Vita Viral byItaAthirah: 2018

Thursday, 13 December 2018

PENGALAMAN MELAHIRKAN ANAK PERTAMA

Fuh, haritu share pasal pengalaman bersalin di UKMSC. Boleh baca dekat sini kalau korang belum baca ➡️ Pengalaman bersalin di UKMSC.
Harini nak share pengalaman dan kejadian sebenar hari nak beranam tu. haha!

Belum mula share pun dah rasa nak tergelak. Sebab bila ingat balik memang rasa nak tergelak. 🤣

Nak dijadikan cerita malam sebelum nak beranak ni tak tahu lah kenapa saya masakkan sambal tumis udang petai untuk suami. Padahal hari tu memang suami cakap dia nak masak. Tapi tak tahu kenapa saya insist jugak nak masak sambal tumis udang petai tu. Sebab suami memang suka. Bila dah siap masak, tetiba baru teringat, "Alamak aku nak beranak ni, kalau bau petai ni tak hilang mati laa". haha. Ada saya sharekan post tentang petai ni di sini Kisah sambal tumis udang petai

Esok pagi tu masa nak subuh dah dalam pukul 5 pagi lebih, tiba-tiba saya terjaga dari tidur sebab rasa mcm something pop dekat bawah. terus saya bangun and pergi toilet. Then baru notice air ketuban dah pecah. Terus saya kejutkan husband saya, "Yangg, Yangg bangun Air ketuban pecah dah ni".

Terus suami bangun terjun katil dan menggelabah. "Hah? air dah pecah? apa abg nak kena buat ni? ok2 abg mandi dulu". 🤣
Pening juga tengok suami kalut masa tu.

Then kitorg siap-siap semua, dah nak kereta tiba-tiba suami cakap, "Abg rasa abg kena berak dulu la. bileh tunggu jap tak?". haha! Pulak dak. kebetulan dah masuk waktu subuh, so kami solat la dulu siap-siap. 

Dah settle semua kami pun gerak ke hospital. Tetiba rasa macam perlahannya suami bawak kereta. haha! Saya pun cakap ke suami, "Boleh bawak laju sikit tak?".  🤣

Bukan apa, takut tetiba terberanak dalam kereta pulak. jenuh kang.

Dah sampai hospital dah settle registration bagai dah tukar baju semua, Saya rasa nak terberak. so pergi la toilet. 2x pergi toilet tapi tak berak pun. Then saya baru notice, "mungkin ini la yg orang kata contraction. Rasa nk terberak". 🤣

Bila bukaan dah banyak, then saya ditolak ke labour room. Sampai di labour room, contraction mula kuat. Saya rasa macam senggugut terukk. Dulu-dulu kalau senggugut memang saya tidur je. So kalini saya pun still rasa nak tidur je. haha!

Bayangkan anak dah nak keluar saya boleh tidur. Adoi. Suami dekat sebelah membebel teruk, "Ummii jangan tidurr!!".. "Hey ummi anak nak keluar dah tuu, jangan tidurr".. haha! Saya pulak selamba je balas, "mengantuk laa".

Sampai la saya dengar macam dah kecoh kecoh, baru saya sedar dah nak sampai masa nak beranak tapi tak tau pulak bila nak kena mula teran ni. 🤣

Tetiba rasa macam nak terberak lagi. yang sungguh-sungguh nak terberak, saya pun cakal dengan kuatnya, "Saya nak terberakkkkkk!!, saya nak terberakkkk!!". Adoii. kalau teringat rasa malu gilaa pulak. lawak pun ye. haha! Nurse pun cakap, "Berak je kalau nak berak". 🤣
Rupanya itu la tanda anak nak keluar dah, and automatik kita pun akan mula meneran.

Bila kita teran betul-betul, nurse akan cheer, "Haa teran macam tu", "Pandainya dia teran, sekali lagi sekali lagi". Bila kita teran salah, nurse akan betulkan, "Eh salah tu salah. Teran jangan keluar suara, teran di perut. lagi sekali lagi sekali". haha! 🤣

Bila anak dah keluar satu bilik pun dah macam bersorak, "Alhamdulillahhhh anak dan selamat keluar. Tahniah puan". ❤

Inilah rupa Fatihah Humaira masa baru keluar oven ummi. Putih melepak merah-merah. Sekarang dah jadi koko cerah pulak dia. haha! 🤣

Ya Ampun, sebenarnya kalau ingat moment hari bersalin tu rasa kelakar sangat. macam tu rupanya situasi bila bersalin. And sebabkan rasa sakit tu Alhamdulillah tak lama dan Allah mudahkan, memang rindu rasa nak mengandung dan bersalin lagi. hihi.

