Vita Viral byItaAthirah: Tips Mudah Melahirkan Anak

Saturday, 24 November 2018

Tips Mudah Melahirkan Anak

Alhamdulillah, dapat juga bersiaran di blog ni. After agak struggle dengan segala jadual lagi-lagi hujung-hujung nak dekat bersalin haritu. ehhe.

Few days sebelum beranak. haha.

Syukur Alhamdulillah saya dah selamat bersalin 20 November 2018 bersamaan 12 RabiulAwal Maulud Nabi.

Tak sangka betul. Sebab due 26 November. Memang ada orang cakap anak first selalu seminggu awal. Tapi tak sangka pula baby keluar masa maulud nabi. Cantik sangat harinya.

Dan kelahiran baby ni memang Allah mudahkan sangat.

1. Jatuh pada maulud nabi. Orang cuti. Jalan tak jem

2. Pecah air ketuban 630 pagi. Pukul 835 pagi dah siap semua

3. Contraction awal tak berapa sakit sampai betul-betul dalam 30 minit terakhir masa bukaan dah 8-9cm baru rasa macam Allahhhhhhh. dalam 3 ke 4x ntah teran, baby pun keluar and terus melalak. haha.

Alhamdulillah. ☺

Antara tips yang saya boleh kongsikan yang saya amalkan sepanjang dan di hujung-hujung kehamilan untuk mudah melahirkan adalah

1. Banyak bergerak.
Saya memang aktif sangat berjalan sana sini. Masa 28weeks saya pergi Europe trip 10 hari. memang non stop berjalan. Balik Europe sibuk berkemas nak pindah rumah. Sibuk shopping lagi buat preparation untuk baby. Then jalan sana sini nak settlekan semua hal yang perlu diselesaikan sebelum beranak. 

2. Jaga makan.
Saya takdela jaga makan gila-gila. Tapi saya memang ambik supplement yang sesuai dengan keadaan saya. Untuk bantu saya always energetic dan sihat. Saya amalkan supplement shaklee je, ESP, b complex, vitalea, Vitamin C, Omega, Ostematrix untuk makesure saya sendiri cukup semua bekalan nutrisi untuk supply pada baby, Baby pun membesar dalam perut ikut progress dengan baik and paling penting bila nak beranak tu saya cukup tenaga dan sihat untuk push dan all out. Alhamdulillah. 

3. Banyakkan bantu orang dan Sedekah
Yang ni penting. Sebab saya yakin mesti ada salah satu bantuan dan kebaikkan yang kita buat pada orang yang memerlukan akan mudahkan urusan kita balik. Percayalahm Tapi bantu orang yang sepatutnya lah ye. Yang perempuan bantulah yang perempuan-perempuan, ibu-ibu tunggal ke. Tak payah lah pulak kita nak bantu ex boifren ke rakan sekerja lelaki suami orang ke. lain pulak jadinya kang. hehe. Suami-suami pun harapnya mcm tu juga lah. 😊

4. Taat dan buat baik pada suami
Buat baik pada suami. Jangan bergaduh sokmo. Orang kata sebelum bersalin minta maaf dengan suami. mintak halal makan minum segala. Tapi saya memang tak sempat la. haha. Sebab dah masuk labour room tu mengantuk pulak dah rasa. Tak terpikir dah nak minta-minta maaf. Mujur la memang tak selalu buat suami marah or gaduh-gaduh. Takde la bersalah sangat rasa. haha. 🤣

5. Banyakkan doa, berzikir & Baca Quran
Ni tips ramai yang orang bagi. Tapi sejujurnya saya rasa saya tak sempat nak berzikir panjang-panjang, lama-lama, sempat masa dalam kereta je. Sampai je Hospital terus macam hilang ingatan. haha! Doa pun tak tau lah baca ke tidak haritu. Tapi setiap kali solat memang takputus mohon doa lah moga Allah mudahkan urusan melahirkan anak ni. 

Rasanya ini je kot yang saya amalkan. takde lah tips lain dari yang lain pun. haha. sama je macam orang lain jugak. Ada juga yang cakap banyakkan bersama dengan suami, Basuh bilik air sambil mencangkung. hehe. Saya taksempat lah nak ikut tips ni. tup tup beranak dah. haha.

Apa pun bab melahirkan anak ni mudah ke susah ke bahagian masing-masing. Jangan stress tau. Kalau bahagian kita mudah, Alhamdulillah. Kalau susah sikit, takpe asalkan kita dan baby selamat dah syukur sangat kan. 

Apa pun saya doakan moga sahabat-sahabat saya yang menunggu hari nak melahirkan anak ni dipermudahkan segala urusan dan selamat semuanya. Amin

For those yang nak order set mengandung dan set berpantang boleh terus hubungi saya ok. ❤

Welcome to the world baby girl! ❤

Suami semestinya insan yang paling happy. 😍

Lepas 4 tahun menanti. Alhamdulillah Allah datangkan anugerah tak ternilai ni. ❤


Till then, 

Thank You for reading ye korang!

Love,
❤ Super Cheta
Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com
Instagram : ByItaAthirah


Terima kasih kerana membaca! :)

0 comments:

Post a Comment