Vita Viral byItaAthirah

Thursday, 9 February 2017

BBQ Di Hari Thaipusam

Hari ni Pakteh dan Makteh cuti. Sempena Thaipusam.
Konon-konon plan nak buat BBQ di sungai. Makteh pun kontek la sahabat sahabat MRG.
Hasilnya, Ummu Zai, DR Ijad & KakChik Syazwani setuju nak buat BBQ dekat Shah Alam.

Awal-awal pagi lagi Makteh dah ready nak BBQ. Pakteh bangun tidur ja, terus Makteh cakap,

"Lepas Zohor kita gerak tau!"

Pakteh mamai. Pakteh iyakan saja.

Kami nak BBQ.


Tengahari tu, kami gerak dari Ecohill ke Shah Alam. Cuaca panas. Tak sempat sampai Bandar Sri Putra lagi Pakteh dah komplen dekat Makteh.

"Kita topup gas ekon la. Panas gila ni. Leh naik pening kepala. Dah la Pakteh botak"

So, kami isi gas ekon dekat kedai kereta di Bandar Sri Putra. Tokey tu siap pancing Pakteh. Suruh tukar filter yang dia supply. Filter saga BLM Pakteh ni tak bagus katanya. Siap suruh Pakteh polish lampu depan. Sebab dah malap.

"Esok laa tokey. Hari ni tak bawa duit"

Pakteh tipu.

Ha ha ha

Kami bergegas ke Shah Alam. Nak BBQ kot. Makan sedap. Makteh kata pergi Aeon Shah Alam. Pakteh kecilkan mata.

"BBQ mende kat AEON ni?"

"Ijad kata makan kat Soul Garden, ada BBQ"

"Doktor-doktor memang perangai sakai gini ke? BBQ dekat mall. Siapa ajar?"

Kah Kah Kah.


Rupa-rupanya diorang dah pakat-pakat. Nak bincang pasal bisnes Shaklee. Plan dan strategi masing-masing. Macam mana nak invest hal-hal duit yang dapat dari bonus Shaklee. Nak beli rumah ke kereta. Yang paling power sekali. Dorang bincang nak buat event untuk MRG.

WOW!

Ini power. Pakteh support 200%.

Wanita-Wanita Unggul


Tak jadi makan kat Soul Garden. Kami layan Nandos. BBQ lah konon~
Kami order ayam sorang sekepak. Air teh o ais limau. Sedapnya.
Pakteh sibuk makan. Diorang ni sebuk bincang pasal halatuju bisnes Shaklee diorang.

Ummu Zai datang dengan anak dia, Adam. Adam main belon dan play doh dengan Pakteh.
Dr Ijad datang dengan anak 2 orang dan Suami, Nik. Suami tolong jaga anak anak dekat Kidzoona.

Nampak tak? Masing-masing jalankan peranan masing-masing, Demi kemajuan family sendiri di masa hadapan.

Insha Allah.



Add caption
Selesai bincang bisnes plan dalam pukul 730petang, Kami selesaikan solat maghrib.
Kemudian ajak Dr Ijad sefamily beli Takoyaki.

Sedapnya Ya Allah. Garing garing di luar takoyaki. Tako dia pun sedap.
Ada banyak lagi kedai Jepun kat Aeon ni. Pakteh dah plan dengan Makteh nak datang lagi. Nak try semua kedai jepun kat situ.

Hik Hik Hik.

Siapa nak join. Next time kita plan lagi ya. Kita plan kasi jadi dan meriah,
Yang ada anak anak. Bawa.
Yang nak bawa suami. Bawa.
Yang single. Bawa diri cukup.

Yang penting. Dapat bertukar ilmu dan pendapat. Dapat luahkan perasaan. Jangan tak tahu. Makteh kau pun kuat gosip juga. Sampai ke pagi boleh borak kalau hal hal gosip ni. Itulah best nya bisnes dalam group MRG ni.






Terima kasih kerana membaca! :)

0 comments:

Post a Comment