Vita Viral byItaAthirah: November 2018

Saturday, 24 November 2018

Tips Mudah Melahirkan Anak

Alhamdulillah, dapat juga bersiaran di blog ni. After agak struggle dengan segala jadual lagi-lagi hujung-hujung nak dekat bersalin haritu. ehhe.

Few days sebelum beranak. haha.

Syukur Alhamdulillah saya dah selamat bersalin 20 November 2018 bersamaan 12 RabiulAwal Maulud Nabi.

Tak sangka betul. Sebab due 26 November. Memang ada orang cakap anak first selalu seminggu awal. Tapi tak sangka pula baby keluar masa maulud nabi. Cantik sangat harinya.

Dan kelahiran baby ni memang Allah mudahkan sangat.

1. Jatuh pada maulud nabi. Orang cuti. Jalan tak jem

2. Pecah air ketuban 630 pagi. Pukul 835 pagi dah siap semua

3. Contraction awal tak berapa sakit sampai betul-betul dalam 30 minit terakhir masa bukaan dah 8-9cm baru rasa macam Allahhhhhhh. dalam 3 ke 4x ntah teran, baby pun keluar and terus melalak. haha.

Alhamdulillah. ☺

Antara tips yang saya boleh kongsikan yang saya amalkan sepanjang dan di hujung-hujung kehamilan untuk mudah melahirkan adalah

1. Banyak bergerak.
Saya memang aktif sangat berjalan sana sini. Masa 28weeks saya pergi Europe trip 10 hari. memang non stop berjalan. Balik Europe sibuk berkemas nak pindah rumah. Sibuk shopping lagi buat preparation untuk baby. Then jalan sana sini nak settlekan semua hal yang perlu diselesaikan sebelum beranak. 

2. Jaga makan.
Saya takdela jaga makan gila-gila. Tapi saya memang ambik supplement yang sesuai dengan keadaan saya. Untuk bantu saya always energetic dan sihat. Saya amalkan supplement shaklee je, ESP, b complex, vitalea, Vitamin C, Omega, Ostematrix untuk makesure saya sendiri cukup semua bekalan nutrisi untuk supply pada baby, Baby pun membesar dalam perut ikut progress dengan baik and paling penting bila nak beranak tu saya cukup tenaga dan sihat untuk push dan all out. Alhamdulillah. 

3. Banyakkan bantu orang dan Sedekah
Yang ni penting. Sebab saya yakin mesti ada salah satu bantuan dan kebaikkan yang kita buat pada orang yang memerlukan akan mudahkan urusan kita balik. Percayalahm Tapi bantu orang yang sepatutnya lah ye. Yang perempuan bantulah yang perempuan-perempuan, ibu-ibu tunggal ke. Tak payah lah pulak kita nak bantu ex boifren ke rakan sekerja lelaki suami orang ke. lain pulak jadinya kang. hehe. Suami-suami pun harapnya mcm tu juga lah. 😊

4. Taat dan buat baik pada suami
Buat baik pada suami. Jangan bergaduh sokmo. Orang kata sebelum bersalin minta maaf dengan suami. mintak halal makan minum segala. Tapi saya memang tak sempat la. haha. Sebab dah masuk labour room tu mengantuk pulak dah rasa. Tak terpikir dah nak minta-minta maaf. Mujur la memang tak selalu buat suami marah or gaduh-gaduh. Takde la bersalah sangat rasa. haha. 🤣

5. Banyakkan doa, berzikir & Baca Quran
Ni tips ramai yang orang bagi. Tapi sejujurnya saya rasa saya tak sempat nak berzikir panjang-panjang, lama-lama, sempat masa dalam kereta je. Sampai je Hospital terus macam hilang ingatan. haha! Doa pun tak tau lah baca ke tidak haritu. Tapi setiap kali solat memang takputus mohon doa lah moga Allah mudahkan urusan melahirkan anak ni. 

Rasanya ini je kot yang saya amalkan. takde lah tips lain dari yang lain pun. haha. sama je macam orang lain jugak. Ada juga yang cakap banyakkan bersama dengan suami, Basuh bilik air sambil mencangkung. hehe. Saya taksempat lah nak ikut tips ni. tup tup beranak dah. haha.

Apa pun bab melahirkan anak ni mudah ke susah ke bahagian masing-masing. Jangan stress tau. Kalau bahagian kita mudah, Alhamdulillah. Kalau susah sikit, takpe asalkan kita dan baby selamat dah syukur sangat kan. 

