Vita Viral byItaAthirah: July 2017

Thursday, 27 July 2017

TIPS PEMAKANAN SIHAT BUAT IBU MENGANDUNG

Pemakanan yang sihat dan betul adalah amat penting semasa wanita mengandung.

Mengikut kajian kesihatan , ibu mengandung perlu menambahkan kalori sehingga 300kcal semasa mengandung berbanding sebelum mengandung untuk memenuhi keperluan perkembangan bayi dalam kandungan.


Walaupun mungkin terdapat masalah loya, muntah-muntah dan hilang selera makan semasa awal mengandung tetapi ianya adalah sementara sahaja dan ibu-ibu masih perlu makan makanan yang sihat semasa melaluinya.

Tetapi terdapat sesetengah ibu mengandung yang makan lebih dari 300kcal dan mengikut selera sahaja tanpa mempertimbangkan faktor makanan sihat. 

Walaupun digalakkan menambahkan kalori makanan semasa mengandung , makan berlebih-lebihan semasa mengandung boleh mengakibatkan masalah kegemukan, darah tinggi dan kencing manis semasa mengandung.

Oleh kerana itu, adalah amat penting ibu-ibu mengandung mempunyai ilmu yang betul tentang pemakanan sihat.

Ada beberapa tips tentang pemakanan yang sihat dan betul semasa mengandung

1.Pelbagaikan Jenis Makanan Sihat


Makan pelbagai jenis makanan dan jangan hanya banyak makan karbohidrat sahaja jika terasa lapar. Anda tidak digalakkan terlalu banyak makan makanan proses seperti kek, roti putih, biskut, mee segera, kuih-muih, mee, mee hoon, jajan, kerepek dan sebagainya kerana ianya tidak mengandungi zat-zat yang secukupnya.Makanlah nasi dengan sayur atau ulam dan lauk seperti telur, ikan, ayam atau daging.

2.Banyakkan Sayuran Dan Ulaman


Makanlah sayuran jenis berdaun hijau seperti bayam, kangkung, sawi dan sebaginya patut dimakan selalu untuk mencegah masalah sembelit disamping membantu mendapatkan zat besi yang amat penting untuk ibu mengandung.

Sayuran berdaun hijau mengandungi zat asid folik dan zat besi yang penting untuk proses membina sel-sel darah merah dan mengelakkan masalah anaemia atau kekurangan hemoglobin darah. Kekacang seperti kacang kuda, kacang hitam, kacang merah juga mengandungi zat ini. Zat asid folik juga boleh mencegah masalah kecacatan tulang belakang atau spina bifida pada bayi.

3.Makanan Kaya Serat



Makanlah makanan yang kaya dengan serat seperti roti gandum penuh, oat, beras perang, sayur-sayuran, buah-buahan untuk mengelakkan kegemukan melampau dan juga melawaskan buang air besar

4.Perlu Ambil Susu Atau Produk Tenusu


Anda juga digalakkan mengambil susu atau apa-apa produk tenusu seperti dadih, yogurt atau sebagainya untuk membekalkan zat kalsium yang diperlukan untuk pertumbuhan tulang bayi dalam kandungan. Susu juga mengandungi protein yang baik.

Kadar RDA untuk kalsium sehari adalah 1000mg hingga 1300mg untuk ibu-ibu mengandung dan yang menyusukan anak. Sumber kalsium yang lain adalah keju, sayuran berdaun hijau, brokoli, bayam, makanan laut, ikan bilis dan kekacang. Pengambilan vitamin D juga amat penting untuk memastikan kalsium yang diambil diserap sepenuhnya.

Vitamin D boleh didapati dengan mendedahkan kulit pada cahaya matahari setiap pagi dan juga melalui suplemen atau makanan yang ditambah dengan vitamin D seperti susu, telur dan ikan.

5.Amalkan Makan Buah-Buahan


Makanlah banyak buah-buahan pelbagai jenis seperti buah mangga, betik, jambu, pisang, tembikai, epal, limau, oren, tembikai susu, pear, anggur, buah naga dan pelbagai jenis buah lagi mengikut kesukaan anda.

