Vita Viral byItaAthirah: PENGALAMAN BERSALIN DI UKMSC

Wednesday 5 December 2018

PENGALAMAN BERSALIN DI UKMSC


Assalamualaikum, Alhamdulillah harini dah hari ke 16 berpantang. Hari ke 16 lepas bersalin lah kiranya. hehe. Anak pun dah 16 hari dah. Alhamdulillah.

Harini just nak share santai-santai pengalaman bersalin du UKMSC , atau nama penuhnya Universiti Kebangsaan Malaysia Specialist Centre.

UKMSC ni dekat HUKM jugak, tapi dia dekat level 7. Dia ala-ala macam private wing sikit lah. hehe.

Asalnya kami tak decide pun nak bersalin dekat sini.  Kami nak ke FPP putrajaya, Tapi penuh pulak dahh. Then Ye ye je survey Andorra lah, KPJ la, An-nur lah. Then tetiba doktor dekat KK cakap suruh prepare mentally mybe saya akan di-plan-kan untuk czer.

Sebab baby ni kami tunggu 4 tahun. Kira precious pregnancy lah ni. So ada doktor yang akan czer sebab taknak mak dan baby terdedah pada risiko masa proses bersalin. And since saya ada masalah prolaktinoma ni doktor tu kata chances nak kena czer tu memang ada. haha!
Tak tahu nak rasa apa masa ni tapi saya macam ok je la, asal selamat semua.

Bila tahu situasi gini, terusss kami tak jadi nak ke anddora bagai tu, itu yang boleh terjadinya keputusan nak ke UKMSC tu. sebab if nak kena czer ke nak kena tolak pegi Gomen ke fasiliti sebelah-sebelah je. Senang. Lagipun dekat sini pun hasben boleh masuk if kena czer. hihi.

First Step

Nak bersalin di UKMSC ni first sekali kena call dan buat appoinment. Kita kena ada atleast 3x appoinment dengan Doktor yang kita pilih tu supaya doktor pun faham condition kita.

Kalau nak Doktor perempuan, kena book awal gila. Haritu saya book masa kandungan 6 bulan. Doktor perempuan memang dah full, So sy pilih Prof Nasir je.

Bagus prof Nasir ni. Lembut. Baik. hehe. Sempat lah 3x jumpa dia sebelum bersalin.

Nak buat appointment terus je call nombor di kad ni. 

Pengalaman Hari Nak Bersalin

Masa hari nak bersalin 20hb November haritu, pagi-pagi buta 630pagi kamj dah rushing ke hospital. Sampai hospital dalam pukul 7.

Bila dah sampai buat urusan registration bagai then terus tukar baju. Sempat la pergi toilet sebab rasa nak berak. Tapi nurse pesan jangan teran tau takot terberanak. terus tak jadi nak berak. 🤣

Dah setel semua terus naik katil nurse pasang segala mesin masa ni tak tau pun tengah contraction. Sebab rasa macam senggugut. Sampai nurse cakap, "Contraction dia dah kuat!!". Jam jam tu terus rasa nak termuntah. And yes. saya muntah 4x. haha! Dah la tak makan apa. Harap makan kurma je 3 4 bijik. Pastu muntah pulak. Memang risau la kang cemana nak meneran. huhu.

Pastu tetiba sorang Doktor perempuan datang cek bukaan. Orang kata masa Doktor seluk tu sakit. Tapi saya tak rasa apa pun. Tetiba dengar Doktor cakap "Ok dah 4 cm"

Kejap lepas tu terus diorang sorongkan saya ke labour room. Masa ni Nurse baik sangat. Lembut. Then ada Doktor perempuan yang lain datang perkenalkan diri, "Assalamualaikum saya Dr. sekian sekian akan standby dekat sini. Kita tengah tunggu Prof Kadir sampai, kalau dia tak sempat sampai saya yang akan sambut baby puan ye". Saya angguk-angguk je.

Ada dengar nurse sembang-sembang, Prof Kadir tu baru je balik rumah pukul 4 pagi. Pukul 7 lebih tu dah nak kena datang semula sebab nak gantikan Prof Nasir yang sepatutnya attend saya tapi dia takde sebab pergi conference.

Alhamdulillah dalam pukul 8 Prof Kadir sampai. Prof kadir pun baik sangat. Lembut. Instruction yang dia bagi jelas. Pukul 8 tu memang dah mula rasa nak terberanak dah. Nurse ada 2 ke 3 orang tah dekat situ. semua sangat membantu. "Tarikk nafas dalam-dalam. ok. Push!". haha! Kelakar pulak kalau ingat. Tapi Alhamdulillah 3 ke 4 kali push Baby pun keluar. Nurse punya instruction pun jelas dan sangat baik. 😍

Masa jahit dkt bawah pun tak sakit. Siap boleh nyembang-nyembang dengan Doktor. Saya tanya, "Banyak ke kena jahit tu Doktor?". haha! Doktor jawab, "Tak, tear awak sikit je". 🤣

Syukur Alhamdulillah, Setel dah bab beranak.

