?.. walhal korang sendiri tak pernah nak menyakiti atau bersikap irihati dengan diorang? 

Hemm.. sebenarnya kita takkan tahu pun diri kita di SIHIR . Kadang2 sihir tu berbentuk halus yang kita takkan nampak pada mata kasar.. I mean, tak nampak pada luarannya.. bila dah semakin merebak baru kita akan nampak kesannya.. Jadi, berhati2 dan amalkanlah ayat/doa2 dibawah ni untuk bertawakal dan berdoa agar dijauhkan dari sesuatu senjata yang amat dasyat selain senjata tajam/berpeluru.. iaitu SIHIR



Penghulu segala surah





(1) Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (7) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


Amalkan 3 Qul




(1) Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. (2) Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. (3) Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan (4) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya






(1) Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. (2) Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. (3) Dari bahaya gelap apabila ia masuk. (4) Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). (5) Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.





1) Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. (2) Yang Menguasai sekalian manusia, (3) Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, (4) Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, (5) Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (6) (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.






(255) Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya, Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).


Banyak kali kita diberitahu pasal kelebihan Ayatul Qursi untuk melindungi diri. Tapi, kita kurang diingatkan tentang lebih baik jika memahami maksudnya sekali. 

Daripada Abu Hurairah radhiallahu; Rasulullah s.a.w telah mewakilkan aku supaya menjaga harta zakat Ramadhan, lalu datang seorang lelaki mencuri makanan. Akupun menangkapnya dan berkata, "Aku akan membawa kamu kepada Rasulullah s.a.w...Lalu dia berkata, "Sekiranya kamu pergi ke katilmu, maka bacalah Ayat al-Kursi, kamu akan diiringi oleh seorang penjaga daripada Allah dan syaitan tidak akan mendekatimu sehingga waktu pagi." Nabi s.a.w bersabda, "Dia telah bercakap benar kepadamu sedangkan dia adalah penipu besar. Dia adalah syaitan," (Sahih al-Bukhari – no: 4723) 




Ulang bacaannya sebanyak 3 kali 
Maksudnya "Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"





Dua ayat terakhir surah al-Baqarah di atas. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda : Barangsiapa membaca dua ayat terakhir (ayat no. 285 dan 286) dari surah al-Baqarah pada malam hari, maka mencukupi baginya (daripada diganggu oleh Syaitan). (Sahih al-Bukhari - no: 3786; Sahih Muslim - no: 807)





Sabda Nabi s.a.w; Barangsiapa mengucapkan "Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu." sebanyak seratus kali sehari, akan memperoleh ganjaran seperti membebaskan sepuluh hamba, satu ratus hasanah (kebaikan) akan dicatatkan untuknya dan satu ratus sa'iyah (keburukan) akan dipadamkan daripada catatannya, dan ianya akan menjadi pelindung baginya daripada syaitan untuk hari tersebut sehingga petang. Tidak ada seorang pun yang akan lebih baik darinya melainkan orang yang melakukan melebihi dari apa yang dia lakukan. (Sunan at-Tirmizi - no: 3390 dinilai Hasan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan at-Tirmizi – no: 3534) 





 "Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. (Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Ketika Subuh, no 336, 1/225) 




Marila kita sama2 mengamalkan doa-doa dan zikir ini dalam kehidupan harian kita. Jadikan ia amalan yang berterusan  Kita tak tahu apa yang boleh jadi pada kita. 

Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa atas setiap makhluknya. Percayalah bahawa Allah itu akan melindungi hambanya yang tak putus-putus berdoa kepadaNya.



Terima kasih sebab sudi baca. 

Love,
❤ Super Cheta

Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad

Email: itaathirah.ahmad@gmail.com



Terima kasih kerana membaca! :)

Tuesday, 20 February 2018

TIPS KURUS SECARA SIHAT DAN MUDAH

TIPS KURUS SECARA SIHAT DAN MUDAH


Sekarang ni masalah obesiti atau kegemukan merupakan isu kesihatan yang utama di Malaysia. 

Orang ingat obesiti ni cuma masalah penampilan je, eh eh eh sapa cakap. Obesiti  meningkatkan risiko masalah kesihatan kerana obesiti berkaitan dengan pelbagai penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, kanser, sakit jantung koronari, strok dan sebagainya.

Ramai yang sanggup berhabis duit semata-mata untuk tampil kurus, cantik dan menawan. Tapi kita lupa yang sebenarnya kita perlu kurus untuk kekal sihat dan mengurangkan risiko mendapat pelbagai penyakit. Jangan berlapar atau ‘diet’ dengan cara yang tidak sihat untuk kurus.