Tapi biar Fatihah humaira ni besar sikit dulu la. Kesian dia kang tak sempat nak manja teruk dapat adik pulak. huhu.

Apa pun thank you set ibu mengandung Shaklee, mungkin asbab saya amalkan set ni dari awal kehamilan sikit sebanyak memang bantu sangat saya through out pregnancy journey ni sampai la ke hari bersalin.

Korang kalau tengah or bercadang nak mengandung tu boleh je mula amalkan set ibu mengandung Shaklee ni. Best! InshaAllah korang mesti rasa good effect dari set ni. 😁

Last but not least, Apa pengalaman bersalin korang? Best tak? Horror tak? kelakar ke? hehehe. Mine is kelakar, i think. 🤣

Ok korang, Till then, 
Thank You for reading!

Love,
❤ Super Cheta
Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com
Instagram : ByItaAthirah


Terima kasih kerana membaca! :)

Wednesday, 5 December 2018

HAPPY 32nd BIRTHDAY

3 Disember lepas, genaplah usia saya 32 tahun. Alhamdulillah.

Setiap tahun saya akan hint-hint dekat husband nak hadiah la, nak bercuti la, nak pergi makan-makan la. Ada yang husband saya layan, ada yang krik krik je. haha!

Tapi seriously tahun ni memang saya tak sempat la nak mintak pape. haha. no more birthday drama tahun ni. Sebab tengah berpantang dan memang tak sempat nak memikir.

And suprisingly my husband end up buat surprise delivery terus ke rumah. Memang sangat tak sangka sebab yang saya tahu husband saya memang tak suka beli-beli bunga ke apa ni. huhu. 

Jadi hiasan dulu sebab tengah pantang tak boleh nak makan. huhu.

Apa pun, syukur Alhamdulillah saya masih diberi peluang untuk terus hidup, bernafas dan berbakti pada usia 32 ni.

Dan paling saya syukur adalah dengan kelahiran putri sulung kami. Tak sangka tahun ni saya sambut birthday dengan kelahiran anak sulung ni. Dan tak sangka juga tahun ni hadiah birthday saya adalah seketul Fatihah Humaira yang tak ternilai harganya. 

Mungkin sebab ni saya pun dah tak terpikir hadiah lain dah untuk birthday tahun ni. hehe. 😍

Saya cuma harap family kecik kami ni akan terus gembira dan bahagia.  Dipermudahkan segala urusan dan diMurahkan rezeki dari pelbagai arah. 


Dan semoga bisnes shaklee yang kami bina ni akan terus maju dan dapat bantu ramai lagi orang untuk sihat dan jana income. Amin. ❤

Best Gift ever! My one and only Fatihah Humaira. ❤

Anyone yang nak jana income dengan shaklee or nak cari supplement shaklee untuk kesihatan boleh je terus hubungi saya ok. 


Till then, 

Thank You for reading ye korang!

Love,
❤ Super Cheta
Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com
Instagram : ByItaAthirah


Terima kasih kerana membaca! :)

PENGALAMAN BERSALIN DI UKMSC


Assalamualaikum, Alhamdulillah harini dah hari ke 16 berpantang. Hari ke 16 lepas bersalin lah kiranya. hehe. Anak pun dah 16 hari dah. Alhamdulillah.

Harini just nak share santai-santai pengalaman bersalin du UKMSC , atau nama penuhnya Universiti Kebangsaan Malaysia Specialist Centre.

UKMSC ni dekat HUKM jugak, tapi dia dekat level 7. Dia ala-ala macam private wing sikit lah. hehe.

Asalnya kami tak decide pun nak bersalin dekat sini.  Kami nak ke FPP putrajaya, Tapi penuh pulak dahh. Then Ye ye je survey Andorra lah, KPJ la, An-nur lah. Then tetiba doktor dekat KK cakap suruh prepare mentally mybe saya akan di-plan-kan untuk czer.