Apa pun saya doakan moga sahabat-sahabat saya yang menunggu hari nak melahirkan anak ni dipermudahkan segala urusan dan selamat semuanya. Amin

For those yang nak order set mengandung dan set berpantang boleh terus hubungi saya ok. ❤

Welcome to the world baby girl! ❤

Suami semestinya insan yang paling happy. 😍

Lepas 4 tahun menanti. Alhamdulillah Allah datangkan anugerah tak ternilai ni. ❤


Till then, 

Thank You for reading ye korang!

Love,
❤ Super Cheta
Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com
Instagram : ByItaAthirah


Terima kasih kerana membaca! :)

Sunday, 11 November 2018

NASIHAT UNTUK ORANG MUDA

Assalamualaikum semua, Cewahhh title post tak beragak kann. haha. Saja la title propa membawang sikit. hehe

::Throwback Europe trip Shaklee 2018::

Harini nak share santai-santao je tentang pengalaman diri sendiri. hehe.
Masa saya muda-muda dulu kan, I mean masa 20an, selalu rasa nak buat benda atau kerja mudah saja.

Contohnya, taknak la beli kereta lagi, bazir duit. Sambung je la bayar kereta abang masa tu. Mujur memang kereta tu ok lagi.

Bab insurans pun sama. Taknak lah ambik insuirans, nanti bulan-bulan nak kena bayar. PAstu macam tak guna sebab macam sihat jeeeee.. 🙄

Investment pun sama, Buat apa nak invest-invest ni. Tak reti lah. malas pikir.

Duit yang ada semua saya simpan, bagi mak ayah. Sampai la satu masa rasa macam,

"Apa pencapaian yang aku ada? Apa harta aku dah ada untuk masa depa, untuk anak"

TAK DAK APA!!!!! 

Duit makin surut, sebab buat majlis kawin la apa la, Then baru terasa ruginya masa muda. Kerja teruk tapi takde harta apa. takde saving banyak mana. Cukup untuk hidup saja. Untuk mak ayah pun bukan nya bagi banyak mana. Sardisnya!

Dah kawin baru nak mula kumpul, itu pun diuji dengan kesusahan dulu. Time tu memang rasa rugi sangat. Bayangkan kalau time susah tu saya ada satu rumah kos rendah, mesti dah boleh jual balik dah mula hidup baru. Tapi ye lah, Allah lebih tahu apa yang terbaik. hehe.

Alhamdulillah dibukakan hati dan jalan buat saya untuk mula berbisnes. Saya dilorongkan ke bisnes shaklee. Saya takpernah terpikir atau mintak pun untuk buat bisnes ni. Saya pun antara anti supplement dan anti shaklee dulu. Sebab masa tu Seller Shaklee suka paksa-paksa suruh beli. So saya tak suka. haha!

Alhamdulillah juga dari bisnes Shaklee ni banyak yang berubah, walaupun ramai je kawan dan sedara yang tak suka. hehe.

Apa pun, Nasihat saya pada anak muda, Muda-muda ni kerja lah sekuatnya dan bijak lah merancang masa depan.

Gaji yang ada invest la ke ASB / Tabung haji atau ke unit trust.

Mula lah cari rumah-rumah yang mampu milik. Jangan tunggu sampai rasa kaya baru nak beli. Sebab harga rumah jarang nak turun banyakk dari 300k jadi 50k. Itu memang mustahil. Kalau pandai nak beli rumah lelong, beli rumah lelong yang elok-elok. Maybe lebih murah dan jimat.

Insurans tu penting, kita bukan selamanya sihat. Nanti kalau tiba-tiba perlukan, harga insurans yang patut kita bayar murah je jadi mahal pulak. Sebab dah ada sakit.

Saya doakan semoga perjalanan hidup kita dipermudahkan. Moga kita semua dapat jadi insan , isteri dan anak yang membahgian orang di sekeliling kita. Amin.

DUIT BUKAN SEGALANYA. TAPI MEMANG SEGALANYA MEMERLUKAN DUIT! 

If korang nak mula jana income dengan bisnes shaklee boleh terus hubungi saya ok. Fee / Modal cuma rm75 sahaja. Murah kan?? 

Korang Nak mula bisnes pun boleh, Nak order barang pun boleh. Just whatsapp ok! :)

Till then, 

Thank You for reading ye korang!

Love,
❤ Super Cheta
Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com
Instagram : ByItaAthirah




Terima kasih kerana membaca! :)

Saturday, 10 November 2018

Renovation & Decoration Bajet

Alhamdulillah, finally kami dah pindah ke rumah baru. Almost setahun tunggu nak masuk rumah ni dari urusan pembelian, urusan nak dapat kunci, sampai la ke urusan renovation bagai.