Buah-buahan amat kaya dengan semua jenis vitamin seperti vitamin C, B kompleks, mineral seperti magnesium,zink, kalium dan sebagainya. Keperluan Vitamin C bertambah semasa mengandung untuk keperluan ibu dan bayi dalam kandungan.

Makan buah-buahan kering seperti kismis, kurma, buah tin, apricot dan lain-lain juga digalakkan. Buah kurma adalah amat baik untuk ibu mengandung dan digalakkan diambil dengan susu.

6.Makanan Tinggi Vitamin A



Pemakanan yang tinggi dengan zat Vitamin A seperti lobak merah, keledek, labu, bayam, apricot, mangga, betik dan sebagainya juga amat penting untuk perkembangan bayi dalam kandungan yang sihat.

7.Digalakkan Ambil Supplemen

Ibu-ibu mengandung juga digalakkan mengambil supplemen mutivitamin, vitamin C, vitamin E, Omega 3 sebagai zat makanan tambahan semasa mengandung untuk memenuhi keperluan zat-zat surih yang kekurangan dalam pemakanan seharian. Tetapi pemakanan sihat setiap hari adalah amat penting dijaga dan diteruskan walaupun anda mengambil pil-pil suplemen.

Boleh rujuk link ini untuk info berkenaan supplemen yang sesuai dimakan oleh ibu mengandung.

Perlu ketahui bahawa ibu mengandung sangat memerlukan khasiat dari pelbagai jenis makanan, jadi jangan lupa untuk terus mengamalkan pemakanan sihat walaupun anda mengandung

Kongsikan artikel ini jika ia memberi manfaat kepada anda dan juga ahli keluarga atau sahabat yang mengandung.

Sekiranya anda mahukan sentuhan personal dari saya berkenaan info produk dengan lebih mendalam, dengan rendah hati saya mempelawa anda menghubungi saya di nombor tertera dibawah.

Thank You for reading ye korang!
Love,
❤ Super Cheta

Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com


Terima kasih kerana membaca! :)

3 DOA AGAR CEPAT HAMIL DARI AL-QURAN

Assalamualaikum,

Harini cheta nak share 3 doa agar cepat hamil dari Al-Quran ni, jom kita sama-sama amalkan 3 doa ini sebagai pelengkap ikhtiar kita agar dikurniakan zuriat.

Setiap doa ini boleh dibaca ketika sujud atau selepas solat dengan sepenuh pengharapan kepada Allah moga Allah memakbulkan permintaan kita yang satu ini.





Boleh follow Fb Team Cuba Hamil, like dan share.


Semoga usaha kecil kita harini untuk berkongsi pengalaman dalam usaha untuk hamil akan membuahkan hasil satu hari nanti. InshaAllah.

Thank You for reading ye korang!
Love,
Super Cheta

Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com

Terima kasih kerana membaca! :)

Wednesday, 26 July 2017

SET MENGANDUNG SHAKLEE

Tahniah buat korang yang sudah disahkan mengandung!

Apa perasaan korang bila tau korang pregnant? Terutama yang pertama kali tu. Mesti excited kan!

Okey jom saya kongsikan kenapa korang kena ambil Set Mengandung Shaklee ni dari awal korang tau korang mengandung.



Ada  yang berpendapat yang makan vitamin akan membuatkan saiz baby lebih besar. Menurut Dr. Hamid Arshat, seorang pakar sakit puan yang terkenal di negara kita ni, pengambilan vitamin sewaktu hamil terutamanya adalah sangat penting untuk tumbesaran bayi yang sihat.



Dalam Set Mengandung Shaklee terdapat beberapa jenis vitamin yang  dicadangkan seperti :-


ESP
❤Sumber soya tanpa GMO, mengandungi asid amino
❤Membekalkan protein
❤Memberi tenaga kepada ibu-ibu hamil
❤Kulit menjadi lebih licin, gebu dan anjal


B – Complex
❤Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B seperti vitamin B1, B2, B3, B6, B12, biotion, asid panthothenic dan asid folik dihasilkan dalam kuantiti yang diperlukan. Berbeza dengan vitamin B jenama lain yang jarang mengandungi kesemua unsur lengkap 8 jenis vitamin yang dinyatakan
❤Membantu mengelakkan simpton meroyan, rasa tekanan semasa dalam pantang dan membantu perkembangan deria motor bayi
❤Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko  kecacatan pada saraf tunjang pada bayi( kecacatan tiub neural ). Kecacatan tiub spina bifida yang berlaku apabila saraf dalam saraf tunjang terdedah dan rosak.

