Assalamualaikum semua,
Ramai peniaga online sekarang muncul macam cendawan lepas hujan kan?
Tak kira la jual produk kesihatan ka, tudung ka, sabun, insuran dan sebagai nya.
Medium bisnes online pula ramai yang memilih media sosial, misalnya Facebook, Instagram dll.
Kat sini Che Ta nak share basic steps untuk branding diri dalam bisnes online. Simple dan Berkesan.
Kenapa perlu branding?
Pernah tengok iklan Pamoga dengan Dherbs kat TV3? Meluat tak? Hahaha.
Kalau korang perasan. Dari pukul 7mlm sampai kol 8mlm tu. Asik-asik iklan dorang je kan. Slot Akasia tu memang diorang sponsor.
So dorang akan spam iklan produk diorang untuk branding marketing.
Penting ke branding ni?
Che Ta bagi contoh mudah. Ada dua orang penjual nasi lemak. Penjual A & B.
Kedua-dua penjual ni menjual nasi lemak pada harga RM3 sebungkus.
Penjual A pacak gerai tepi jalan.
Dari pukul 7 pagi sampai 11 pagi.
Tunggu customer lalu dan singgah.
Itu saja.
Penjual B pacak gerai tepi jalan.
Dari pukul 7 pagi sampai 11 pagi. Pasang Banner besar-besar.
Tulisan [ NASI LEMAK MURAH!! MURAH!! ].
Pakai baju cantik cantik. Pakai apron kemas dan bersih.
Tiada longgokan sampah di sekeliling gerai dia.
Siap buka dua meja untuk customer yang nak makan di situ.
Ditambah pula booth air. Air teh o, teh tarik dan air putih untuk customer.
Jika anda sebagai customer. Anda akan tertarik untuk membeli di kedai yang mana satu?
Kalau Che Ta, Che Ta terus berhenti kat gerai B. Tanpa ragu ragu.
So, Branding dari gerai B, telah menarik Che Ta untuk membeli nasi lemak di gerai dia. Untung untung Che Ta singgah makan. Tambah air teh tarik sebab Pakteh suka.
Kih kih kih
Untung berganda bukan?
Begitu juga dengan bisnes online. Kita perlu branding diri kita untuk menyakinkan customer tentang produk atau servis yang kita sediakan.
OK jom start teknik-teknik mudah branding diri untuk bisnes online (Facebook):
1. Gunakan Gambar Profil diri anda sendiri : Jangan guna gambar haiwan, gambar pemandangan, mainan atau kartun. First impression sangat penting. Jika customer lihat korang guna gambar kucing misalnya, macam mana customer tu nak yakin. "Betul ke dia ni jual tudung?". Korang pun mesti pernah jadi begini kan?
Seelok elok nya. Guna gambar sendiri yang cantik. Menarik. Ceria. Jangan gambar terjelir jelir lidah pulak. Hahaha.
2. Nama profil anda. : Ada yang guna nama samaran. Nama artis. Nama gabungan kekasih la suami la. Mengikut pengalaman Che Ta. Selepas brainwash anak anak bisnes Che Ta supaya tukar nama dan gambar profil. Sale mula masuk dan bisnes mula bergerak. Kita kena bina trust tu dari awal lagi. Kalau awal-awal nama profil sudah [Che Ta Kebabom] misalnya, ada ke yang percaya Che Ta ni jual ubat supplement bagai. Hahahaha.
3. Teknik Menulis : Ada diantara kita yang memang dilahirkan pandai menulis. Tulisan teratur dan kemas. Tapi, ada juga yang mengeja pun tak lepas. Contoh la;
itew nk tidow dlu
atau
Kita nak tidur dulu.
Mana lagi seronok mata memandang?
Mana yang lebih kebudak budakan?
Mana yang lebih meyakinkan anda sebagai customer untuk berurus niaga?
Penggunaan ayat yang simple, teratur dan kemas akan menarik customer terhadap produk anda.
OK cukup dulu 3 teknik ni la.
Yang penting mesti masuk gear lepas dapat tahu steps ni. Kalau duk tercegat je dekat situ. Memang takkan jadi apa la kan.
Hik Hik Hik
Kalau korang nak banyak lagi teknik teknik branding yang power. Join la Team MRG Che Ta. Che Ta akan ajar korang dari bawah sampai mahir. Tinggal korang nak hadam or tak je.
Alhamdulillah, Team MRG makin berkembang selepas setahun ditubuhkan. Hari hari ada class dan coaching untuk ahli baru. Ada 210 ahli dalam group Whatsapp MRG.
Kalau berminat nak buat side income dengan MRG.
PM no Che Ta. 019 524 1521.
εεεεεεεεεεεεεεεεε
Che Ta @ Ita Athirah Ahmad
Founder Of MRG
Key Coordinator
No SID 1222296
019 524 1521
εεεεεεεεεεεεεεεεε
0 comments:
Post a Comment