Vita Viral byItaAthirah: 4 TIPS ELAK JERAGAT

Tuesday, 15 August 2017

4 TIPS ELAK JERAGAT



Masalah jeragat ni dah macam masalah duniakan untuk orang perempuan ☺, tak senang duduk dibuatnya, Harini meh kita baca sikit apa tu jeragat!

APA ITU JERAGAT

Jeragat atau pigmentasi merupakan salah satu musuh wanita selepas kedutan. Tidak ada wanita yang inginkan kulit yang berjeragat atau mempunyai tompok-tompok hitam di kulit. Namun ianya berlaku tanpa disedari sekiranya kita kurang menitik beratkan kesihatan kulit.

Jeragat biasanya timbul dalam bidang-bidang tertentu di muka seperti hidung dan dagu. Jika mengetahui muka anda terdedah jeragat, maka hapuskan ia. Jika diabaikan, jeragat boleh berkembang menjadi jerawat. Kehadiran jeragat sekitar hidung atau dagu pasti menjadikan muka kita kelihatan tidak sihat dan boleh membuat keyakinan anda turun.

Antara sebab- sebab terjadinya masalah jeragat adalah seperti terdedahnya kulit kepada cahaya matahari yang panas terik, penggunaan pil hormon (contohnya : pil perancang), penggunaan kosmetik yang tidak sesuai, faktor hormon, faktor stress dan juga faktor keturunan.

Harini cheta nak share 4 tips mudah untuk elak jeragat.

4 TIPS ELAK JERAGAT



1. JANGAN pilih pencuci muka yang menghasilkan banyak buih. Ia boleh merosakkan kulit.


2. JANGAN pilih bahan solek, losyen dan krim UV yang berminyak. Ia boleh menyebabkan liang pori tersumbat dan menggalakkan pertumbuhan jerawat!



3. JANGAN biarkan kulit terdedah kepada cahaya matahari daripada jam 11 pagi hingga 3 petang. Jika tak dapat dielakkan, gunakan krim UV yang mengandungi SPF 30 ke atas untuk melindungi muka.


4. JANGAN gunakan produk kosmetik yang mengandungi bahan perosak kulit. Kulit memang cepat putih tapi ia disebabkan oleh merkuri yang tinggi dalam kandungan produk.

Apa yang akan terjadi kalau kita tak cuba untuk elakkan jeragat ni?

Bintik hitam iaitu sel kulit yang sudah rosak akan timbul di bahagian muka.

Orang cakap “Prevention is better than cure”, jadi sebelum terlambat haruslah kita berhati – hati dari sekarang. Siapa yang tak sayang tubuh badan sendiri kan.

Cheta ada penyelesaian untuk masalah jeragat korang ni, boleh hubungi Cheta untuk mendapatkan konsultasi peribadi mengenai masalah ini.

Next post Cheta akan share tentang vitamin semulajadi yang sesuai untuk elak masalah jeragat ni, stay tuned!

Thank You for reading ye korang!

Love,
❤ Super Cheta

Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com



Terima kasih kerana membaca! :)

0 comments:

Post a Comment