Vita Viral byItaAthirah: December 2018

Thursday, 13 December 2018

PENGALAMAN MELAHIRKAN ANAK PERTAMA

Fuh, haritu share pasal pengalaman bersalin di UKMSC. Boleh baca dekat sini kalau korang belum baca ➡️ Pengalaman bersalin di UKMSC.
Harini nak share pengalaman dan kejadian sebenar hari nak beranam tu. haha!

Belum mula share pun dah rasa nak tergelak. Sebab bila ingat balik memang rasa nak tergelak. 🤣

Nak dijadikan cerita malam sebelum nak beranak ni tak tahu lah kenapa saya masakkan sambal tumis udang petai untuk suami. Padahal hari tu memang suami cakap dia nak masak. Tapi tak tahu kenapa saya insist jugak nak masak sambal tumis udang petai tu. Sebab suami memang suka. Bila dah siap masak, tetiba baru teringat, "Alamak aku nak beranak ni, kalau bau petai ni tak hilang mati laa". haha. Ada saya sharekan post tentang petai ni di sini Kisah sambal tumis udang petai

Esok pagi tu masa nak subuh dah dalam pukul 5 pagi lebih, tiba-tiba saya terjaga dari tidur sebab rasa mcm something pop dekat bawah. terus saya bangun and pergi toilet. Then baru notice air ketuban dah pecah. Terus saya kejutkan husband saya, "Yangg, Yangg bangun Air ketuban pecah dah ni".

Terus suami bangun terjun katil dan menggelabah. "Hah? air dah pecah? apa abg nak kena buat ni? ok2 abg mandi dulu". 🤣
Pening juga tengok suami kalut masa tu.

Then kitorg siap-siap semua, dah nak kereta tiba-tiba suami cakap, "Abg rasa abg kena berak dulu la. bileh tunggu jap tak?". haha! Pulak dak. kebetulan dah masuk waktu subuh, so kami solat la dulu siap-siap. 

Dah settle semua kami pun gerak ke hospital. Tetiba rasa macam perlahannya suami bawak kereta. haha! Saya pun cakap ke suami, "Boleh bawak laju sikit tak?".  🤣

Bukan apa, takut tetiba terberanak dalam kereta pulak. jenuh kang.

Dah sampai hospital dah settle registration bagai dah tukar baju semua, Saya rasa nak terberak. so pergi la toilet. 2x pergi toilet tapi tak berak pun. Then saya baru notice, "mungkin ini la yg orang kata contraction. Rasa nk terberak". 🤣

Bila bukaan dah banyak, then saya ditolak ke labour room. Sampai di labour room, contraction mula kuat. Saya rasa macam senggugut terukk. Dulu-dulu kalau senggugut memang saya tidur je. So kalini saya pun still rasa nak tidur je. haha!

Bayangkan anak dah nak keluar saya boleh tidur. Adoi. Suami dekat sebelah membebel teruk, "Ummii jangan tidurr!!".. "Hey ummi anak nak keluar dah tuu, jangan tidurr".. haha! Saya pulak selamba je balas, "mengantuk laa".

Sampai la saya dengar macam dah kecoh kecoh, baru saya sedar dah nak sampai masa nak beranak tapi tak tau pulak bila nak kena mula teran ni. 🤣

Tetiba rasa macam nak terberak lagi. yang sungguh-sungguh nak terberak, saya pun cakal dengan kuatnya, "Saya nak terberakkkkkk!!, saya nak terberakkkk!!". Adoii. kalau teringat rasa malu gilaa pulak. lawak pun ye. haha! Nurse pun cakap, "Berak je kalau nak berak". 🤣
Rupanya itu la tanda anak nak keluar dah, and automatik kita pun akan mula meneran.

Bila kita teran betul-betul, nurse akan cheer, "Haa teran macam tu", "Pandainya dia teran, sekali lagi sekali lagi". Bila kita teran salah, nurse akan betulkan, "Eh salah tu salah. Teran jangan keluar suara, teran di perut. lagi sekali lagi sekali". haha! 🤣

Bila anak dah keluar satu bilik pun dah macam bersorak, "Alhamdulillahhhh anak dan selamat keluar. Tahniah puan". ❤

Inilah rupa Fatihah Humaira masa baru keluar oven ummi. Putih melepak merah-merah. Sekarang dah jadi koko cerah pulak dia. haha! 🤣

Ya Ampun, sebenarnya kalau ingat moment hari bersalin tu rasa kelakar sangat. macam tu rupanya situasi bila bersalin. And sebabkan rasa sakit tu Alhamdulillah tak lama dan Allah mudahkan, memang rindu rasa nak mengandung dan bersalin lagi. hihi.

Tapi biar Fatihah humaira ni besar sikit dulu la. Kesian dia kang tak sempat nak manja teruk dapat adik pulak. huhu.