Jadi, saya nak share beberapa cara mudah untuk kurus tapi kekal sihat.



Saya rasa semua orang tau pasal ni. Kalau susah nak jaga cara pemakanan susah la nak kurus. Banyakkan pengambilan serat dan protein dalam menu makanan harian anda. 

Lemak juga perlu diambil, tapi lemak apa?? Lemak sihat macam minyak zaitun, minyak ikan, avocado dan banyak lagi la. Sebab apa pula nak amik lemak kan?? Kajian menunjukkan pengambilan lemak sihat akan membantu membakar lemak dalam tubuh badan kita. 

Saya rasa ramai je wanita kat luar sana kalau shopping mesti tengok jumlah kalori dalam makanan korang kan? Ha~~ bagus la tu. Teruskan usaha.


Hmm~~ saya rasa ni mesti susah nak buat kan? Lagi-lagi zaman sekarang ni. Ada KFC, MCD, Pizza Hut, apa lagi nak list. Saya sendiri pun susah nak buat. Tapi kita boleh cuba kurangkan makan makanan ringan ni. Sebab mana-mana junk food pun mesti ada extra msg, pewarna dan macam-macam lagi bahan yang tak sihat. 

Marila kita sama-sama berusaha ye 💪


Perkara ni saya rasa sangat penting. Ramai orang anggap kalau nak diet tak payah la makan. Ha~~ salah sebenarnya tu. Lagi-lagi kalau tengah sibuk langsung terlupa nak makan. Tak boleh la macam tu.

Kita kena makan ikut masanya. Masa breakfast kita breakfast. Masa lunch kita lunch. Cuma makan kawal la kuantiti dan kalorinya macam yang saya dah bagitau tadi. Mesti pernah dengar quote ni kan.

Breakfast like a KING
Lunch like a PRINCE
Dinner like a PAUPER

Kenapa kita tak boleh skip waktu makan? Sebab kita akan lebih cenderung untuk makan sikit-sikit untuk isi perut waktu lapar. Ni lagi bahaya, nanti lagi berisi la.



Air kosong membantu membakar kalori berlebihan dalam badan. Malah minuman seperti ini berkalori kosong dan memerlukan kalori untuk diproses dalam tubuh manusia. 

Kita kena sentiasa minum air kosong dan amalkan lapan gelas air kosong dalam sehari. Nak keluar je pergi mana-mana, amalkan bawa air. Disamping jaga kesihatan, kita juga boleh berjimat 😜
Elakkan minuman manis dan berkarbonat kerana gula dalam minuman mempunyai kalori yang tinggi dan indeks glisemik yang tinggi.



Amalkan pengambilan supplement seperti vitamin E, vitamin C dan omega-3.
Ini membantu mengekalkan sistem metabolisme tubuh ke tahap yang optimum. Banyak kajian telah membuktikan pengambilan suplemen seperti omega-3 boleh menurunkan berat badan.

Kalau nak maklumat lebih lanjut tentang supplement ni, jangan segan silu tanya saya ye~





Exercise juga sangat penting untuk kurus dan kekal sihat. Ada orang sanggup exercise sampai 2-3 jam sehari baru dia rasa puas. Tak semua orang sama tahap stamina kan. Tak perlu la nak ikut orang. Nanti dia ok, kita yang pengsan. 

Sekurang-kurangnya exercisela 30 minit satu hari pun dah cukup. Exercise ni pun macam-macam cara boleh. Bukan kena tunggu pergi gym baru nak exercise. Kalau berkebun pun dikira exercise. Yang penting keluar peluh. Hehehe~~




Ha~~~ yang ni memang yang sangat-sangat penting. 
Rasa macam masalah negara je kan benda ni.
Macam mana la nak kurus kalau asyik malas je. Tengok orang kurus mula la rasa berkobar-kobar nak kurus. Tapi bila sampai rumah, terbengkalai semuanya.

Boleh kurus dalam mimpi jela macam tu kan~

Jadi mari kita bersama-sama berusaha mencapai target masing-masing. 

Nak tau pasal SET KURUS SHAKLEE, jangan segan silu contact saya~~


Terima kasih sebab sudi baca. 

Love,
❤ Super Cheta

Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad

Email: itaathirah.ahmad@gmail.com


Terima kasih kerana membaca! :)