OsteMatrix
❤ Sangat penting untuk ibu hamil dan menyusu
❤ Sumber Kalsium Magnesium yang diperkaya dengan Vitamin D untuk memaksimumkan penyerapkan kalsium
❤Kekurangan kalsium ini menyebabkan si ibu mudah mendapat penyakit osteoporosis dan susu yang dihasilkan akan menjadi kurang berkualiti kerana susu ibu mengandungi 40% kalsium.

Vita-lea
❤Multivitamin lengkap yang mengandungi 28 mineral dan vitamin
❤340 ujian klinikal telah dijalankan sebelum Vita-lea ini diluluskan untuk pasaran bagi memastikan ia benar-benar berkualiti
❤Sistem penyerapan Bioaktif untuk meningkatkan penyerapan asid folik
❤mengandungi Iron (zat besi)
❤Kekurangan zat  besi akan menyebabkan masalah aneamia atau kurang darah merah.  Ia adalah keadaan di mana sel-sel darah merah ibu menjadi terlalu sedikit. Sel darah merah bertanggungajawab membawa oksigen ke seluruh tubuh anda dan bayi anda.Antara gejala anemia, adalah seperti:-

                - letih
                - sakit kepala
                - tercungap-cungap
                - lemah
                - pening

❤Zat Besi juga boleh mengurangkan risiko kelahiran pramatang dan berat kelahiran yang rendah.
❤Mereka yang ada masalah Low Hb juga disarankan untuk mengambil vita-lea ini

Vita-C
❤Vitamin C yang dihasilkan daripada ekstrak jagung yang merupakan sumber vitamin C
❤Mempunyai komponen yang sama dengan buat citrus
❤Merangsang penyerapan zat besi dan asid folik
❤Menguatkan imuniti bayi dan ibu


Omega Guard
❤ Minyak ikan Shaklee yang dihasilkan daripada ikan laut dalam terbaik dunia
❤Mengandungi DHA, EPA dan Asid Lemak Omega 3 yang penting untuk perkembangan otakdan mata bayi
❤Kajian menunjukkan kanak-kanak yang dirangsang dengan omega 3 lebih menyerlah potensi mereka berbanding yang tidak mendapat khasiat minyak ikan ini


Set Mengandung untuk trimester pertama terdiri daripada:

- Vita-lea
- B Complex
- Vita- C
- Ostematrix
- ESP

Set Mengandung untuk trimester 2 & 3 terdiri daripada:

- Vita-lea
- B-Complex
- Vita- C
- Ostematrix
- ESP
- Omega Guard

Set Mengandung Shaklee kini semakin dipercayai oleh ibu-ibu serata Malaysia kerana ia berasaskan vitamin semulajadi yang tiada kesan sampingan terhadap ibu dan bayi. 

Didatangkan dalam set-set pilihan anda, bergantung pada bajet anda. Anda boleh pilih sama ada ingin mendapatkan Set Bajet, Medium atau Lengkap.  Yang penting berikan nutrisi yang terbaik untuk anak anda bermula dari dalam kandungan. Jika anda mencari-cari yang terbaik untuk diri anda dan anak-anak anda, inilah dia. InsyaAllah anda akan turut jatuh cinta.

Dan pastikan anda mendapat konsultasi dan cara makan yang betul ya untuk kesan dan penyerapan yang optimum.

Sekiranya anda mahukan sentuhan personal dari saya berkenaan info produk dengan lebih mendalam, dengan rendah hati saya mempelawa anda menghubungi saya di nombor tertera dibawah.
.

Thank You for reading ye korang!

Love,
Super Cheta ❤
.

Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com

*Maklumat/Produk dalam blog ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh sebarang penyakit.

Terima kasih kerana membaca! :)

KEPENTINGAN KALSIUM KEPADA IBU HAMIL

Seperti sedia maklum, ibu hamil memerlukan banyak kalsium daripada biasa. Namun, persoalannya berapa banyak keperluan kalsium yang diperlukan oleh ibu hamil setiap hari?

