Vita Viral byItaAthirah: Renovation & Decoration Bajet

Saturday, 10 November 2018

Renovation & Decoration Bajet

Alhamdulillah, finally kami dah pindah ke rumah baru. Almost setahun tunggu nak masuk rumah ni dari urusan pembelian, urusan nak dapat kunci, sampai la ke urusan renovation bagai.

Harini just nak share dengan korang pasal renovation dan decoration since ramai sangat orang tanya dan ada yang salah faham. hehe.

Untuk Renovation Keseluruhan rumah kami guna khidmat RIN AV MARKETING. Saya memang recommend sangat kalau diorang ni kalau korang nak buat kerja-kerja renovation, Buat kitchen kabinet ke apa.

Harga berpatutan, servis cepat dan tip top. Senang sangat nak deal. Alhamdulillah. Tapi kalau korang rajin nak survey-survey merata-rata boleh je survey lagi. Sebab saya malas nak survey lama-lama dan tak berapa kisah beza harga sikit-sikit so kami agree terus dengan diorang ni.

Total cost Renovation untuk atas bawah rumah almost RM50k. Cost ni termasuk
Buat wainscoting seluruh ruangan bawah
Kitchen Kabinet
Semua barang elektrik - Lampu, kipas, Pasang Aircond, Autogate dan sebagainya
Plaster siling seluruh rumah termasuk pada setiap bilik
Build in wardrobe master bedroom. Besar gila wardrobe ni. Puas hati! hehe.
Kerja-kerja mengecat
Kerja-kerja pendawaian
Tinted seluruh rumah.

Dah settle kerja renovation, kami upah pulak team dekorasi dari A&R Creative Design untuk uruskan kerja-kerja mendekorasi rumah ni jadi home sweet home. Ini pun saya recommended. Servis tip top. Pantas, harga berpatutan.

Total cost untuk dekorasi ni RM40k. Cost ni termasuk
Semua perabot yang ada dalam rumah  ni dari bawah sampai ke atas termasuk custom made sofa dan kerusi di meja makan.
Barang-barang hiasan dari living area, kitchen, bilik master, bilik anak, dan 2 bilik tetamu
Sikit touch up di porch, yard, laundry area, stor
Dan macam-macam lagi lah.

Perabot yang kami beli baru dan bawa dari rumah lama cuma:
Tv 58" di living hall
Peti sejuk 2 pintu
Aircond 3 biji
Water heater
Katil, Almari, meja solek di bilik tetamu atas
Katil single di bilik anak

Lain-lain semua diorang yang sediakan.

Ramai yang cakap kalau beli sendiri dan hias sendiri lebih murah costnya. Tapi kami memang takde masa nak pergi survey dan beli barang-barang ni semua.

Since duit yang ada memang kami simpan dan allocate untuk buat rumah ni, ada semuanya within bajet, so kami proceed saja.

Kalau korang memang suka dan pandai deko rumah sendiri jadi home sweet home memang jimat kalau buat sendiri. Kami suami isteri memang surrender. hihi. Takut jadi caca merba, nak pulak saya pun dah sarat, takde kudrat la rasa nak uruskan semua sendiri.

Jom tengok SEBELUM & SELEPAS dari kerja renovasi dan dekorasi rumah ni,








Living Area. 








Dining Area



Wet Area


Dry area.
Kabinet untuk built ini Oven & microwave ni saya tutup dulu. Nanti rasa nak pasang baru bukak balik. hehe


Tangga ni nanti kena letak pagar bila anak dah mula boleh jalan. Bahaya pulak rasa sebab dia tinggi dan direct ke bawah macam tu. huhu.




In love sangat dengan environment bilik macam ni. Suami pun suka sangat dan rasa taknak ke mana dah. Alhamdulillah.





Guest Room . Tema hijau sikit. hehe.



Bilik anak. Tema pinkish purple sikit. :)





Bilik untuk parents / Untuk Guest. Tema biru-biru sikit. :)




Kami + Owner A&R Creative Design (Tukang Dekorasi)

All in all, kami puas hati sangat dengan kerja renovasi dan dekorasi ni. Biarlah orang kata simple sangat ka, bazir duit ka, asalkan kami suami isteri happy. :)

Dan paling bersyukur semua cost ni kami bayar tanpa loan / pinjaman bank atau dari mana-mana individu. 100% dari saving bisnes Shaklee yang kami bina 2 tahun ni. Alhamdulillah.

Terima KAsih Allah & Thank you shaklee.

If korang nak mula jana income dengan bisnes shaklee boleh terus hubungi saya ok. Fee / Modal cuma rm75 sahaja. Murah kan??

Korang Nak mula bisnes pun boleh, Nak order barang pun boleh. Just whatsapp ok! :)

Till then, 


Thank You for reading ye korang!

Love,
❤ Super Cheta
Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com
Instagram : ByItaAthirah

Terima kasih kerana membaca! :)

1 comments:

  1. Berapa lama ya tempoh interior design siapkan rumah? Terima kasih atas jawapan

    ReplyDelete