Vita Viral byItaAthirah: 6 RESEPI AIR DETOX UNTUK KURUSKAN BADAN

Monday, 7 August 2017

6 RESEPI AIR DETOX UNTUK KURUSKAN BADAN

Tau tak detox tu apa dan kebaikan detox untuk badan korang.

Detox ni adalah proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia.
Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi.

Ini cheta kongsikan resepi air detox untuk kuruskan badan agar dapat membantu memberi inspirasi kepada anda untuk kuruskan badan dengan sihat .



1. LEMON + DAUN PUDINA



Kombinasi lemon dan daun pudina sesuai buat mereka yang sibuk dan aktif.

Lemon dapat menyingkirkan toksin dalam badan manakala daun pudina pula membantu proses penghadaman. Ia sangat membantu menurunkan berat badan.  

2. OREN +LEMON +  LIMAU NIPIS



Sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan perut kerana oren dan limau nipis baik untuk sistem pencernaan. Lemon pula membersihkan sistem pencernaan.

Berkesan untuk mengatasi masalah perut buncit.

3. TIMUN + LEMON + LIMAU NIPIS + OREN


Sesuai untuk mereka yang sedang berdiet kerana timun, lemon, limau nipis dan oren membantu mengawal selera makan dan meningkatkan metabolisme tubuh.

4. TEH HIJAU + DAUN PUDINA + OREN


Sangat berkesan untuk membakar lemak, melancarkan penghadaman, mengatasi sakit kepala dan bau mulut. Teh hijau pula memang terkenal dalam membantu meningkatkan metabolisme tubuh.

5. STRAWBERI + OREN + DAUN PUDINA



Air detoks campuran strawberi, oren dan daun pudina sangat baik untuk diamalkan. Ini kerana strawberi mampu mengurangkan kolesterol.

Oren pula membantu mengatasi masalah sembelit manakala daun pudina pula mencegah masalah angin dan kembung perut.

6. TIMUN + LIMAU NIPIS + LEMON


Sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Timun, limau dan lemon mampu mengawal nafsu makan selain mengelakkan masalah perut kembung.


Tapi kalau korang rasa susah dan malas nak buat air detox sendiri, korang boleh je beli produk detox dengan cheta. Terus hubungi cheta untuk tau details okey!

Thank You for reading ye korang!

Love,
❤ Super Cheta

Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com



Terima kasih kerana membaca! :)

0 comments:

Post a Comment