Kalsium merupakan salah satu mineral yang diperlukan oleh badan dalam jumlah yang lebih banyak berbanding mineral lain. Mengapa kalsium sangat diperlukan sepanjang kehamilan?



Semasa hamil, keperluan ibu terhadap kalsium sangat tinggi dan perlu diberi perhatian utama. Fungsi kalsium sangat penting terutama dalam pembentukan tulang dan gigi janin dalam kandungan. Jika ibu kekurangan kalsium ketika hamil maka pertumbuhan tulang dan gigi bayi akan terganggu. Bahkan ibu hamil juga berisiko mengalami masalah osteoporosis lebih awal.

Dianggarkan sebanyak 99% kalsium dalam badan disimpan dalam tulang. Apabila kalsium yang diambil setiap hari berkurangan daripada keperluan maka kalsium dari tulang akan dilepaskan mengikut keperluan kalsium pada hari itu. Namun, jika pengambilan kalsium cukup setiap hari maka tulang akan menjadi kuat.

Keperluan kalsium ibu hamil setiap hari meningkat berbanding wanita tidak hamil. Ibu memerlukan kalsium sehingga 1,200 mg setiap hari berbanding hanya 400 mg bagi wanita normal.




Berikut adalah manfaat kalsium kepada ibu hamil:
- Untuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat.
- Membuat memperlancar peredaran darah dan menjaga stabiliti degup jantung.
- Membentuk otot dan saraf agar berfungsi sempurna.
- Mencegah risiko osteoporosis pada Ibu.
- Mengurangi risiko terjadinya komplikasi sepanjang kehamilan

Ibu hamil disarankan mengambil makanan yang mempunyai nutrisi yang cukup sepanjang kehamilan. Ini kerana semasa hamil tubuh ibu memerlukan dua kali ganda lebih nutrien tertentu untuk disalurkan kepada bayi dalam rahim yang sedang membesar.

Sedihnya cara penyediaan makanan hari ini menyebabkan majoriti nutrisi yang ada pada makanan seperti vitamin, protein telah musnah sebelum sempat diserap oleh tubuh kita.

Inila punca sebenar kenapa ibu hamil mudah mendapat masalah kurang zat. Bukan kerana tidak cukup makan tetapi kerana makanan yang dimakan mengandungi zat yang sedikit akibat rosak kesan daripada cara penyediaan.

Saya ingin kongsikan SUPPLEMEN IBU HAMIL untuk ibu-ibu diluar sana. Ia pastinya Selamat dan Berkesan, InsyaAllah. Nutrisi yang lengkap sangat penting untuk memastikan bayi membesar sihat bagai juara, ibu pula happy dan bertenaga sepanjang kehamilan sehingga melahirkan si manja.

Supplemen tersebut dinamakan Set Mengandung Shaklee. Ia merangkumi ESP (Energizing Soy Protein), Vitalea, Vitamin C, B Complex, Ostematrix dan Omega. Keterangan lanjut tentang set ini saya akan jelaskan dalam entry yang seterusnya.



Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ini sila hubungi saya okey!


Love,
Super Cheta
.

Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad



Terima kasih kerana membaca! :)

Tuesday, 25 July 2017

MANFAAT KALSIUM YANG PERLU ANDA TAHU!!

Kalsium adalah mineral yang sangat penting bagi tubuh kita. Kalsium memegang peranan penting untuk keseimbangan tubuh dan kesihatan.

Kalsium amat penting kerana 99% kalsium pada badan tersimpan dalam tulang dan gigi. Kalsium juga penting untuk kesihatan otot, ligamen sementara Magnesium perlu untuk mengangkut kalsium ke tulang untuk diserap.

Pengambilan kalsium adalah penting untuk kehidupan seharian kita. Terutama untuk mereka yang sering letih-letih, lenguh-lenguh, selalu berjalan, selalu berdiri lama.

Apa jua aktiviti fizikal yang dilakukan memerlukan nutrisi kalsium dalam badan agar badan kita tidak terlalu letih dan mudah melakukan aktiviti tanpa rasa sakit-sakit badan. 

