Vita Viral byItaAthirah: MY JOURNEY : IKHTIAR MENGANDUNG

Saturday, 13 October 2018

MY JOURNEY : IKHTIAR MENGANDUNG

Salam semua!

Since sekarang tengah masa menunggu our baby to pop out like few weeks more, so harini just nak share santai-santai pasal our journey.
Saya dan suami actually kenal each other dari tahun 2005. Lama sangat dah. Masa zaman uni lagi. Tapi jarak memisahkan. Husband di KL buat persediaan ke Japan and saya di Malaysia jee buat degree macam biasa. Then bila suami fly ke Japan, lagi jauh la jadinya. haha!

Dari kenal 2005 sampai ke 2014 sebelum kawen memang macam-macam la dugaan. Hujan ribut taufan Tsunami semua lah ada. Sampai ada masa ingat macam, "Aih, bukan jodoh aku agaknya". haha! Just doa saja pada Allah minta jodoh yang baik. Yang boleh terima baik buruk saya. Yang boleh sayang saya macam mana saya saya dia bla bla bla. Biasalah doa-doa orang nak mintak jodoh nih. hehehe.

Sampai lah tetiba husband decide nak kawen rasa macam, "Oih! biar betul dia ni" tapi kita memang rasa bersyukur la masa tu then kami plan majlis sederhana saja. Takde bertunang bagai, just risik-risik then kawen dalam sederhana tapi meriah. Alhamdulillah.

Bila dah kawen awal-awal biasalah time nak adjust. betul la orang kata zaman bercinta dengan after kawen tu lain bebenor. Haha! Tapi Alhamdulillah we made it through! yeah! 

Then mai la fasa nak usaha dapatkan zuriat. Seriously masa sebelum kawin dan awal-awal kawin rasa macam, "InshaAllah senang lekat ni. Mak aku anak 7, Mak metua aku anak 5 inshaAllah. Kami boleh! yakin!". Haha! memang positif gila lah.

Tetiba sedar tak sedar habis dah tahun pertama kawin, tanpa kehadiran zuriat. Tapi mcm,ok lagi la takde baby time ni. Rasa macam baru je kawin, still dok fasa begaduh-gaduh manja lagi laki bini orang kata time ni. hehe.

Masuk tahun kedua rasa mcm ok InshaAllah lepas ni mesti lekat ni. Tapi takde jugak!

Masuk tahun ketiga, mula gelabah biawak dah awal-awal tu. Rasa macam "boleh beranak ke tak aku ni". huhu. Orang pun mula sok sek sok sek.

Kalau setakat nak tanya je sebab concern ok lagi. Tapi bila mai yang style bagi arahan tu, kita mula la rasa annoyed. ye dak? contohnya:
Ada benda kacau kot tu, pi la berubat, jumpa ustaz
Hang tak suboq kot
Laki hang tak power kot
Pi la ambik anak angkat 
Tu kucing la tu punca. Kucing ada virus bla bla bla

Macam-macam aih. Kami tadah telinga sambil senyum je.

Masuk tahun keempat kawen, saya pun dah sangat positif, suami pun positif, kami tingkatkan lagi usaha bab kerohanian, dan kami tingakatkan usaha bab kesihatan.

Kami takde masa nak bazir duduk berdoa-berdoa dan usaha sikit-sikit je. 

No 1 kami mula jaga makan. Kami Eat Clean. Amalkan gaya pemakanan sihat. Suami ok lagi melantak itu ini. Tapi saya yang nak pregnant ni memang susah payah jaga makan. Saya ni sweet tooth, memang suka sangat kek, pastry, ice cream dan benda-benda sedap tu. Tapi demi nak mengandung saya pantang semua tu. teringin macam mana pun saya akan ambik air masak je minum. Agak nak lepas gian saya makan sekali je tu pun sikitt. KFC McD nugget fries semua tu pun saya sukaa! Tapi sebabkan nak mengandung aya cut semua. Air milo memang my fevret. Starbuck bagai. I cut semua. saya memang jaga makan gila-gila! Banyak makan sayur dan buah. Portion nasik pun saya kawal. 

Then saya topup dengan SET DETOX dan SET KESUBURAN SHAKLEE. Saya ambik dengan konsisten 
➤VIVIX
➤DTX COMPLEX
➤OMEGA
➤COQTROL

4 item ni wajib! Total price 4 item ni dalam RM800++. Ada orang rasa mahal sangat. Rela tunggu lagi bertahun-tahun. Ada yang rasa macam tak yakin dan tak percaya. Ada yang skeptikal. Macam-macam orang akan fikir bila nak mula try any produk. Ada yang suka try jamu-jamu je. Ada yang ala-ala nak tradisional je. Tak kisah pun apa cara dan apa produk yang kita nak try. Asalkan selamat.

Saya pun tak cakap yang if korang try apa yang saya try ni korang akan mengandung. NO! Tapi ramai yang ikhtiar, Alhamdulillah lekat. Syukur! Saya tumpang happy. Yang penting kita kena positif Bila nak ikhtiar apa pun kita kena positif. Kita adalah apa yang kita sangka. Kalau kita rasas macam, "ermm, sama je rasa bila mabik produk ni". "ermm, tak rasa apa pun', "ermm saya jenis tak konsisten". Then kita kena faham sendiri lah. :)

Alhamdulillah, dengan izin Allah lepas 4 tahun menanti, akhirnya Allah datangkan juga rezeki yang kami tunggu-tunggu ni lepas maam-macam usaha dan macam-macam orang kata. huhu!


:: Anugerah Allah yang tak ternilai ::
:: Saya ketika Europe Trip. Masa ni dah 7 bulan. hihi ::

Yang penting kita kena Sabar dan teruskan usaha kita. :)

InshaAllah bulan depan baby akan keluar tengok dunia. Doakan kami semoga semuanya dipermudahkan hendakNya, ok! :)

Thank You for reading ye korang!

Love,
❤ Super Cheta
Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com
Instagram : ByItaAthirah






Terima kasih kerana membaca! :)

0 comments:

Post a Comment