Sebab baby ni kami tunggu 4 tahun. Kira precious pregnancy lah ni. So ada doktor yang akan czer sebab taknak mak dan baby terdedah pada risiko masa proses bersalin. And since saya ada masalah prolaktinoma ni doktor tu kata chances nak kena czer tu memang ada. haha!
Tak tahu nak rasa apa masa ni tapi saya macam ok je la, asal selamat semua.

Bila tahu situasi gini, terusss kami tak jadi nak ke anddora bagai tu, itu yang boleh terjadinya keputusan nak ke UKMSC tu. sebab if nak kena czer ke nak kena tolak pegi Gomen ke fasiliti sebelah-sebelah je. Senang. Lagipun dekat sini pun hasben boleh masuk if kena czer. hihi.

First Step

Nak bersalin di UKMSC ni first sekali kena call dan buat appoinment. Kita kena ada atleast 3x appoinment dengan Doktor yang kita pilih tu supaya doktor pun faham condition kita.

Kalau nak Doktor perempuan, kena book awal gila. Haritu saya book masa kandungan 6 bulan. Doktor perempuan memang dah full, So sy pilih Prof Nasir je.

Bagus prof Nasir ni. Lembut. Baik. hehe. Sempat lah 3x jumpa dia sebelum bersalin.

Nak buat appointment terus je call nombor di kad ni. 

Pengalaman Hari Nak Bersalin

Masa hari nak bersalin 20hb November haritu, pagi-pagi buta 630pagi kamj dah rushing ke hospital. Sampai hospital dalam pukul 7.

Bila dah sampai buat urusan registration bagai then terus tukar baju. Sempat la pergi toilet sebab rasa nak berak. Tapi nurse pesan jangan teran tau takot terberanak. terus tak jadi nak berak. 🤣

Dah setel semua terus naik katil nurse pasang segala mesin masa ni tak tau pun tengah contraction. Sebab rasa macam senggugut. Sampai nurse cakap, "Contraction dia dah kuat!!". Jam jam tu terus rasa nak termuntah. And yes. saya muntah 4x. haha! Dah la tak makan apa. Harap makan kurma je 3 4 bijik. Pastu muntah pulak. Memang risau la kang cemana nak meneran. huhu.

Pastu tetiba sorang Doktor perempuan datang cek bukaan. Orang kata masa Doktor seluk tu sakit. Tapi saya tak rasa apa pun. Tetiba dengar Doktor cakap "Ok dah 4 cm"

Kejap lepas tu terus diorang sorongkan saya ke labour room. Masa ni Nurse baik sangat. Lembut. Then ada Doktor perempuan yang lain datang perkenalkan diri, "Assalamualaikum saya Dr. sekian sekian akan standby dekat sini. Kita tengah tunggu Prof Kadir sampai, kalau dia tak sempat sampai saya yang akan sambut baby puan ye". Saya angguk-angguk je.

Ada dengar nurse sembang-sembang, Prof Kadir tu baru je balik rumah pukul 4 pagi. Pukul 7 lebih tu dah nak kena datang semula sebab nak gantikan Prof Nasir yang sepatutnya attend saya tapi dia takde sebab pergi conference.

Alhamdulillah dalam pukul 8 Prof Kadir sampai. Prof kadir pun baik sangat. Lembut. Instruction yang dia bagi jelas. Pukul 8 tu memang dah mula rasa nak terberanak dah. Nurse ada 2 ke 3 orang tah dekat situ. semua sangat membantu. "Tarikk nafas dalam-dalam. ok. Push!". haha! Kelakar pulak kalau ingat. Tapi Alhamdulillah 3 ke 4 kali push Baby pun keluar. Nurse punya instruction pun jelas dan sangat baik. 😍

Masa jahit dkt bawah pun tak sakit. Siap boleh nyembang-nyembang dengan Doktor. Saya tanya, "Banyak ke kena jahit tu Doktor?". haha! Doktor jawab, "Tak, tear awak sikit je". 🤣

Syukur Alhamdulillah, Setel dah bab beranak.

Kos, Pakej & Payment


First time datang appoinment jumpa doktor kita akan di charge rm300++, kali kedua dan seterusnya rm150++. Taktahu lah mahal je tak. Tapi dah nak beranak dekat situ hadap je la. 🤣

Then pakej nak bersalin pulak depends pada bilik je. Kalau bilik vip 1 night rm600. kami just ambik bilik standard yang tak sharing Rm250 for 1 night.