Apa pun thank you set ibu mengandung Shaklee, mungkin asbab saya amalkan set ni dari awal kehamilan sikit sebanyak memang bantu sangat saya through out pregnancy journey ni sampai la ke hari bersalin.

Korang kalau tengah or bercadang nak mengandung tu boleh je mula amalkan set ibu mengandung Shaklee ni. Best! InshaAllah korang mesti rasa good effect dari set ni. 😁

Last but not least, Apa pengalaman bersalin korang? Best tak? Horror tak? kelakar ke? hehehe. Mine is kelakar, i think. 🤣

Ok korang, Till then, 
Thank You for reading!

Love,
❤ Super Cheta
Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com
Instagram : ByItaAthirah


Terima kasih kerana membaca! :)

Wednesday, 5 December 2018

HAPPY 32nd BIRTHDAY

3 Disember lepas, genaplah usia saya 32 tahun. Alhamdulillah.

Setiap tahun saya akan hint-hint dekat husband nak hadiah la, nak bercuti la, nak pergi makan-makan la. Ada yang husband saya layan, ada yang krik krik je. haha!

Tapi seriously tahun ni memang saya tak sempat la nak mintak pape. haha. no more birthday drama tahun ni. Sebab tengah berpantang dan memang tak sempat nak memikir.

And suprisingly my husband end up buat surprise delivery terus ke rumah. Memang sangat tak sangka sebab yang saya tahu husband saya memang tak suka beli-beli bunga ke apa ni. huhu. 

Jadi hiasan dulu sebab tengah pantang tak boleh nak makan. huhu.

Apa pun, syukur Alhamdulillah saya masih diberi peluang untuk terus hidup, bernafas dan berbakti pada usia 32 ni.

Dan paling saya syukur adalah dengan kelahiran putri sulung kami. Tak sangka tahun ni saya sambut birthday dengan kelahiran anak sulung ni. Dan tak sangka juga tahun ni hadiah birthday saya adalah seketul Fatihah Humaira yang tak ternilai harganya. 

Mungkin sebab ni saya pun dah tak terpikir hadiah lain dah untuk birthday tahun ni. hehe. 😍

Saya cuma harap family kecik kami ni akan terus gembira dan bahagia.  Dipermudahkan segala urusan dan diMurahkan rezeki dari pelbagai arah. 


Dan semoga bisnes shaklee yang kami bina ni akan terus maju dan dapat bantu ramai lagi orang untuk sihat dan jana income. Amin. ❤

Best Gift ever! My one and only Fatihah Humaira. ❤

Anyone yang nak jana income dengan shaklee or nak cari supplement shaklee untuk kesihatan boleh je terus hubungi saya ok. 


Till then, 

Thank You for reading ye korang!

Love,
❤ Super Cheta
Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com
Instagram : ByItaAthirah


Terima kasih kerana membaca! :)

PENGALAMAN BERSALIN DI UKMSC


Assalamualaikum, Alhamdulillah harini dah hari ke 16 berpantang. Hari ke 16 lepas bersalin lah kiranya. hehe. Anak pun dah 16 hari dah. Alhamdulillah.

Harini just nak share santai-santai pengalaman bersalin du UKMSC , atau nama penuhnya Universiti Kebangsaan Malaysia Specialist Centre.

UKMSC ni dekat HUKM jugak, tapi dia dekat level 7. Dia ala-ala macam private wing sikit lah. hehe.

Asalnya kami tak decide pun nak bersalin dekat sini.  Kami nak ke FPP putrajaya, Tapi penuh pulak dahh. Then Ye ye je survey Andorra lah, KPJ la, An-nur lah. Then tetiba doktor dekat KK cakap suruh prepare mentally mybe saya akan di-plan-kan untuk czer.

Sebab baby ni kami tunggu 4 tahun. Kira precious pregnancy lah ni. So ada doktor yang akan czer sebab taknak mak dan baby terdedah pada risiko masa proses bersalin. And since saya ada masalah prolaktinoma ni doktor tu kata chances nak kena czer tu memang ada. haha!
Tak tahu nak rasa apa masa ni tapi saya macam ok je la, asal selamat semua.

Bila tahu situasi gini, terusss kami tak jadi nak ke anddora bagai tu, itu yang boleh terjadinya keputusan nak ke UKMSC tu. sebab if nak kena czer ke nak kena tolak pegi Gomen ke fasiliti sebelah-sebelah je. Senang. Lagipun dekat sini pun hasben boleh masuk if kena czer. hihi.

First Step

Nak bersalin di UKMSC ni first sekali kena call dan buat appoinment. Kita kena ada atleast 3x appoinment dengan Doktor yang kita pilih tu supaya doktor pun faham condition kita.

Kalau nak Doktor perempuan, kena book awal gila. Haritu saya book masa kandungan 6 bulan. Doktor perempuan memang dah full, So sy pilih Prof Nasir je.

Bagus prof Nasir ni. Lembut. Baik. hehe. Sempat lah 3x jumpa dia sebelum bersalin.

