Vita Viral byItaAthirah: PENGALAMAN MELAHIRKAN ANAK PERTAMA

Thursday, 13 December 2018

PENGALAMAN MELAHIRKAN ANAK PERTAMA

Fuh, haritu share pasal pengalaman bersalin di UKMSC. Boleh baca dekat sini kalau korang belum baca ➡️ Pengalaman bersalin di UKMSC.
Harini nak share pengalaman dan kejadian sebenar hari nak beranam tu. haha!

Belum mula share pun dah rasa nak tergelak. Sebab bila ingat balik memang rasa nak tergelak. 🤣

Nak dijadikan cerita malam sebelum nak beranak ni tak tahu lah kenapa saya masakkan sambal tumis udang petai untuk suami. Padahal hari tu memang suami cakap dia nak masak. Tapi tak tahu kenapa saya insist jugak nak masak sambal tumis udang petai tu. Sebab suami memang suka. Bila dah siap masak, tetiba baru teringat, "Alamak aku nak beranak ni, kalau bau petai ni tak hilang mati laa". haha. Ada saya sharekan post tentang petai ni di sini Kisah sambal tumis udang petai

Esok pagi tu masa nak subuh dah dalam pukul 5 pagi lebih, tiba-tiba saya terjaga dari tidur sebab rasa mcm something pop dekat bawah. terus saya bangun and pergi toilet. Then baru notice air ketuban dah pecah. Terus saya kejutkan husband saya, "Yangg, Yangg bangun Air ketuban pecah dah ni".

Terus suami bangun terjun katil dan menggelabah. "Hah? air dah pecah? apa abg nak kena buat ni? ok2 abg mandi dulu". 🤣
Pening juga tengok suami kalut masa tu.

Then kitorg siap-siap semua, dah nak kereta tiba-tiba suami cakap, "Abg rasa abg kena berak dulu la. bileh tunggu jap tak?". haha! Pulak dak. kebetulan dah masuk waktu subuh, so kami solat la dulu siap-siap. 

Dah settle semua kami pun gerak ke hospital. Tetiba rasa macam perlahannya suami bawak kereta. haha! Saya pun cakap ke suami, "Boleh bawak laju sikit tak?".  🤣

Bukan apa, takut tetiba terberanak dalam kereta pulak. jenuh kang.

Dah sampai hospital dah settle registration bagai dah tukar baju semua, Saya rasa nak terberak. so pergi la toilet. 2x pergi toilet tapi tak berak pun. Then saya baru notice, "mungkin ini la yg orang kata contraction. Rasa nk terberak". 🤣

Bila bukaan dah banyak, then saya ditolak ke labour room. Sampai di labour room, contraction mula kuat. Saya rasa macam senggugut terukk. Dulu-dulu kalau senggugut memang saya tidur je. So kalini saya pun still rasa nak tidur je. haha!

Bayangkan anak dah nak keluar saya boleh tidur. Adoi. Suami dekat sebelah membebel teruk, "Ummii jangan tidurr!!".. "Hey ummi anak nak keluar dah tuu, jangan tidurr".. haha! Saya pulak selamba je balas, "mengantuk laa".

Sampai la saya dengar macam dah kecoh kecoh, baru saya sedar dah nak sampai masa nak beranak tapi tak tau pulak bila nak kena mula teran ni. 🤣

Tetiba rasa macam nak terberak lagi. yang sungguh-sungguh nak terberak, saya pun cakal dengan kuatnya, "Saya nak terberakkkkkk!!, saya nak terberakkkk!!". Adoii. kalau teringat rasa malu gilaa pulak. lawak pun ye. haha! Nurse pun cakap, "Berak je kalau nak berak". 🤣
Rupanya itu la tanda anak nak keluar dah, and automatik kita pun akan mula meneran.

Bila kita teran betul-betul, nurse akan cheer, "Haa teran macam tu", "Pandainya dia teran, sekali lagi sekali lagi". Bila kita teran salah, nurse akan betulkan, "Eh salah tu salah. Teran jangan keluar suara, teran di perut. lagi sekali lagi sekali". haha! 🤣

Bila anak dah keluar satu bilik pun dah macam bersorak, "Alhamdulillahhhh anak dan selamat keluar. Tahniah puan". ❤

Inilah rupa Fatihah Humaira masa baru keluar oven ummi. Putih melepak merah-merah. Sekarang dah jadi koko cerah pulak dia. haha! 🤣

Ya Ampun, sebenarnya kalau ingat moment hari bersalin tu rasa kelakar sangat. macam tu rupanya situasi bila bersalin. And sebabkan rasa sakit tu Alhamdulillah tak lama dan Allah mudahkan, memang rindu rasa nak mengandung dan bersalin lagi. hihi.

Tapi biar Fatihah humaira ni besar sikit dulu la. Kesian dia kang tak sempat nak manja teruk dapat adik pulak. huhu.

Apa pun thank you set ibu mengandung Shaklee, mungkin asbab saya amalkan set ni dari awal kehamilan sikit sebanyak memang bantu sangat saya through out pregnancy journey ni sampai la ke hari bersalin.

Korang kalau tengah or bercadang nak mengandung tu boleh je mula amalkan set ibu mengandung Shaklee ni. Best! InshaAllah korang mesti rasa good effect dari set ni. 😁

Last but not least, Apa pengalaman bersalin korang? Best tak? Horror tak? kelakar ke? hehehe. Mine is kelakar, i think. 🤣

Ok korang, Till then, 
Thank You for reading!

Love,
❤ Super Cheta
Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com
Instagram : ByItaAthirah


Terima kasih kerana membaca! :)

0 comments:

Post a Comment