Bilik saya haritu macam ni. Ward Baldu 11

kos bersalin Normal dalam Rm2000
kos bersalin Czer dalam rm4000

Ini roughly kos bersalin di UKMSC. Campur ward la ubat la apa la jadi lebih la dari kos Rm2000 & RM4000 tu. 

Haritu saya punya bil total dalam Rm2800. Termasuk lah kos untuk doktor, dan segala kos yang ada. 😁

Total kos saya bersalin di UKMSC haritu

Kesimpulan


Ok sangat bersalin di UKMSC tu. Bilik tu selesa la. Tak la besar sangat tak la kecil sangat. Makanan pun ok. Tapi suami je la makan. Saya makan apa yang boleh makan je. hehe. Tivi pun ada channel best. So tak la bosan sangat.

Kad ucapan dari UKMSC

All in all saya recommended sangat lah sape yang nak bersalin di UKMSC ni.

Apa pun bab bersalin ni bahagian masing-masing. Ada yang sakit gila, ada yang susah gila, ada yang dapat Doktor tak best, ada yang dapat nurse tak best. Apa pun doa banyak-banyak moga segala urusan kita dipermudahkan ye. ❤

Good Luck pada anda yang tengah survey tempat nak bersalin dan yang tengah tunggu hari tu. hehe.

Baby with Tokwan ❤

Moga sharing ni dapat bantu sikit sebanyak bagi info dengan korang yang nak survey-survey tempat bersalin tu. hehe.

If ada nak tanya pape boleh terus komen or pm saya ok. Yang nak order Set mengandung dan Set berpantang Shaklee pun boleh terus hubungi saya.

Till then, 

Thank You for reading ye korang!

Love,
❤ Super Cheta
Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com

Terima kasih kerana membaca! :)

Saturday, 24 November 2018

Tips Mudah Melahirkan Anak

Alhamdulillah, dapat juga bersiaran di blog ni. After agak struggle dengan segala jadual lagi-lagi hujung-hujung nak dekat bersalin haritu. ehhe.

Few days sebelum beranak. haha.

Syukur Alhamdulillah saya dah selamat bersalin 20 November 2018 bersamaan 12 RabiulAwal Maulud Nabi.

Tak sangka betul. Sebab due 26 November. Memang ada orang cakap anak first selalu seminggu awal. Tapi tak sangka pula baby keluar masa maulud nabi. Cantik sangat harinya.

Dan kelahiran baby ni memang Allah mudahkan sangat.

1. Jatuh pada maulud nabi. Orang cuti. Jalan tak jem

2. Pecah air ketuban 630 pagi. Pukul 835 pagi dah siap semua

3. Contraction awal tak berapa sakit sampai betul-betul dalam 30 minit terakhir masa bukaan dah 8-9cm baru rasa macam Allahhhhhhh. dalam 3 ke 4x ntah teran, baby pun keluar and terus melalak. haha.

Alhamdulillah. ☺

Antara tips yang saya boleh kongsikan yang saya amalkan sepanjang dan di hujung-hujung kehamilan untuk mudah melahirkan adalah

1. Banyak bergerak.
Saya memang aktif sangat berjalan sana sini. Masa 28weeks saya pergi Europe trip 10 hari. memang non stop berjalan. Balik Europe sibuk berkemas nak pindah rumah. Sibuk shopping lagi buat preparation untuk baby. Then jalan sana sini nak settlekan semua hal yang perlu diselesaikan sebelum beranak. 

2. Jaga makan.
Saya takdela jaga makan gila-gila. Tapi saya memang ambik supplement yang sesuai dengan keadaan saya. Untuk bantu saya always energetic dan sihat. Saya amalkan supplement shaklee je, ESP, b complex, vitalea, Vitamin C, Omega, Ostematrix untuk makesure saya sendiri cukup semua bekalan nutrisi untuk supply pada baby, Baby pun membesar dalam perut ikut progress dengan baik and paling penting bila nak beranak tu saya cukup tenaga dan sihat untuk push dan all out. Alhamdulillah. 