Harini just nak share dengan korang pasal renovation dan decoration since ramai sangat orang tanya dan ada yang salah faham. hehe.

Untuk Renovation Keseluruhan rumah kami guna khidmat RIN AV MARKETING. Saya memang recommend sangat kalau diorang ni kalau korang nak buat kerja-kerja renovation, Buat kitchen kabinet ke apa.

Harga berpatutan, servis cepat dan tip top. Senang sangat nak deal. Alhamdulillah. Tapi kalau korang rajin nak survey-survey merata-rata boleh je survey lagi. Sebab saya malas nak survey lama-lama dan tak berapa kisah beza harga sikit-sikit so kami agree terus dengan diorang ni.

Total cost Renovation untuk atas bawah rumah almost RM50k. Cost ni termasuk
Buat wainscoting seluruh ruangan bawah
Kitchen Kabinet
Semua barang elektrik - Lampu, kipas, Pasang Aircond, Autogate dan sebagainya
Plaster siling seluruh rumah termasuk pada setiap bilik
Build in wardrobe master bedroom. Besar gila wardrobe ni. Puas hati! hehe.
Kerja-kerja mengecat
Kerja-kerja pendawaian
Tinted seluruh rumah.

Dah settle kerja renovation, kami upah pulak team dekorasi dari A&R Creative Design untuk uruskan kerja-kerja mendekorasi rumah ni jadi home sweet home. Ini pun saya recommended. Servis tip top. Pantas, harga berpatutan.

Total cost untuk dekorasi ni RM40k. Cost ni termasuk
Semua perabot yang ada dalam rumah  ni dari bawah sampai ke atas termasuk custom made sofa dan kerusi di meja makan.
Barang-barang hiasan dari living area, kitchen, bilik master, bilik anak, dan 2 bilik tetamu
Sikit touch up di porch, yard, laundry area, stor
Dan macam-macam lagi lah.

Perabot yang kami beli baru dan bawa dari rumah lama cuma:
Tv 58" di living hall
Peti sejuk 2 pintu
Aircond 3 biji
Water heater
Katil, Almari, meja solek di bilik tetamu atas
Katil single di bilik anak

Lain-lain semua diorang yang sediakan.

Ramai yang cakap kalau beli sendiri dan hias sendiri lebih murah costnya. Tapi kami memang takde masa nak pergi survey dan beli barang-barang ni semua.

Since duit yang ada memang kami simpan dan allocate untuk buat rumah ni, ada semuanya within bajet, so kami proceed saja.

Kalau korang memang suka dan pandai deko rumah sendiri jadi home sweet home memang jimat kalau buat sendiri. Kami suami isteri memang surrender. hihi. Takut jadi caca merba, nak pulak saya pun dah sarat, takde kudrat la rasa nak uruskan semua sendiri.

Jom tengok SEBELUM & SELEPAS dari kerja renovasi dan dekorasi rumah ni,








Living Area. 








Dining Area



Wet Area


Dry area.
Kabinet untuk built ini Oven & microwave ni saya tutup dulu. Nanti rasa nak pasang baru bukak balik. hehe


Tangga ni nanti kena letak pagar bila anak dah mula boleh jalan. Bahaya pulak rasa sebab dia tinggi dan direct ke bawah macam tu. huhu.




In love sangat dengan environment bilik macam ni. Suami pun suka sangat dan rasa taknak ke mana dah. Alhamdulillah.





Guest Room . Tema hijau sikit. hehe.



Bilik anak. Tema pinkish purple sikit. :)





Bilik untuk parents / Untuk Guest. Tema biru-biru sikit. :)




Kami + Owner A&R Creative Design (Tukang Dekorasi)

All in all, kami puas hati sangat dengan kerja renovasi dan dekorasi ni. Biarlah orang kata simple sangat ka, bazir duit ka, asalkan kami suami isteri happy. :)

Dan paling bersyukur semua cost ni kami bayar tanpa loan / pinjaman bank atau dari mana-mana individu. 100% dari saving bisnes Shaklee yang kami bina 2 tahun ni. Alhamdulillah.

Terima KAsih Allah & Thank you shaklee.

If korang nak mula jana income dengan bisnes shaklee boleh terus hubungi saya ok. Fee / Modal cuma rm75 sahaja. Murah kan??

Korang Nak mula bisnes pun boleh, Nak order barang pun boleh. Just whatsapp ok! :)

Till then, 


Thank You for reading ye korang!

Love,
❤ Super Cheta
Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com
Instagram : ByItaAthirah

Terima kasih kerana membaca! :)