Kalau Peminat tegar pasar raya pasti kenal apa itu buah lemon, buah
dengan warna kekuningan yang menarik itula yang ada banyak terdapat di
pasaraya. Tapi tahukah anda apakah rahsia kebaikan buah lemon kepada anda?
Jangan duk tenung tilik pegang aje , buah lemon ini ada banyak
kebaikan, meh sini saya ceritakan, tak perlu belanja besar pun.
1. Kuruskan Badan
Minum air lemon pada waktu pagi membantu tubuh membakar lemak dengan
lebih cekap dan berkesan. Organ hati yang berfungsi dengan baik akan memastikan
proses metabolisme lemak berjalan dengan lancar dan ini sangat penting proses
diet untuk kuruskan badan.
2. Tingkatkan Hidrasi & Berikan Tenaga
Kebiasanya pada setiap pagi kita akan mengalami situasi yang agak malas
dan kurang bertenagakan?Cuba mulakan pagi anda dengan segelas air lemon suam
pasti anda akan rasa lebih bertenaga dan terhidrat sepanjang hari. Air lemon
ini memberikan umpphh untuk lonjakkan tenaga anda.tak cuba tak tau
kan..dah cuba pasti mau.
3. Cantikkan Kulit
Tahukan yang lemon ini mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi.
Vitamin C memainkan peranan untuk mengekalkan kulit yang sihat serta sebagai
antioksidan bagi mencegah penuaan pramatang dan melawan radikal bebas yang
boleh merosakkan kulit. Vitamin C juga diperlukan dalam penghasilan kolagen
yang sangat penting untuk keanjalan dan awet muda. Cer tengok saya awet muda
kan (hehe terpuji diri sendiri lak) !!
4. Bantu Proses Singkirkan Toksin
Pasti ada yang telah mengamalkan air lemon ketahui bahawa air lemon
merupakan diuretik semulajadi yang membantu menyingkirkan cecair dan toksin di
dalam badan. Asid sitrik yang terkandung di dalamnya juga membantu fungsi buah
pinggang serta hasilkan eznim untuk proses detoxs di organ hati. Kita sedia
maklum organ hati adalah merupakan salah satu organ utama dalam proses membuang
toksin daripada tubuh badan manusia. Bila badan mempunyai toksin yang banyak
akan memberikan kesan badan mudah letih dan mengantuk. Bila toksin telah
disingkirkan nutrien daripada makanan juga akan lebih mudah diserap ke dalam
badan.
Alkisahnya dengan kandungan Vitamin C yang tinggi dapat membantu
meningkatkan sistem imun manusia. Ini bagi mengelakkan mudah terkena demam
selesema baik amalkan secawan lemon suam di pagi hari sebelum menempuh
perjalanan ke pejabat.
6. Bantu Penghadaman
Jika anda mengalami masalah penghadaman dan susah untuk membuang air
besar cuba amalkan minum segelas air lemon suam di kala pagi sewaktu subuh
menjelang tiba. Air suam dengan lemon ini akan membantu merangsang saluran
penghadaman @ merangsang pergerakan usus serta akan bersihkan organ hati
anda.Cubala pasti anda happy senyum selalu lega tuhh…
7. Alkalikan Tubuh Anda
Tubuh manusia boleh menjadi terlampau berasid bila mengamalkan
pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Bila badan berasid akan menggangu
pelbagai fungsi badan serta tubuh anda akan terdedah kepada pelbagai penyakit
dan sel-sel kanser juga lebih mudah tercetus. Lemin yang diketahu adalah
bersifat asid, mampu mengalkalikan tubuh dan darah yang diambil. Ini sangat
membantu memastikan keseimbangan PH sentiasa terpelihara, terutamanya jika kira
gemar makan seperti daging, keju dan lain lain.
Terdapat pelbagai jenis resepi yang melibatkan air lemon ini. Boleh ikut
selera anda cuma janganlah ditambah dengan pemanis tiruan nanti dah jadi tak
sihat pula.
Salah satunya adalah hiriskan nipis 1/2 biji lemon dan direndamkan di
dalam segelas air suam, biarkan selama beberapa minit dan bolehlah diambil
sebagai minuman pembuka di awal pagi. Air lemon ini akan meningkatkan tenaga
anda serta membantu mengawal selera makan sesuai buat sang pendiet yang
kental..Happy trying .
Resepi Air Lemon Ke Dua
Hiriskan 1/2 biji lemon dan direndam ke dalam air suam masukkan juga 1
inci halia yang telah diketuk dan biarkan selama 5 minit selepas itu campurkan
dengan 1 sudu madu dan boleh sudah nikmati air lemon madu halia. Ini kegemaran
saya, rasanya masam manis pedas sungguh terbaik untuk mulakan
hari anda..
Thank You for reading ye korang!
Love,
❤ Super Cheta
Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of Magnetic Rizq Group (MRG)
0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com