TIPS KURUS SECARA SIHAT DAN MUDAH
Sekarang ni masalah obesiti atau kegemukan merupakan isu kesihatan yang utama di Malaysia.
Orang ingat obesiti ni cuma masalah penampilan je, eh eh eh sapa cakap. Obesiti meningkatkan risiko masalah kesihatan kerana obesiti berkaitan dengan pelbagai penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, kanser, sakit jantung koronari, strok dan sebagainya.
Ramai yang sanggup berhabis duit semata-mata untuk tampil kurus, cantik dan menawan. Tapi kita lupa yang sebenarnya kita perlu kurus untuk kekal sihat dan mengurangkan risiko mendapat pelbagai penyakit. Jangan berlapar atau ‘diet’ dengan cara yang tidak sihat untuk kurus.
Jadi, saya nak share beberapa cara mudah untuk kurus tapi kekal sihat.
Saya rasa semua orang tau pasal ni. Kalau susah nak jaga cara pemakanan susah la nak kurus. Banyakkan pengambilan serat dan protein dalam menu makanan harian anda.
Lemak juga perlu diambil, tapi lemak apa?? Lemak sihat macam minyak zaitun, minyak ikan, avocado dan banyak lagi la. Sebab apa pula nak amik lemak kan?? Kajian menunjukkan pengambilan lemak sihat akan membantu membakar lemak dalam tubuh badan kita.
Saya rasa ramai je wanita kat luar sana kalau shopping mesti tengok jumlah kalori dalam makanan korang kan? Ha~~ bagus la tu. Teruskan usaha.
Hmm~~ saya rasa ni mesti susah nak buat kan? Lagi-lagi zaman sekarang ni. Ada KFC, MCD, Pizza Hut, apa lagi nak list. Saya sendiri pun susah nak buat. Tapi kita boleh cuba kurangkan makan makanan ringan ni. Sebab mana-mana junk food pun mesti ada extra msg, pewarna dan macam-macam lagi bahan yang tak sihat.
Marila kita sama-sama berusaha ye 💪
Perkara ni saya rasa sangat penting. Ramai orang anggap kalau nak diet tak payah la makan. Ha~~ salah sebenarnya tu. Lagi-lagi kalau tengah sibuk langsung terlupa nak makan. Tak boleh la macam tu.
Kita kena makan ikut masanya. Masa breakfast kita breakfast. Masa lunch kita lunch. Cuma makan kawal la kuantiti dan kalorinya macam yang saya dah bagitau tadi. Mesti pernah dengar quote ni kan.
Breakfast like a KING
Lunch like a PRINCE
Dinner like a PAUPER
Kenapa kita tak boleh skip waktu makan? Sebab kita akan lebih cenderung untuk makan sikit-sikit untuk isi perut waktu lapar. Ni lagi bahaya, nanti lagi berisi la.
Air kosong membantu membakar kalori berlebihan dalam badan. Malah minuman seperti ini berkalori kosong dan memerlukan kalori untuk diproses dalam tubuh manusia.
Kita kena sentiasa minum air kosong dan amalkan lapan gelas air kosong dalam sehari. Nak keluar je pergi mana-mana, amalkan bawa air. Disamping jaga kesihatan, kita juga boleh berjimat 😜
Elakkan minuman manis dan berkarbonat kerana gula dalam minuman mempunyai kalori yang tinggi dan indeks glisemik yang tinggi.
Amalkan pengambilan supplement seperti vitamin E, vitamin C dan omega-3.
Ini membantu mengekalkan sistem metabolisme tubuh ke tahap yang optimum. Banyak kajian telah membuktikan pengambilan suplemen seperti omega-3 boleh menurunkan berat badan.
Kalau nak maklumat lebih lanjut tentang supplement ni, jangan segan silu tanya saya ye~
Exercise juga sangat penting untuk kurus dan kekal sihat. Ada orang sanggup exercise sampai 2-3 jam sehari baru dia rasa puas. Tak semua orang sama tahap stamina kan. Tak perlu la nak ikut orang. Nanti dia ok, kita yang pengsan.
Sekurang-kurangnya exercisela 30 minit satu hari pun dah cukup. Exercise ni pun macam-macam cara boleh. Bukan kena tunggu pergi gym baru nak exercise. Kalau berkebun pun dikira exercise. Yang penting keluar peluh. Hehehe~~
Ha~~~ yang ni memang yang sangat-sangat penting.
Rasa macam masalah negara je kan benda ni.
Macam mana la nak kurus kalau asyik malas je. Tengok orang kurus mula la rasa berkobar-kobar nak kurus. Tapi bila sampai rumah, terbengkalai semuanya.
Boleh kurus dalam mimpi jela macam tu kan~
Jadi mari kita bersama-sama berusaha mencapai target masing-masing.
Nak tau pasal SET KURUS SHAKLEE, jangan segan silu contact saya~~
Terima kasih sebab sudi baca.
Love,
❤ Super Cheta
Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG
0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com
0 comments:
Post a Comment