3. Banyakkan bantu orang dan Sedekah
Yang ni penting. Sebab saya yakin mesti ada salah satu bantuan dan kebaikkan yang kita buat pada orang yang memerlukan akan mudahkan urusan kita balik. Percayalahm Tapi bantu orang yang sepatutnya lah ye. Yang perempuan bantulah yang perempuan-perempuan, ibu-ibu tunggal ke. Tak payah lah pulak kita nak bantu ex boifren ke rakan sekerja lelaki suami orang ke. lain pulak jadinya kang. hehe. Suami-suami pun harapnya mcm tu juga lah. 😊

4. Taat dan buat baik pada suami
Buat baik pada suami. Jangan bergaduh sokmo. Orang kata sebelum bersalin minta maaf dengan suami. mintak halal makan minum segala. Tapi saya memang tak sempat la. haha. Sebab dah masuk labour room tu mengantuk pulak dah rasa. Tak terpikir dah nak minta-minta maaf. Mujur la memang tak selalu buat suami marah or gaduh-gaduh. Takde la bersalah sangat rasa. haha. 🤣

5. Banyakkan doa, berzikir & Baca Quran
Ni tips ramai yang orang bagi. Tapi sejujurnya saya rasa saya tak sempat nak berzikir panjang-panjang, lama-lama, sempat masa dalam kereta je. Sampai je Hospital terus macam hilang ingatan. haha! Doa pun tak tau lah baca ke tidak haritu. Tapi setiap kali solat memang takputus mohon doa lah moga Allah mudahkan urusan melahirkan anak ni. 

Rasanya ini je kot yang saya amalkan. takde lah tips lain dari yang lain pun. haha. sama je macam orang lain jugak. Ada juga yang cakap banyakkan bersama dengan suami, Basuh bilik air sambil mencangkung. hehe. Saya taksempat lah nak ikut tips ni. tup tup beranak dah. haha.

Apa pun bab melahirkan anak ni mudah ke susah ke bahagian masing-masing. Jangan stress tau. Kalau bahagian kita mudah, Alhamdulillah. Kalau susah sikit, takpe asalkan kita dan baby selamat dah syukur sangat kan. 

Apa pun saya doakan moga sahabat-sahabat saya yang menunggu hari nak melahirkan anak ni dipermudahkan segala urusan dan selamat semuanya. Amin

For those yang nak order set mengandung dan set berpantang boleh terus hubungi saya ok. ❤

Welcome to the world baby girl! ❤

Suami semestinya insan yang paling happy. 😍

Lepas 4 tahun menanti. Alhamdulillah Allah datangkan anugerah tak ternilai ni. ❤


Till then, 

Thank You for reading ye korang!

Love,
❤ Super Cheta
Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com
Instagram : ByItaAthirah


Terima kasih kerana membaca! :)

Sunday, 11 November 2018

NASIHAT UNTUK ORANG MUDA

Assalamualaikum semua, Cewahhh title post tak beragak kann. haha. Saja la title propa membawang sikit. hehe

::Throwback Europe trip Shaklee 2018::

Harini nak share santai-santao je tentang pengalaman diri sendiri. hehe.
Masa saya muda-muda dulu kan, I mean masa 20an, selalu rasa nak buat benda atau kerja mudah saja.

Contohnya, taknak la beli kereta lagi, bazir duit. Sambung je la bayar kereta abang masa tu. Mujur memang kereta tu ok lagi.

Bab insurans pun sama. Taknak lah ambik insuirans, nanti bulan-bulan nak kena bayar. PAstu macam tak guna sebab macam sihat jeeeee.. 🙄

Investment pun sama, Buat apa nak invest-invest ni. Tak reti lah. malas pikir.

Duit yang ada semua saya simpan, bagi mak ayah. Sampai la satu masa rasa macam,

"Apa pencapaian yang aku ada? Apa harta aku dah ada untuk masa depa, untuk anak"

TAK DAK APA!!!!! 

Duit makin surut, sebab buat majlis kawin la apa la, Then baru terasa ruginya masa muda. Kerja teruk tapi takde harta apa. takde saving banyak mana. Cukup untuk hidup saja. Untuk mak ayah pun bukan nya bagi banyak mana. Sardisnya!

Dah kawin baru nak mula kumpul, itu pun diuji dengan kesusahan dulu. Time tu memang rasa rugi sangat. Bayangkan kalau time susah tu saya ada satu rumah kos rendah, mesti dah boleh jual balik dah mula hidup baru. Tapi ye lah, Allah lebih tahu apa yang terbaik. hehe.