Nak buat appointment terus je call nombor di kad ni. 

Pengalaman Hari Nak Bersalin

Masa hari nak bersalin 20hb November haritu, pagi-pagi buta 630pagi kamj dah rushing ke hospital. Sampai hospital dalam pukul 7.

Bila dah sampai buat urusan registration bagai then terus tukar baju. Sempat la pergi toilet sebab rasa nak berak. Tapi nurse pesan jangan teran tau takot terberanak. terus tak jadi nak berak. 🤣

Dah setel semua terus naik katil nurse pasang segala mesin masa ni tak tau pun tengah contraction. Sebab rasa macam senggugut. Sampai nurse cakap, "Contraction dia dah kuat!!". Jam jam tu terus rasa nak termuntah. And yes. saya muntah 4x. haha! Dah la tak makan apa. Harap makan kurma je 3 4 bijik. Pastu muntah pulak. Memang risau la kang cemana nak meneran. huhu.

Pastu tetiba sorang Doktor perempuan datang cek bukaan. Orang kata masa Doktor seluk tu sakit. Tapi saya tak rasa apa pun. Tetiba dengar Doktor cakap "Ok dah 4 cm"

Kejap lepas tu terus diorang sorongkan saya ke labour room. Masa ni Nurse baik sangat. Lembut. Then ada Doktor perempuan yang lain datang perkenalkan diri, "Assalamualaikum saya Dr. sekian sekian akan standby dekat sini. Kita tengah tunggu Prof Kadir sampai, kalau dia tak sempat sampai saya yang akan sambut baby puan ye". Saya angguk-angguk je.

Ada dengar nurse sembang-sembang, Prof Kadir tu baru je balik rumah pukul 4 pagi. Pukul 7 lebih tu dah nak kena datang semula sebab nak gantikan Prof Nasir yang sepatutnya attend saya tapi dia takde sebab pergi conference.

Alhamdulillah dalam pukul 8 Prof Kadir sampai. Prof kadir pun baik sangat. Lembut. Instruction yang dia bagi jelas. Pukul 8 tu memang dah mula rasa nak terberanak dah. Nurse ada 2 ke 3 orang tah dekat situ. semua sangat membantu. "Tarikk nafas dalam-dalam. ok. Push!". haha! Kelakar pulak kalau ingat. Tapi Alhamdulillah 3 ke 4 kali push Baby pun keluar. Nurse punya instruction pun jelas dan sangat baik. 😍

Masa jahit dkt bawah pun tak sakit. Siap boleh nyembang-nyembang dengan Doktor. Saya tanya, "Banyak ke kena jahit tu Doktor?". haha! Doktor jawab, "Tak, tear awak sikit je". 🤣

Syukur Alhamdulillah, Setel dah bab beranak.

Kos, Pakej & Payment


First time datang appoinment jumpa doktor kita akan di charge rm300++, kali kedua dan seterusnya rm150++. Taktahu lah mahal je tak. Tapi dah nak beranak dekat situ hadap je la. 🤣

Then pakej nak bersalin pulak depends pada bilik je. Kalau bilik vip 1 night rm600. kami just ambik bilik standard yang tak sharing Rm250 for 1 night.

Bilik saya haritu macam ni. Ward Baldu 11

kos bersalin Normal dalam Rm2000
kos bersalin Czer dalam rm4000

Ini roughly kos bersalin di UKMSC. Campur ward la ubat la apa la jadi lebih la dari kos Rm2000 & RM4000 tu. 

Haritu saya punya bil total dalam Rm2800. Termasuk lah kos untuk doktor, dan segala kos yang ada. 😁

Total kos saya bersalin di UKMSC haritu

Kesimpulan


Ok sangat bersalin di UKMSC tu. Bilik tu selesa la. Tak la besar sangat tak la kecil sangat. Makanan pun ok. Tapi suami je la makan. Saya makan apa yang boleh makan je. hehe. Tivi pun ada channel best. So tak la bosan sangat.

Kad ucapan dari UKMSC

All in all saya recommended sangat lah sape yang nak bersalin di UKMSC ni.

Apa pun bab bersalin ni bahagian masing-masing. Ada yang sakit gila, ada yang susah gila, ada yang dapat Doktor tak best, ada yang dapat nurse tak best. Apa pun doa banyak-banyak moga segala urusan kita dipermudahkan ye. ❤

Good Luck pada anda yang tengah survey tempat nak bersalin dan yang tengah tunggu hari tu. hehe.

Baby with Tokwan ❤

Moga sharing ni dapat bantu sikit sebanyak bagi info dengan korang yang nak survey-survey tempat bersalin tu. hehe.

If ada nak tanya pape boleh terus komen or pm saya ok. Yang nak order Set mengandung dan Set berpantang Shaklee pun boleh terus hubungi saya.

Till then, 

Thank You for reading ye korang!

Love,
❤ Super Cheta
Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com

Terima kasih kerana membaca! :)