Shaklee menghasilkan supplement kalsium yang mempunyai banyak khasiat dan digemari ramai iaitu Ostematrix.



Berikut ialah antara manfaat KALSIUM untuk kita: 

•Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat
•Mengelakkan penyakit osteoporosis (tulang rapuh)
•Mengurangkan kekejangan dan kebas-kebas
•Menstabilkan tekanan darah
•Melegakan period pain .
•Membantu dalam masalah gastrik
•Mengurangkan risiko praeklampsia
•Membantu mengurangkan sakit belakang
•Membantu melegakan sembelit
•Membantu dalam masalah tumit kaki sakit/pecah-pecah
•Melegakan sakit-sakit sendi
•Membantu melembutkan najis
•Mengelakkan buasir
•Membantu mengatasi migrain

Siapa yang sesuai dengan OSTEMATRIX ni?
- Semua golongan tak kisah belum berkawin,sedang pregnant, warga emas .
- Sesiapa yg sakit bahagian pinggang, belakang, kaki.
- Sesiapa yang mengalami masalah sembelit .
- Sesiapa yang ada masalah gusi berdarah .
- Sesiapa yang jenis tak minum susu sebab Ostematrix ialah Calcium
- Warga emas yg mempunyai masalah sendi dan otot .
- Sesiapa yang mudah rasa kebas tangan dan kaki .
- Wanita yang sedang hamil .

Jika anda berminat untuk mendapatkan Ostematrix ini sila hubungi saya okey!

Thank You for reading ye korang!

Love,
Super Cheta
.

Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com




Terima kasih kerana membaca! :)

Monday, 24 July 2017

OPEN HOUSE YANG HAPPENING

Assalamualaikum w.b.t

Wah, excitednya kita dapat post harini. Asyik bertangguh-tangguh je.

Harini nak share pasal Open House je.

Sebelum ni, saya selalu cakap dengan husband, "Bestnya kalau kita duduk rumah yang boleh buat makan-makan, ajak orang datang rumah"

Tapi suami senyap je masa tu. Sebabnya dulu kami duduk bilik sewa je, memang takde lah nak ajak-ajak orang datang. If orang nak datang pun macam-macam alasan saya bagi. Sebab rasa segan nak bawak orang datang.

Lepas tu pindah rumah ke apartment pun rasa tak seronok nak ajak orang datang makan-makan. Sebab sempit sangat. Kucing pun banyak. Rasa tak sesuai.

Alhamdulillah, sekarang ni baru dapat nak realisasikan hasrat tu. Baru dapat nak plan buat kenduri dan makan-makan bagai. 😍

So Sabtu lepas kami buay open house. Niat asalnya nak jemput dalam 20 orang macam tu je. Tetiba jadi ramai.

Dari nak masak satu dua benda je, terus jadi macam-macam. 😂

Anak bisnes yang datang semua meriah-meriah. Sempat lagi diorang minta offline coaching. Suami saya pun kena juga bagi offline coaxhing sebab anak bisnes yang datang terlalu bersemangat. 😂

Offline coaching dari suami.

Coaching dari saya sendiri. 😁
Food pulak sedap sangat. Ada laksa, mee kari, gulai ayam dan daging makan bersama ketupat palas, semuanya mama masak. Sedapp sungguh! 😍
Semua ni air tangan mama! Sedappp sangat! ❤

Yang order pun ada juga. Saya order Chicken chop. Ramai juga yang puji chicken chop ni sedap.

Murah je saya order, satu set lengkap RM7.00. Ok la kan? 😍

FB: Sazalia Mohamad Saad


Dessert pun saya ordser je. Sebab tak reti nak buat. Brownies dengan kuih seri muka durian ni sedappppp sangat! Murah pulak tuu.

Korang boleh order di Ig: ninahomebake.

Brownies & Seri Muka Durian
Lepas makan semua ni perut saya sendiri dah macam nak meletop dah. Dengan badan jadi berangin sebab makan pulut banyak sangat. Ishh. Teruk betul.

Cepat-cepat saya kena makan supplement untuk bantu saya buang angin dan pecahkan lemak saya.