Alhamdulillah dibukakan hati dan jalan buat saya untuk mula berbisnes. Saya dilorongkan ke bisnes shaklee. Saya takpernah terpikir atau mintak pun untuk buat bisnes ni. Saya pun antara anti supplement dan anti shaklee dulu. Sebab masa tu Seller Shaklee suka paksa-paksa suruh beli. So saya tak suka. haha!

Alhamdulillah juga dari bisnes Shaklee ni banyak yang berubah, walaupun ramai je kawan dan sedara yang tak suka. hehe.

Apa pun, Nasihat saya pada anak muda, Muda-muda ni kerja lah sekuatnya dan bijak lah merancang masa depan.

Gaji yang ada invest la ke ASB / Tabung haji atau ke unit trust.

Mula lah cari rumah-rumah yang mampu milik. Jangan tunggu sampai rasa kaya baru nak beli. Sebab harga rumah jarang nak turun banyakk dari 300k jadi 50k. Itu memang mustahil. Kalau pandai nak beli rumah lelong, beli rumah lelong yang elok-elok. Maybe lebih murah dan jimat.

Insurans tu penting, kita bukan selamanya sihat. Nanti kalau tiba-tiba perlukan, harga insurans yang patut kita bayar murah je jadi mahal pulak. Sebab dah ada sakit.

Saya doakan semoga perjalanan hidup kita dipermudahkan. Moga kita semua dapat jadi insan , isteri dan anak yang membahgian orang di sekeliling kita. Amin.

DUIT BUKAN SEGALANYA. TAPI MEMANG SEGALANYA MEMERLUKAN DUIT! 

If korang nak mula jana income dengan bisnes shaklee boleh terus hubungi saya ok. Fee / Modal cuma rm75 sahaja. Murah kan?? 

Korang Nak mula bisnes pun boleh, Nak order barang pun boleh. Just whatsapp ok! :)

Till then, 

Thank You for reading ye korang!

Love,
❤ Super Cheta
Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com
Instagram : ByItaAthirah




Terima kasih kerana membaca! :)

Saturday, 10 November 2018

Renovation & Decoration Bajet

Alhamdulillah, finally kami dah pindah ke rumah baru. Almost setahun tunggu nak masuk rumah ni dari urusan pembelian, urusan nak dapat kunci, sampai la ke urusan renovation bagai.

Harini just nak share dengan korang pasal renovation dan decoration since ramai sangat orang tanya dan ada yang salah faham. hehe.

Untuk Renovation Keseluruhan rumah kami guna khidmat RIN AV MARKETING. Saya memang recommend sangat kalau diorang ni kalau korang nak buat kerja-kerja renovation, Buat kitchen kabinet ke apa.

Harga berpatutan, servis cepat dan tip top. Senang sangat nak deal. Alhamdulillah. Tapi kalau korang rajin nak survey-survey merata-rata boleh je survey lagi. Sebab saya malas nak survey lama-lama dan tak berapa kisah beza harga sikit-sikit so kami agree terus dengan diorang ni.

Total cost Renovation untuk atas bawah rumah almost RM50k. Cost ni termasuk
Buat wainscoting seluruh ruangan bawah
Kitchen Kabinet
Semua barang elektrik - Lampu, kipas, Pasang Aircond, Autogate dan sebagainya
Plaster siling seluruh rumah termasuk pada setiap bilik
Build in wardrobe master bedroom. Besar gila wardrobe ni. Puas hati! hehe.
Kerja-kerja mengecat
Kerja-kerja pendawaian
Tinted seluruh rumah.

Dah settle kerja renovation, kami upah pulak team dekorasi dari A&R Creative Design untuk uruskan kerja-kerja mendekorasi rumah ni jadi home sweet home. Ini pun saya recommended. Servis tip top. Pantas, harga berpatutan.

Total cost untuk dekorasi ni RM40k. Cost ni termasuk
Semua perabot yang ada dalam rumah  ni dari bawah sampai ke atas termasuk custom made sofa dan kerusi di meja makan.
Barang-barang hiasan dari living area, kitchen, bilik master, bilik anak, dan 2 bilik tetamu
Sikit touch up di porch, yard, laundry area, stor
Dan macam-macam lagi lah.