Kos, Pakej & Payment


First time datang appoinment jumpa doktor kita akan di charge rm300++, kali kedua dan seterusnya rm150++. Taktahu lah mahal je tak. Tapi dah nak beranak dekat situ hadap je la. 🤣

Then pakej nak bersalin pulak depends pada bilik je. Kalau bilik vip 1 night rm600. kami just ambik bilik standard yang tak sharing Rm250 for 1 night.

Bilik saya haritu macam ni. Ward Baldu 11

kos bersalin Normal dalam Rm2000
kos bersalin Czer dalam rm4000

Ini roughly kos bersalin di UKMSC. Campur ward la ubat la apa la jadi lebih la dari kos Rm2000 & RM4000 tu. 

Haritu saya punya bil total dalam Rm2800. Termasuk lah kos untuk doktor, dan segala kos yang ada. 😁

Total kos saya bersalin di UKMSC haritu

Kesimpulan


Ok sangat bersalin di UKMSC tu. Bilik tu selesa la. Tak la besar sangat tak la kecil sangat. Makanan pun ok. Tapi suami je la makan. Saya makan apa yang boleh makan je. hehe. Tivi pun ada channel best. So tak la bosan sangat.

Kad ucapan dari UKMSC

All in all saya recommended sangat lah sape yang nak bersalin di UKMSC ni.

Apa pun bab bersalin ni bahagian masing-masing. Ada yang sakit gila, ada yang susah gila, ada yang dapat Doktor tak best, ada yang dapat nurse tak best. Apa pun doa banyak-banyak moga segala urusan kita dipermudahkan ye. ❤

Good Luck pada anda yang tengah survey tempat nak bersalin dan yang tengah tunggu hari tu. hehe.

Baby with Tokwan ❤

Moga sharing ni dapat bantu sikit sebanyak bagi info dengan korang yang nak survey-survey tempat bersalin tu. hehe.

If ada nak tanya pape boleh terus komen or pm saya ok. Yang nak order Set mengandung dan Set berpantang Shaklee pun boleh terus hubungi saya.

Till then, 

Thank You for reading ye korang!

Love,
❤ Super Cheta
Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com

Terima kasih kerana membaca! :)

16 comments:

  1. Tq for sharing ita..tahniah ya for your newborn baby.��

    Jemput baca sharing saya ya
    http://madamwani.blogspot.com/2017/06/oste-membantu-mudahkan-bersalin.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you wani sudi baca. hehe. kami terjah blog wani jugak ea. hehe. ❤

      Delete
  2. hi ita, nak tanya. deposit untuk ukm berapa? n mcm mana kita nk booked bilik baldu tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Alamakk soryy tak perasan your komen. Dia akan Tanya masa admission tu. Husband yg setel kan. Dia akan tnya nak ambik bilik yang mana masa tu. Tak sure boleh book awal ke x. 😊

      Delete
  3. Saya pun baru lepas bersalin kt private wing ppukm. .Mmg ok. Bilik air besar. Nurse baik. Dr nasir baik n bagi instruction meneran dgn baik. Kos duduk hosp 2 hari dlm rm3600.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn? alhamdulillah, tahniah sis. tapi mmg best dekat situ DOc and nurse helpful sangat, heheeh

      Delete
  4. salam...sy nurul..nk tanya, rm3600 ni normal delivery atau czer ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini normal delivery. kalau czer rasanya mula dari RM4000. rasanya lah

      Delete
  5. Saya book sini dah. Cuma nak tahu, bilik tu pilih waktu bila? Sebelum bersalin atau husband kena settle masa nak warded?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorryy baru perasan your comment. Bilik pilih masa kita nak check in utk bersalin tuh. tapi pilih dari awal pun boleh. kami dah tengok dekat internet dlu nak bilik apa. end up pilih bilik ni je. rasanya next time maybe nak bilik besar sikit. ahhahahaa

      Delete
  6. Perkongsian yang sangat bagus.. dan sgt bermanfaat ... terima kasih utk semua info tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis.. brapa contact number utk booking ya? Kalau baru 20weeks beh start booking x?

      Delete
  7. Hi sis..ukmsc ni bukan private wing ye? Suami boleh teman ke sepanjang dlm wad & LR?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, mengikut pengalaman sy, suami bleh teman dalam LR & Ward. UKMSC ni private wing kt Level 7 skali dgn klinik doc pakar. LR je skali dgn HUKM.

      Delete