Korang yang banyak makan, yang risau badan naik pun boleh amalkan supplement ni. InshaAllah dapat bantu anda untuk jekal langsing dan elakkan perut buncit serta badan berangin. 😍

Set untuk kekal kuris dan langsing ❤
If korang cari supplement untuk bantu kawal selera makan, batu untuk pecah san singkirkan lemak, boleh je terus pm saya k! 😉

InshaAllah nanti bila-bila kami buat makan-makan lagi. Nak order apa pulak ye lepas ni?

Kalau korang ada bisnes yang terima tempahan-tempahan makanan ni boleh komen di bawah ye. 😁

Ok korang, till then! Thank you for reading! ❤

Love,
Super Cheta
.

Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com




Terima kasih kerana membaca! :)

Wednesday, 5 July 2017

VITAMIN KULIT SHAKLEE

Assalamualaikum semua!

Tengah busy kerja ke? Ke tengah kutil jerawat tu?

Ramai kan yang mengalami masalah kulit ni. Ramai orang menag mengimpikan kulit yang cantik, bersih dan licin.

Banyak Tips yang kita boleh dapat dari carian di internet bagaimana untuk mencantikkan kulit secara alami. Tinggal kita rajin ke tak je. kan?

Kalau customer yang datang jumpa saya untuk masalah kulit ni, kalau yang datang tu ada masalah skin yg berjerawat teruk, parut berjerawat, kulit kusam, dan salah penggunaan skincare, which is dah pakai apa-apa product tp still tak berkesan, saya akan suggestkan untuk rawat kulit dari dalaman dulu

Iaitu melalui pemakanan yang sihat dan pengambilan supplement yang betul. Bila dalaman dah sihat,cantik barulah luaran pun akan terserlah sihat cantik.

:: Masalah kulit yang kronik macam ni perlu  bermula dari dalam ::

Untuk Vitamin Shaklee yang sesuai untuk masalah kulit ni Fullset antara best seller items adalah:

ESP
Vitamin C
Vitamin E

Kelebihan ESP
🌸Kulit jadi lebih anjal dan gebu🌸 Banyakkan susu ibu. Susu akan jadi lebih berkrim dan anak mudah kenyang.
🌸 Pudarkan parut
🌸 Mengawal pertumbuhan jerawat
🌸 Menguatkan akar rambut dan mengurangkan keguguran rambut
🌸 Mempertingkatkan fungsi hormon wanita
🌸 kulit jadi lebih tegang dan sihat
🌸 Kekalkan tenaga untuk jangka masa panjang. Sentiasa kenyang walaupun buat kerja berat.
🌸 Sesuai untuk mereka yang ingin turunkan berat badan.
🌸 Elakkan kencing manis
🌸 Kuat kan ingan memori dan sembuhkan luka
🌸Melindungi dan menjaga rahim.
🌸 Mengandungi protein yang lengkap
🌸 Mengurangkan risiko kanser payudara

Kelebihan VITAMIN C
🌸 Perlindungan daripada sinar UV
🌸 Mengurangkan kesan sunburn
🌸 Membantu prevent masalah jerawat degil
🌸 Tona kulit menjadi lebih sekata
🌸 Menggantikan tisu yang rosak dan menyembuhkan luka
🌸 Mencerahkan kulit secara semulajadi ( Bukan muka sahaja tauu 🙈 )
🌸Membantu masalah kulit sensitif seperti resdung dan eczema
🌸 Mengatasi masalah jerawat nasi dan pasir
🌸 Mengurangkan kedutan dan tanda penuaan
🌸 Membantu menghasilkan kolagen dalam badan
🌸 Kulit lebih glowing dan radiant
.
VITAMIN E ( GRAPE SEED )
🌸 Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas
🌸 Mengurangkan parut dan masalah jerawat
🌸 Manggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
🌸 Mengatasi masalah whitehead dan blackhead
🌸 Membantu mengurangkan eyebag
🌸 Mengawal masalah kulit berminyak
🌸 Mengatasi masalah jeragat
🌸 Boleh buat sebagai masker
🌸 melambatkan proses penuaan

Best tau tiga-tiga best seller item ni. Ramai pengguna dah rasa kesannya. Anda bila lagi?