Perabot yang kami beli baru dan bawa dari rumah lama cuma:
Tv 58" di living hall
Peti sejuk 2 pintu
Aircond 3 biji
Water heater
Katil, Almari, meja solek di bilik tetamu atas
Katil single di bilik anak

Lain-lain semua diorang yang sediakan.

Ramai yang cakap kalau beli sendiri dan hias sendiri lebih murah costnya. Tapi kami memang takde masa nak pergi survey dan beli barang-barang ni semua.

Since duit yang ada memang kami simpan dan allocate untuk buat rumah ni, ada semuanya within bajet, so kami proceed saja.

Kalau korang memang suka dan pandai deko rumah sendiri jadi home sweet home memang jimat kalau buat sendiri. Kami suami isteri memang surrender. hihi. Takut jadi caca merba, nak pulak saya pun dah sarat, takde kudrat la rasa nak uruskan semua sendiri.

Jom tengok SEBELUM & SELEPAS dari kerja renovasi dan dekorasi rumah ni,








Living Area. 








Dining Area



Wet Area


Dry area.
Kabinet untuk built ini Oven & microwave ni saya tutup dulu. Nanti rasa nak pasang baru bukak balik. hehe


Tangga ni nanti kena letak pagar bila anak dah mula boleh jalan. Bahaya pulak rasa sebab dia tinggi dan direct ke bawah macam tu. huhu.




In love sangat dengan environment bilik macam ni. Suami pun suka sangat dan rasa taknak ke mana dah. Alhamdulillah.





Guest Room . Tema hijau sikit. hehe.



Bilik anak. Tema pinkish purple sikit. :)





Bilik untuk parents / Untuk Guest. Tema biru-biru sikit. :)




Kami + Owner A&R Creative Design (Tukang Dekorasi)

All in all, kami puas hati sangat dengan kerja renovasi dan dekorasi ni. Biarlah orang kata simple sangat ka, bazir duit ka, asalkan kami suami isteri happy. :)

Dan paling bersyukur semua cost ni kami bayar tanpa loan / pinjaman bank atau dari mana-mana individu. 100% dari saving bisnes Shaklee yang kami bina 2 tahun ni. Alhamdulillah.

Terima KAsih Allah & Thank you shaklee.

If korang nak mula jana income dengan bisnes shaklee boleh terus hubungi saya ok. Fee / Modal cuma rm75 sahaja. Murah kan??

Korang Nak mula bisnes pun boleh, Nak order barang pun boleh. Just whatsapp ok! :)

Till then, 


Thank You for reading ye korang!

Love,
❤ Super Cheta
Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com
Instagram : ByItaAthirah

Terima kasih kerana membaca! :)

Tuesday, 16 October 2018

CHECKLIST PERSEDIAAN BERSALIN SEBELUM KE HOSPITAL. LETAK SIAP-SIAP DALAM KERETA!

Dah masuk trimester ketiga ni, memang dah sepatutnya kita dah mula siapkan segala kelengkapan untuk bersalin kan? 

So saya pun tak terkecuali lah. Saya mula dengan buat check list untuk buat persiapan ni. Saya banyak tanya kawan-kawan, tanya kakak-kakak dan juga tak terlepas tanya Encik Google. hehe.

Sebelum minggu ke 34 pun saya dah siapkan semua sekali. Sebab ini anak first so macam nervous and takut la barang itu ini tak cukup. Then kalau boleh taknak last minit. hehe.


Barang-barang ni ada yang saya siapkan dalam bilik di rumah, I mean bilik yang akan diguankan masa berpantang dan ada yang saya readykan dalam kereta siap-siap, In case emergency.

So, BARANG PERSEDIAAN IBU DAN BABY YANG PERLU KITA SEDIAKAN UNTUK BERSALIN

A. UNTUK BABY

1. BAJU BABY

                            

                            
:: saya pack siap-siap dalam zip lock bag macam ni ::

Kita perlua sediakan baju baby secukupnya untuk kegunaan di hospital. Atleast 4 pasang. Waktu bersalin, untuk pakai siang, untuk pakai malam dan untuk pakai masa discharge.

Ini termasuk sarung tangan, stokin bab, penutup kepala baby. Bawa baju baby yang selesa dulu tau. Yang fancy-fancy ropol-ropol simpan dulu. hehe.

2. KAIN BEDUNG, BABY WIPES, PAMPERS
Yang ni pun kena prepare. Sebab ada hospital yang sediakan, selalunya hospital swasta ada yang sediakan. Ada pulak yang kita kena sediakan sendiri. SO better sediakan je. Senang.

3. MINYAK / LOSYEN UNTUK BABY
In case baby kembung perut ke apa ke, boleh la sapu-sapu dulu di perut, belakang badan dan di tapak kaki baby. Saya beli brand tropika je. Korang pakai brand apa?

                                      
:: Saya beli yang  ni. Orang cakap elok saya pun beli. haha! ::

B. KELENGKAPAN UNTUK IBU


1. KAIN BATIK / SKIRT.
Saya siapkan 2 2 sekali. hehe. Maybe dalam ward kalau takdisediakan kain, kita kena pakai kain batik lah. Masa discharge Kalau rajin rasa nak vouge-vouge nanti pakai la skirt. hahaa! kalau tak nyempat, pakai kain batik je la.

Kalau ada potensi nak kena caeser, better prepare lebih sikit kan, sebab maybe kena stay lama sikit di ward berbanding yang bersalin normal.

2. NURSING FRIENDLY BLOUSE
Ataupun yang berbutang depan. Sebab nanti nak nyusu baby senang. Kalau nak berfesyen pun maksure yang nursing friendly

3. TUALA DAN KELENGKAPAN MANDIAN
Yang ni pun kena siapkan. Jangan lupa tau! Jangan takmandi pulak sementara nak tunggu bersalin tu. hehe. SIkat bedak semuat tu pun bawak sekali.

4. NURSING BRA
Yang ni pun penting. Senang nak nyusu nanti. dan kita pun tak segan kalau orang datang melawat, kang tengah orang datang tapi kita tak pakai bra, rasa pelik pulak kan? ke normal je?


5. MATERNITY PAD
Yang ni pun wajib. Saya siapkan 1 pek tu terus. Senang. nanti tak tercari-cari or tak nyusahkan husband nak kena bawak pulak dari rumah ke apa ke kan.

                                     
:: Maternity pad ada 2 jenis. 1 jenis lekat macam pad biasa lg 1 jenis loop bertali macam gambar tu. Saya beli 2 2. Tapi orang kata yang tali ni lagi selesa. Yang jenis lekat tu kadan-kadang rasa sakit. Ye ke? :: 


6. BUKU MERAH
Yang ni wajibbbbb bawak! jangan tinggal-tinggal dekat rumah. NUrse memang pesan pergi mana pun wajib bawak buku merah ni. Dari buku merah ni lah nurse dan doktor akan trace segala history kita dan bab sepanjang kehamilan.


7. VITAMIN & SUPPELMENT KESIHATAN
Nak beranak bersalin ni perlukan energy yang kuat. Then kita pun nak cepat-cepat baik. Kan? So prepare at least:
PROTEIN Drink/ shake untuk instant energy booster, Saya ambik ESP Shaklee of course.
KALSIUM untuk kurangkan rasa cramp ketika contraction, Yang ni saya ambik OSTEMATRIX Shaklee. Ostematrix ni jugak bua tkita tak serammm nak ke toilet after bersalin. hehe.
VITAMIN C, untuk terus ambik after bersalin untuk cepat pulihkan luka. Saya ambil Vitamin C Shaklee jugak

3 ni paling basic or atleast boleh bawak ke hospital. Kalau ada VIVIX,boleh terus bawak VIVIX sekali.

Jangan ingat nak bersalin supplement macam ni tak perlu tau.
:: Testimoni ESP ketika nak bersalin ::
:: Testimoni ESP ketika nak bersalin ::

:: Testimoni Vitamin C untuk luka cepat baik ::
:: Testimoni SET BERPANTANG shaklee ::
                             
:: Testimoni Berpantang dengan VIVIX! ::
:: OStematirx ::
Selamat Bersalin ye korang! Termasuk diri sendiri. Sama-sama kita doakan semuanya dipermudahkan! And SELAMAT BERPANTANG! 


Thank You for reading ye korang!

Love,
❤ Super Cheta
Ita Athirah Ahmad @ Cheta
Founder of MRG

0195241521 | Fb: Ita Athirah Ahmad
Email: itaathirah.ahmad@gmail.com
Instagram : ByItaAthirah

Terima kasih kerana membaca! :)