:: Testimoni Pengguna ::

Jangan tunggu lama-lama tau. Lagi lama kita tungg lagi teruk masalah kulit kita nanti. kan?

Nak dapatkan vitamin untuk kulit cantik anda sekarang? terus je whatsapp saya k!

Ok, till then! Thank you for reading! ❤


Love,

Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah gAhmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com


Terima kasih kerana membaca! :)

Tuesday, 4 July 2017

KERAP LETIH DAN SAKIT BADAN

Assalamualaikum!

Hi Uols semua!

:: Ada yang dah tertidur balik ke tuu ::

Kak limah, kak bedah, kak joyah, amboi tengah buat apa tu?

Bizi bergosip ka? Ka hampa dok bizi tengok Go shop jer? 😅

Ni kami nak tanya, akak-akak semua koi dok rasa badan makin penat dak? Dok rasa sakit badan dak?

Nak bangun dari duduk pun kriukk kriukk bunyi tulang. Sakit lutut, sakit pinggang. Sakit belakang.

Nak jalan pun rasa nak tumbang dah.

Haa.. ada dak? Cik abang ka, ada rasa lagu tu dak?

Rasa Letih-letih bila balik kerja. Macam dah takde tenaga, kerap sakit kepala, pastu asyik nak tidur saja.




Kalau ada tanda-tanda macam ni, cuba pergi cek 3 benda ni tau.

✔Kolestrol
✔Darah tinggi
✔Kencing manis

Dapatkan nasihat dokter tentang keadaan kesihatan akak abang semua.

Kalau nak add on supplement kesihatan pulak kami suggest try la VITALITY SET ni.

:: Vitality Set Shaklee ::

Elok wey. Takat nak bagi energy, bantu kawal kolestrol, inshaAllah. Memang the best lah!

Bukan kata energy, dan kolestrol tu je, silap-silap haribulan boleh jadi kurimus dan lekat baby baru. Hikhik. 😉

Nanti saya cerita lagi apa yang ada ada dalam set ni ok!

Yang pentingnya nak cakap, bila badan mula sakit-sakit, tu salah satu tanda badan mula kurang certain nutrisi dalam badan.

Mungkin iron, mungkin kalsium.

Sebab tu kita kena top up dengan makanan bernutrisi atau ambil supplement. Hehe.

Nak tahu lebih lanjut boleh terus kontek saya k! ☺


Ok, till then! Thank you for reading! ❤


Love,

Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com




Terima kasih kerana membaca! :)

Monday, 3 July 2017

SELAMAT HARI RAYA!

Assalamualaikum semua!

SELAMAT HARI RAYAAA!

Ahh. Excitednya nak wish everyone SELAMAT HARI RAYA!

:: Gambar bertiga with pakteh dan lupi ::


Tahun ni kami suami isteri beraya di KEDAH! kampung saya.

So memang heaven lah. Makanan sedap-sedap belaka. Makan non stop!





Haa..ni antara food yang kami makan. Banyakk kann? Memang gemuk gilerr la kalau tak kawal.

Ini baru separuh tau. Ini pun kami makan serba sikit. Dan tak lupa consume Supplement untuk KURUS shaklee ni.

Kalau tidak jenuh lah, penat berat nak turun time puasa, tiba-tiba time raya takkan terus naik mendadak kan?

Korang consume tak supplement untuk maintain berat badan SHAKLEE ni?

Best sangat!!

Badan rasa tak naik mendadak walaupun kita makan macam biasa.

Kita akan rasa badan lebih ringan. Lemak makin susut.

Ish.. banyak lagi la manfaat dia.

Yang pentingnya, kalau kena gaya memang turun tauu berat badan!

Syokk kan kalau berat turun. 😍

:: kurus giler kan? 😱 ::

Nak tahu tak apa rahsia kawan saya ni kurus dalam masa sebulan? Haa. Boleh terua whatsapp saya k!

Nanti panjang lebar lagi saya cerita. 😍

Last but not least, MAAF ZAHIR BATIN semua! Minta maaf banyak-banyak segala salah silap. Kosong-kosong k. 🤗


Ok, till then! Thank you for reading! ❤


Love,

Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com





Terima kasih kerana membaca! :)